Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Berita

Azilah dedahkan arahan untuk bunuh Altantuya datang dari Najib Razak…

By Subeditor
December 16, 2019 3 Min Read
Comments Off on Azilah dedahkan arahan untuk bunuh Altantuya datang dari Najib Razak…

Bagi yang dah lupa, pembunuhan Altantuya Shaariibuu merupakan kes pembunuhan yang menggemparkan Malaysia. Dalam kes ni, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam. Siapa boleh lupa kes – dah dunuh, kena bom pulak tu kan?

S1
Via MalaysiaDateLine

Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kes ni. Benda ni jadi tumpuan ramai sebab ia libatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan bekas perdana menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kes ini turut libatkan dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul.

Akhirnya pada 13 Januari 2015, kes ni ditutup dengan hukuman gantung terhadap dua anggota UTK tu. Secara logiknya, takkanlah anggota UTK saja-saja bunuh orangkan?

Azilah Hadri buat pengakuan yang mengejutkan, dakwa arahan bunuh Altantuya datang dari Najib Razak

Azilah Hadri, yang disabitkan bersalah bunuh Altantuya Shaariibuu, buat dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang. Banduan yang tengah tunggu hukuman gantung tu kata arahan untuk bunuh Altantuya datang dari Najib Razak dan rakannya Abdul Razak Baginda. Masa tu Najib Razak masih lagi timbalan perdana menteri.

S1
Azilah Hadri. Via FMT

Dalam pengakuan julung-julung kalinya itu, Azilah dakwa dia dan pegawai polis Sirul Azhar Umar hanya ikut arahan “shoot to kill” (tembak mati) sebagai anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis. Perincian tu dimasukkan dalam permohonan yang difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan untuk semak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya.

Dia jugak mohon perbicaraan semula bagi kemukakan bukti penuh berkaitan operasi sulit itu di mahkamah terbuka supaya “keadilan dapat ditegakkan”.

Dalam akuan berkanun (SD) untuk menyokong permohonannya, Azilah kata Najib arahkannya untuk “tangkap dan hapuskan” Altantuya, dia diberitahu yang Altantuya tu “perisik asing” dan “berbahaya kepada keselamatan negara”.

“Saya bertanya kepada TPM apa yang dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM menjawab, ‘Shoot to kill,’ sambil menunjukkan isyarat memotong leher,” SD itu dipetik. Apabila ditanya berkenaan maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM menjawab, ‘Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan,” – Azilah, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Pada asalnya dia nak buat pengakuan tu tahun lepas, tapi bimbang akan disalahgunakan untuk PRU14

Kalau ikut pengakuan Azilah tu, dia dakwa Najib kata supaya berhati-hati dengan perempuan perisik tu sebab dia pandai berkata-kata dan penuh tipu helah. Azilah juga jelaskan kenapa dia baru buat permohonan menyemak semula kes tu.

S1
Razak Baginda. Via The Star

Dalam afidavitnya, Azilah kata, pada awal 2018, dia telah merancang untuk buat SD tu tapi menangguhkannya kerana bimbang disalah guna menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Saya menegaskan di sini bahawa tujuan saya mengemukakan keterangan-keterangan dan fakta-fakta material di atas adalah bukan hanya kerana saya telah dianiaya oleh pihak-pihak berkepentingan tetapi juga bertujuan untuk saya zahirkan perkara sebenar yang telah terjadi di dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu,” – Azilah, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Dia juga nasihatkan sahabat-sahabatnya di UTK untuk berhati-hati dalam jalankan arahan yang diberikan supaya kes penganiayaan seperti yang dihadapi saya ini tidak berulang lagi.

Azilah kata; semasa dia diarahkan, dia percaya arahan untuk operasi sulit tu datang terus daripada TPM dan melalui aide-de-campnya ketika itu, DSP Musa Safri. Dalam afidavitnya, dia sebut takde motif atau sebab untuk bunuh Alatantunya tapi Najib dan Musa, dakwanya, kata operasi itu berkaitan keselamatan negara.

S1
Dua bekas ahli UTK yang didapati bersalah oleh Mahkamah. Via FMT

“Selepas operasi sulit tersebut dilaksanakan, saya diarahkan untuk memberikan kerjasama di dalam siasatan pihak polis dan saya juga diberikan jaminan oleh DSP Musa bahawa sebarang perkara berbangkit akan dibantu oleh TPM selagi saya tidak libatkan nama baik TPM,” – Azilah, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Dia bukan tak nak cakap awal-awal, cuma dia bimbang dengan kesannya

Dalam masa yang sama, masa tu dia percaya BN ada kedudukan kukuh dalam kerajaan dan sebarang cubaan untuk langgar arahan TPM dalam kes tu akan jadi sia-sia dan boleh datangkan kesan negatif terhadapnya. Dia bimbang keselamatan diri dan keluarganya, dia turut bimbang perintah hukuman mati terhadapnya akan dilaksanakan segera.

Korang boleh baca teks penuh akuan berkanun yang dilakukan Azilah melalui MalaysiaKini.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
Jihan Komedi Asian Creative Award 2019
Previous

Jihan Muse menang anugerah peringkat antarabangsa, banggakan rakyat Malaysia

S1
Next

Ozil nyatakan solidariti terhadap masyarakat Uighur, Arsenal dihukum di China

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme