Robot elektrik akhirnya dicipta untuk buat peta dasar laut, ini perkembangan sains terkini

seatrec f1

Sepanjang sejarah peradaban manusia, kita dah jelajah ceruk daratan. Walaupun kita dah tau dan petakan lebih dari 70% permukaan daratan Bumi, tak banyak kita tau tentang dasar lautan. Bahkan, kita dikatakan lebih tahu tentang permukaan Marikh berbanding kita tahu tentang dasar laut. Hanya lebih 20% dasar laut berjaya dipetakan sehingga hari ini.

Oleh sebab tu, ada beberapa ciptaan teknologi terkini yang akhirnya akan memudahkan kita buat peta untuk dasar laut. Ni sekaligus boleh fahamkan kita lebih baik tentang keadaan lautan kita.

property of niwa ltd 2005 all rights reserved (reference 11 20859.tif).
Via AusSeabed

Kepentingan dasar laut lebih dari sekadar ilmu, robot ni takkan mati di tengah lautan

Peta dasar laut memang amat penting untuk kita. Bila kita dapat gambaran penuh tentang dasar laut, kita boleh bina model iklim yang lebih tepat, beri maklumat tepat pada kapal-kapal di lautan, bina kabel telekomunikasi dan lindungi spesis marin. Hal-hal ni dinamakan sebagai ‘ekonomi biru’. Ia dinilaikan lebih kurang $3 juta tahun menjelang 2030.

Kerana keperluan ekonomi biru ni, ramai berlumba-lumba cipta teknologi yang lebih mesra alam, murah, berkesan dan bertahan lama. Kenderaan robot bawah air yang dilengkapi bermacam sensor menjadi antara pilihan utama para pengkaji.

blue economy content
Via Sustainable Island Platform

Kenderaan tersebut dapat kumpul maklumat dengan lebih pantas dan lebih murah. Masalahnya pulak, isu bateri. Baterinya kurang bertahan lama dan perlu pengecas. Bila nak ganti bateri, isu pengangkutan jadi isu utama menyukarkan gerak kerja operasi pemetaan guna kenderaan bawah air ni.

Oleh demikian, sebuah syarikat bernama Seatrac mengemukakan satu teknologi robot yang guna tenaga dari lautan sendiri. Pengasasnya, Yi Chao pernah bekerja di NASA. Semasa di NASA, dia meneroka teknologi robot tersebut dan membolehkan robot tu beroperasi tanpa henti… dengan menggunakan suhu laut je.

seatrec yichao
Via BMNT

Perubahan suhu laut ada kena mengena dengan suhu daratan. Dalam tempoh sehari tu, ada kalanya suhu laut akan panas dan kadangkala, ia akan sejuk. Ia turut dilengkapi dengan teknologi sonar bagi memetakan kawasan dasar laut di sekelilingnya. Robot tu kemudiannya akan pulang ke daratan untuk hantar semula dapatannya menerusi satelit.

Teknologi apungan yang ada beri peluang cerah, kosnya lebih kurang sama dengan misi teroka angkasa

Teknologi Seatrec ni memang mesra alam dan mudah digunakan. Walaupun begitu, modal nak kembangkan projek ni agar dapat petakan dasar laut bumi ni memang mahal. Teknologi Seatrec tu sendiri dah kena pada harga, ciri dan kelebihan yang dapat diperoleh. Misalnya, Seatrec boleh tahan lama di atas air dan bergerak sendiri – hanya dengan teknologi apungan yang dibantu dengan kuasa perbezaan tekanan dalam air.

Model apungan Seatrec yang biasa dianggarkan berharga $20,000. Kalau masukkan sekali dengan sistem tenaga Seatrec tu, kena tambah $25,000. Pada fasa awal ni, dia hanya mampu cipta kurang dari 100 alat setiap tahun dan lazimnya untuk pengkaji marin. Namun begitu, teknologi ni mudah untuk dikembangkan sebab ia masih boleh digunakan ke mana-mana alat pemetaan lain bagi memperluas lingkungan penjejakan diorang.

seatrec
Via Seatrec

Tentulah dengan teknologi canggih ni, robot ni diperlukan beroperasi ke seluruh dunia. Namun begitu, Yi Chao anggarkan sebanyak 3,000 Seatrec perlu beroperasi sekurangnya 10 tahun untuk betul-betul siap petakan dasar laut. Sebanyak $3 hingga $5 bilion dolar diperlukan jika nak buat operasi sebesar tu.  Nilai jumlah tu lebih kurang sama dengan tajaan misi teroka Marikh.

Buat masa ni, syarikat diorang dah berjaya kumpul $2 juta bagi mengembangkan lagi pembuatan teknologi tersebut. Masih banyak lagi bantuan dan tajaan kewangan yang diperlukan agar operasi Seatrec terus berlangsung hingga mampu memeta satu dunia lautan Bumi.

seatrec
Via CNN

Kami harap lepas ni Seatrec mungkin perlu memperbanyakkan lagi kempen-kempen kesedaran dan promosi berkaitan dengan teknologi diorang ni. Teknologi ni sesungguhnya secara langsung membantu kita faham tentang dasar laut, supaya kita dapat memelihara dan pulihara alam marin sebelum berlakunya lebih banyak kerosakan alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *