Dalam dunia artis ni, mcam-macam benda jadi. Kadang-kadang kami pun tak faham, dan bersyukur banyak-banyak sebab kami adalah orang biasa, bukan artis. Kontroversi aksi di pusat hiburan dengan aktres berstatus ibu tunggal baharu sahaja reda, kini Aliff Aziz, 28, didakwa buat hal lagi. Terbaru, pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu bagai mengulang episod kecurangan lalu, namun bersama ‘bintang’ berbeza.
Tular gambar seperti Aliff Aziz dengan perempuan lain
Sejak malam tadi, tular foto lelaki yang dipercayai Aliff tanpa berbaju di sebuah ruang tertutup bersama seorang gadis muda bertatu dan bertindik. Selain gambar, satu rakaman video ‘live Instagram’ seakan-akan sedutan asal foto viral itu turut dikongsi seseorang di laman maya.
Beberapa paparan membabitkan gambar dan video yang menunjukkan wajahnya bersama gadis dikenali sebagai Nismelll itu turut menyusul di platform sama. Isteri Aliff Aziz, Bella Astillah menyifatkan kemelut rumah tangga mereka memberi kesan mendalam kepada fizikal dan mentalnya, membuatkan dia bersedia untuk teruskan hidup sendiri.
Bella dalam satu hantaran menerusi Instagram berkata, tidak mudah untuk dia mengambil keputusan itu, namun berharap semua pihak menghormati dan memberinya ruang melalui situasi mencabar itu.
“Saya sudah membuat keputusan untuk teruskan hidup tanpa Aliff. Sekalipun saya ingin memperbaiki, semua itu dilakukan demi anak saya,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian
Menerusi hantaran yang sama, Bella turut memohon orang ramai supaya berhenti menghantar mesej peribadi atau menghubunginya untuk bertanya mengenai rumah tangganya.
Ada kajian yang beri penerangan tentang curang
Para saintis dedahkan bahawa wanita boleh membuat penilaian sama ada seorang lelaki itu curang atau tidak dengan hanya melihat wajahnya. Ini berbeza dengan lelaki yang gagal mengesan perkara itu dengan cara yang sama, lapor AFP.
Para penyelidik di University of Western Australia tu gunakan responden sekumpulan 1,500 individu dengan menunjukkan gambar 189 orang dewasa Kaukasia (101 lelaki dan 88 wanita), dengan soalan pertama adalah jika mereka boleh mengesan kecurangan hanya dengan melihat pada gambar-gambar itu.
Responden kemudian diminta memberikan ranking wajah-wajah tersebut pada skala 1 hingga 10, di mana 1 bermaksud “tidak mungkin curang” dan 10 adalah “sangat berkemungkinan untuk curang”. Hasilnya, lelaki dan wanita boleh mengesan jika lelaki lain curang, tetapi lelaki tidak boleh membuat penilaian terhadap wanita.
“Kedua-dua lelaki dan wanita menunjukkan ketepatan dalam menilai air wajah lelaki tetapi bukan wajah wanita. Ia secara umumnya berkait rapat dengan pameran maskuliniti, walaupun penyelidik turut membuat satu kesimpulan lain yang menunjukkan lelaki dengan rupa paras kurang menarik lebih kerap dinilai sebagai setia,” – Seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani
Walaubagaimanapun, salah seorang penyelidik yang terlibat dalam laporan itu, Dr Yong Zhi Foo, mengingatkan orang ramai agar tidak cepat membuat kesimpulan.
“Jika kita terlalu bergantung kepada tanggapan pertama, ada kemungkinan kita akan membuat kesilapan besar. Dapatan kajian itu tidak boleh dijadikan penanda aras atau mempengaruhi cara kita menjalani kehidupan seharian,” kata Foo kepada Agence France-Presse.
Setialah pada pasangan kita, terutamanya setelah berkahwin
Hidup kita ni sebenarnya penuh dengan kekurangan, apabila seseorang menerima kita dalam hidup mereka – itu menunjukkan mereka sanggup untuk menerima semua kelemahan kita. Bukan senang orang nak terima kelemahan kita ni, jadi semampunya berlaku setialah pada mereka. Jadi, pergi beritahu pasangan korang yang korang akan berjanji setia pada mereka.