Chen Show Mao, orang Cina yang perjuangkan Bahasa Melayu di Singapura

Kalau kat Malaysia, kita dah biasa dengan seruan untuk mengangkat bahasa Melayu. Nampaknya seorang pemimpin Singapura, Chen Show Mao pun dah setuju bahawa bahasa Melayu ni penting pada zaman kini.

Kredit foto: Must Share News

Nak diikutkan, dasar dan polisi penggunaan bahasa di Singapura ni dah lalui sejarah yang agak panjang. Mula-mula polisi bilingualism (dua bahasa) ni diwujudkan selari dengan kehendak kajian pihak British dulu. Sekolah-sekolah di Singapura kena ikut polisi tersebut untuk dapat bantuan kewangan. Bila dah dapat kuasa untuk berkerajaan sendiri, Lee Kuan Yew pada 1959 kekalkan polisi dua bahasa ni.

Bahasa Inggeris kemudian dijadikan sebagai bahasa utama manakala bahasa lain boleh dituturkan sebebasnya. Selama hampir 19 tahun, pelajar-pelajar sekolah dah dititikberatkan guna bahasa kedua, dengan bahasa Inggeris semakin digunakan meluas. Barulah pada tahun 1978, sebuah laporan dinamakan Laporan Goh rumuskan bahawa polisi dua bahasa ni tak berkesan.

Ni lah Dr. Goh Keng Swee. Berjasa besar di Singapura ni. Kredit foto: The Online Citizen

Hanya pada tahun 1999, silibus pengajaran bahasa Melayu dan Tamil diwujudkan dan dibangunkan untuk peringkat tinggi. Selain dari tu, kerajaan Singapura pun dah laksanakan kempen untuk bahasa Melayu sejak 1960 dan diteruskan dalam pelaksanaan kempen Bulan Bahasa Melayu. Majlis Bahasa Melayu Singapura ditubuhkan pada 1981 untuk giatkan lagi aktiviti berbahasa Melayu ni.

Orang Cina pula perjuang bahasa Melayu?

Bukan calang-calang orang, Chen Show Mao adalah graduan Harvard, Stanford dan Oxford. Lahir pada 1961 dan merupakan seorang peguam korporat yang berjaya, sehinggalah pada 2011, dia umumkan dah bersara dari aktiviti guaman untuk memasuki arena politik pula. Sejak dari inilah, dia dah mula guna bahasa Melayu, di samping bahasa lain sebagai kaedah pengucapan kempennya dahulu.

Ucapannya dalam debat Committee of Supply 2019 pada 4 Mac dahulu pun buktikan bahawa sudah tiba masanya agar bahasa Melayu ni dititikberatkan sebagai tanda jati bangsa serantau. Ucapan ni pun hampir sama dengan ucapannya pada 8 Mac 2017 di Parlimen Singapura. Memetik dari laman rasmi Facebooknya, ada 2 sebab penting kenapa bahasa Melayu harus ditekankan pembelajarannya.

Pertama, kajian dah buktikan kemahiran menguasai pelbagai bahasa ni bantu perkembangan kognitif manusia. UNESCO sendiri pun galakkan penguasaan kemahiran pelbagai bahasa ni di sekolah. Kedua, penguasaan bahasa Melayu ni boleh digunakan untuk melindungi keunikan kepelbagaian budaya warga Singapura. Bahasa Melayu pun antara bahasa pertuturan serantau.

Hebat! Via Giphy

Kedua-dua sebab ni dijadikan sandaran salah satu perjuangannya untuk mengembangkan polisi dua bahasa jadi pelbagai bahasa. Dalam video Committee of Supply tadi, barulah disebut khusus untuk bahasa Melayu.

Rosak sangat dah bahasa Melayu Singapura

Dalam ruang forum Lowyat sekitar tahun 2017, sebuah bebenang bertajuk “Do Singaporeans know how to speak Malay well?” muncul. Beberapa respons kepada bebenang ni menyatakan bahawa kebanyakan generasi bangsa Melayu sendiri pun tidak begitu mahir guna bahasa Melayu.

Berikut adalah beberapa tangkap layar respon kepada soalan tersebut;

Pada 2018 pula, sebuah saluran Youtube bernama Tropic Monster TV pun dah cuba tanya beberapa soalan berbahasa Melayu kepada orang Melayu Singapura. Hmm…

 

Dah hilang jati diri, atau bukti identiti tersendiri?

Pada mulanya, Lee Kuan Yew pertahan keputusan polisi mengutamakan bahasa Inggeris sebagai suatu penarik kemajuan ekonomi. Yunita Ong pada 23 Mac 2016 menulis,

In the country’s early years, it was also a tool of social cohesion for a country made up of Chinese, Malay and Indian diaspora populations. English gave them a platform for them to socialize and also compete in school on an equal footing, but their language kept them rooted to their heritage. It helped put to rest ethnic tension that could have impeded economic progress.

Dari satu sudut, Yunita Ong melihat bahasa Inggeris ni jadi satu alat penyatu pelbagai bangsa, manakala bahasa ibunda yang dijadikan bahasa kedua tu pula tetap mengingatkan mereka kepada kaum masing-masing. Tapi sejauh mana?

Mantan Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong pada 1999 menzahirkan rasa risaunya pada kemunculan Singlish, suatu bahasa campuran pelbagai frasa dari berlainan bahasa seperti ‘siao’, ‘chope’ dan ‘sian’. Sebab tu, kempen Speak Good English Movement dilancarkan untuk betulkan semula benda ni.

Bahasa rojak antara Inggeris dengan kepelbagaian frasa harian ni macam Manglish di Malaysia juga. Ramai tegaskan bahawa bahasa rojak ni merosakkan bahasa dan dalam jangka masa panjang, akan hakis pula jati diri bangsa. Tapi tak kurang juga yang kata sebahagian daripada keunikan budaya kita yang dilatari pelbagai kaum, sama ada Singlish atau Manglish.

So, apa pendapat korang pasal penguatkuasaan bahasa Melayu di Malaysia ni? Patut ke bahasa rojak disebut sebagai salah satu keunikan Malaysia kelak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *