Pelajar yang dibuli sehingga trauma tuntut saman sebanyak RM2 juta

F1

Kes buli bukanlah hal yang boleh dibawak main-main, kerana ia akan tinggalkan kesan yang besar kepada mangsa. Kami tengok, masih ramai yang ambik mudah dengan kes buli, ada stigma yang kata – biasalah tu, “budak-budak” kan, atau kata ia adalah proses kedewasaan. Kami rasa dua benda ni mengarut, dan ia adalah alasan untuk membela para pembuli. Dalam kebanyakan kes, mangsa buli selalunya akan menghadapi masalah trauma atau kecederaan fizikal yang teruk.

659932
Gambar ni cuma lakonan. Via FMT

Ikut pengalaman peribadi kami, jarang mangsa buli nak laporkan kepada guru – sebab selalunya mangsa buli dan si pembuli belajar kat satu sekolah. Si pembuli akan ada akses pada bila-bila masa untuk belasah mangsa buli sekiranya dia tahu mangsa buli tu laporkan kes kepada cikgu.

Ditampar dengan tapak tangan berdakwat, diramas muka serta tudungnya ditarik, pelajar tuntut saman 2 juta

Beberapa hari lepas, seorang wanita ambik tindakan udang-undang dengan menyaman RM2 juta kerana kes buli di sekolah. Tindakan tu diambil oleh Zaiton Yusoff disebabkan anak perempuannya didakwa mengalami trauma akibat dibuli tahun lepas. Kejadian tu dikatakan berlaku di sebuah sekolah menengah di Temerloh, Pahang. Katanya, selepas insiden tersebut anaknya terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri dan psikologi di sebuah hospital setiap bulan.

Doc7b6j3seu3ft1burtb217
Tangisan seorang ibu. Via The Star

“Dia kena jumpa pakar psikiatri dan psikologi setiap bulan dan diberikan rawatan bagi menangani masalah emosinya.” – Zaiton, seperti dilaporkan The Star

Dalam sidang akhbar tu, Zaiton ditemani peguam Wan Azliana Wan Adnan beritahu, anaknya merupakan pelajar yang mesra dan ceria. Berdasarkan fakta kes, pada 11 Julai 2019, anaknya dikatakan diganggu dalam kawasan sekolah sebelum masuk ke kelas.

Stress kami baca pasal cerita ni. Via Giphy

Apabila berada kat dalam kelas, anak perempuannya terus dibuli, bermula dengan insiden baling bola kertas dan pen oleh murid lain sekitar pukul 11 pagi. Selepas sesi pembelajaran selesai, anaknya ditampar dengan tapak tangan berdakwat, diramas muka serta tudungnya ditarik.

Tidak cukup dengan itu, dia kemudian dipukul di dada, perut dan kaki. Lebih teruk lagi, murid lelaki turut meramas buah dadanya. Pelajar perempuan tu kemudian failkan kes pada 25 Jun melalui ibunya terhadap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Ketua Pengarah Pendidikan dan kerajaan di Mahkamah Tinggi Temerloh. Menurut Zaiton, dia menuntut sejumlah ganti rugi am sebanyak RM1.5 juta, RM300,000 ganti rugi teladan dan RM300,000 lagi akibat penderitaan yang dialami anaknya.

Ini bukanlah kes pertama berlaku, sebelum ini ada yang pernah dapat pampasan lebih RM600k kerana jadi mangsa buli

Sebenarnya cerita ibu bapa saman pelajar disebabkan kes buli ni bukanlah pertama kali berlaku. Tiga tahun lepas (2017), seorang pelajar yang jadi mangsa buli failkan saman RM2 juta terhadap sembilan pihak termasuk lima pembuli di Mahkamah Tinggi. Kalau perasan, jumlah yang diorang tuntut, lebih kurang dengan jumlah yang dituntut oleh pelajar yang kami ceritakan tadi.

https://www.youtube.com/watch?v=WKfAyg2c-xA

Tuntutan pelajar dalam kes tiga tahun lepas ni dibuat menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, berkaitan kejadian buli dialaminya ketika bersekolah di Wakaf Tembesu pada 26 April 2015 sehingga anaknya alami kecederaan dan tekanan perasaan. Selain tuntutan terhadap lima pembuli yang bekas pelajar senior, remaja tu turut namakan penolong kanan hal ehwal murid; bekas pengetua serta dua yang lain.

Ahmad Fauzi kata, tuntutan tu dibuat untuk sedarkan pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat budaya buli adalah berbahaya kalau tak dibendung.

“Akibat daripada kejadian buli itu, anak saya tidak dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini kerana kecederaan dialaminya malah sehingga hari ini dia masih trauma dengan insiden berkenaan. Justeru, tindakan ini adalah untuk menyedarkan pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat akan bahana buli ini. Kami juga berharap kes ini dapat menjadi pengajaran kepada semua, ” – Ahmad Fauzi, seperti yang dilaporkan Berita Harian

659932
Hentikan buli! Via The Notebook

Selepas dua tahun kes ni berjalan, pada 29 September 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) bayar tuntutan RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar sekolah tu yang jadi mangsa buli, empat tahun lalu. Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz buat keputusan tu selepas benarkan tuntutan difailkan plaintif yang ketika kejadian berusia 14 tahun menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, pada 2 April 2017.

Zainal Azman perintahkan lima pembuli (berusia 21 tahun semasa penghakiman dilakukan) selaku defendan pertama hingga lima; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam), bekas pengetua SESMA, Meriam Jusoh (defendan ketujuh), Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (defendan kelapan) dan kerajaan Malaysia (defendan kesembilan) untuk bayar tuntutan tu.

https://www.youtube.com/watch?v=zMp8jDv6Zfs

Dalam penghakimannya Zainal Azman kata, kejadian buli pada 26 April 2015 tu menunjukkan kecuaian pihak sekolah dan seperti dirancang kerana ia berlaku di bilik asrama ketua pengawas.

“Pihak sekolah dilihat begitu cuai kerana tidak membuat kawalan sedangkan kejadian berlaku di dalam bilik asrama ketua pengawas, bukannya di tepi longkang atau di kaki lima. Jadual warden bertugas juga sudah disusun begitu cantik, tetapi tidak berguna jika tak menjalankan tugas diamanahkan. Lebih baik letak jawatan dan jadi guru biasa sahaja. Bagi defendan keenam dan ketujuh pula, mereka cuai dalam menjalankan tanggungjawab memastikan kebajikan warga sekolah terutama keselamatan pelajarnya,” – Zainal Azman, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Akibat dipukul, ditendang dan ditampar oleh pelajar Tingkatan Lima dalam kejadian buli itu, mangsa yang ketika itu pelajar Tingkatan Dua kehilangan pendengaran sebelah kanan kerana gegendang telinga pecah menyebabkannya tidak boleh melakukan aktiviti air seumur hidup, selain mengalami beberapa kecederaan lain.

Kita bertanggungjawab untuk wujudkan toleransi sifar terhadap pembuli

Kata orang, duit boleh dicari, tapi kesan trauma pada mental atau kecatatan fizikal akan kekal menghantui mangsa buli seumur hidup. Sekali lagi kami nak kata, isu buli bukanlah benda yang boleh diambil ringan, dan ia akan terus berlaku kalau kita tak cari jalan untuk “takutkan” pembuli di sekolah. Peranan ibu bapa, guru dan pelajar tu sendiri penting untuk wujudkan satu ekosistem yang tak bertoleransi dengan pembuli. Sekiranya pembuli-pembuli ni tak diberi pelajaran, diorang berpotensi untuk terus mempunyai sifat yang jahat terhadap manusia lain sehinggalah ke alam dewasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *