Ramai yang ingin melabur di Malaysia, tapi tak yakin dengan perancangan kerajaan

f1
Ramai yang ingin melabur di Malaysia, tapi tak yakin dengan perancangan kerajaan

Bila kita sebut pasal ‘pelaburan asing’, kita pasti akan teringat semula pelbagai komen tentang Azmin Ali selaku Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Tengku Zafrul selaku Menteri Kewangan. Kedua-dua orang ni memang dah lama terima pelbagai komen negatif, malah di’bahan’ teruk oleh warganet kita. Betul ke kita kena salahkan Azmin Ali je dalam hal ni?

728 X 90

Jika dilihat, nak kata Azmin Ali je sebagai punca pelaburan asing tak masuk ke dalam negara kita pun suatu kesimpulan yang kurang tepat. Begitu jugak kalau kita nak salahkan Tengku Zafrul, walaupun orang kata dia ni macam pro-banker je. Ikut komen seorang duta Amerika Syarikat, ni sebenarnya salah kerajaan kita sendiri….

doc7f1arx5eg4k11he1vfmq
Via The Star

Brian McFeeters kata syarikat AS masih minat nak melabur, cuma polisi kita kurang menggalakkan

Brian McFeeters, duta AS kata syarikat AS sebenarnya masih berminat nak melabur khususnya kat Pulau Pinang dan Malaysia secara amnya. Namun demikian, masalah utama yang buatkan tak ramai berminat nak melabur lagi sebenarnya berpunca daripada polisi kita sendiri kat sini. Dalam sebuah sidang media, dia kata perundangan kat Malaysia ni sukar untuk difahami dan turut menambah, iklim perundangan ni membuatkan syarikat-syarikat risau.

Hakikatnya, Malaysia sememangnya merupakan sebuah negara destinasi pelaburan yang baik kerana tenaga kerja yang tinggi taraf pendidikannya dan populasi yang boleh berbahasa Inggeris. Tetapi, Brian McFeeters kata sesetengah syarikat tak rasa nak melabur disebabkan ketidaktentuan dalam perundangan kita. Diorang rasa regulasi kita sukar diramal, sehinggakan boleh jadi ada lagi regulasi baharu dan cara diorang kuatkuasakan pun membuatkan para pelabur keliru.

Brian menambah, hal ni sebenarnya dah lama berlaku bahkan sebelum Covid-19 melanda dan tak merujuk kepada penguatkuasaan tambahan yang dikenakan di masa pandemik ni. Apa yang perlu dilakukan oleh Malaysia adalah sesi konsultasi bersama badan perwakilan agar para pelabur ni betul-betul jelas dengan syarat perundangan dan penguatkuasaan. Dengan wujudnya badan perwakilan ni, takdelah tiba-tiba ada pulak undang-undang baharu yang kelak boleh menyusahkan para pelabur asing ni.

Brian McFeeter mengakui ada jugak sesi konsultasi bersama American Malaysian Chamber of Commerce (Amcham), tetapi sesi-sesi tersebut tak membuahkan hasil yang diorang harapkan. Brian kata banyak wakil industri lebih mengharapkan sesi konsultasi lebih sistematik dan boleh dipercayai.

Pendapat ni dah pernah dinyatakan oleh sorang wartawan, Azmin kata Malaysia tengah laksanakan “pelaburan selektif”

Pendapat Brian McFeeter ni dah lama disuarakan oleh sorang penulis dari laman sesawang Editor Malaysia, Abdul Rahim Hilmi Zakariya. Dia pernah menulis komen berkenaan Tengku Zafrul. Pada awal Januari tahun ni, Tengku Zafrul kena ‘bahan’ oleh para pelabur luar kat LinkedIn dan warganet bahawa Menteri Kewangan kita ni gagal tarik pelabur asing. Abdul Rahim kata, tak berapa tepat kalau kita nak ‘serang’ Tengku Zafrul, sebab kerjanya buat polisi kewangan, bukannya buat polisi pelaburan.

ceo syarikat tengku zafrul
Tengku Zafrul kena ‘bahan’ oleh ramai CEO kat Linkedin dulu. Ni salah satu komen ke atas Tengku Zafrul.. -Via Vocket

Dan saya sudah sebut 3 hari lepas, bahawa masalah utama kita adalah tiada polisi jelas. Sebab itu dalam Bajet 2021 pun, insentif kewangan hanya bersifat umum dan kurang berfokus kepada industri utama… Jadi sebelum anda hendak marah Tengku Zafrul, anda kena tanya; Apa polisi ekonomi negara?

Setiap kali berlaku pembatalan atau penangguhan projek, maka kita akan beri alasan bahawa tumpuan utama adalah mengatasi Covid-1, seolah-olah Covid-19 sudah menjadi satu ‘barrier‘ kepada segala apa yang kita hendak lakukan. Ia bukan satu ‘signal‘ yang baik kepada pelabur. Pelabur akan tafsirkan bahawa mereka hanya perlu memasuki Malaysia selepas wabak ini selesai.- Abdul Rahim Hilmi Zakariya, seperti yang dipetik dari Editor Malaysia

Polisi ekonomi negara dikatakan kabur dan tak jelas hala tujunya. Sekiranya hala tuju polisi ekonomi pun tak jelas, bagaimana pulak dengan polisi pelaburan asing kita? Ini disuarakan pada Januari tahun ni. Kemudian pada Mac 2021, Azmin Ali umumkan penubuhan Business Travelers Centre (BTC) untuk jamin keselamatan pelabur asing apabila mereka berada di dalam Malaysia untuk adakan perbincangan dan laksanakan keputusan pelaburan diorang.

business travellers centre
Ni lah Business Traveller Centre kat KLIA.. -Via Astro Awani

Setakat 22 Mac 2021, sebanyak 93 permohonan Penggembara Perniagaan Jangka Pendek (Short Term Business Travellers) diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM15 bilion. BTC jugak diharapkan jadi Pusat Sehenti untuk kementerian lain seperti Wisma Putra (Kementerian Pertahanan) dan Kementerian Belia dan Sukan.

Pada April pulak, Azmin umumkan bahawa Malaysia berjaya tarik RM81.9 bilion FDI (foreign direct investment) untuk tahun ni. Katanya, kesemua pelaburan berkualiti tinggi termasuk pelaburan dalam sektor teknologi, inovasi, teknologi hijau, kenderaan elektrik dan teknologi kewangan. Dasar pelaburan berkualiti tinggi ni diamalkan ketika misi perdagangan dan pelaburan di Korea dan Jepun pada awal April sehingga berjaya tarik pelaburan hampir RM7 bilion.

“Ketika saya berada di Seoul, Korea dan mengadakan perbincangan lanjut dengan pimpinan tertinggi SK Nexilis, mereka telah bersetuju untuk melipatgandakan pelaburan mereka di Sabah daripada RM2.3 bilion kepada RM 4.24 bilion,”- Azmin Ali, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

korea azmin ali
Via Yahoo News India

Pada 26 Jun lalu, Azmin dilaporkan mengesahkan bahawa wujudnya dasar baharu iaitu Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang bermatlamatkan menjana pekerjaan berpendapatan tinggi, terutamanya pada pasca-Covid-19 dan tingkatkan taraf hidup rakyat. Di bawah NIA jugak, Bank Negara Malaysia memperkenalkan Dana BNM untuk perniagaan kecil dan sederhana yang layak.

Kami perhatikan, kriteria kelayakannya banyak berfokuskan kepada syarikat sains dan teknologi seperti Keluaran Elektrik dan Elektronik, bahan kimia, peralatan optikal, jentera robotik, teknologi maklumat dan komunikasi serta khidmat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

dana bnm pks
Via BNM

Berkaitan dengan pelaburan selektif, sebenarnya masih ramai yang terus ragu dengan definisi pelaburan selektif tu. Mengikut apa yang kami faham, pelaburan selektif ni bertujuan nak tarik pelaburan berteknologi tinggi agar negara kita boleh bersedia dengan tenaga kerja yang dapat penuhi permintaan industri. Adakah pelaburan selektif ni kini berfokuskan kepada industri sains dan teknologi semata-mata? Jelasnya;

“Selepas perbincangan dan libat urus bersama Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada Mac lalu, kami berpendapat inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan dasar ini. Tujuannya adalah menarik pelaburan berkualiti tinggi dan berteknologi agar negara kita boleh bersedia dengan tenaga kerja yang memenuhi permintaan industri dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing,”- seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Pelaksanaan Dasar NIA ni diharapkan dapat menarik semula pelaburan asing ke Malaysia. Brian McFeeters kata dulu, regulasi penguatkuasaan kita tak jelas kan… maka diharapkan Dasar NIA dan penubuhan BTC tu membuatkan para pelabur yakin kembali untuk datang ke Malaysia. Azmin Ali jugak mempunyai tanggungjawab yang besar dalam NIA, dimana MITI kini diharapkan dapat menarik para pelabur asing untuk bertapak kat dalam negara kita.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top