Dilahirkan dengan darah diraja merupakan sebuah ‘tuah’ untuk kebanyakan orang, sebabnya diorang bukan sahaja akan dipandang mulia, perbelanjaan diorang juga akan ditanggung rakyat. Kadang-kadang kami pun harap dilahirkan dalam keluarga diraja, boleh hidup senang sikit. Cuma tak semua orang selesa dengan gelaran diraja tu, di luar negara – ada pasangan yang ambik keputusan untuk lepaskan gelaran diraja tu.
Diorang tak nak bebankan rakyat untuk bayar kos jaga keselamatan
Sebenarnya cerita ni dah bermula sejak beberapa bulan lepas, masa tu pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle dikatakan nak jana pendapatan dan keluarkan perbelanjaan sendiri bagi biayai kos keselamatan diorang, sebaik sahaja keputusan untuk keluar daripada barisan keluarga diraja British dimuktamadkan.
https://www.youtube.com/watch?v=4-YEwC6QDm8
Kalau ikut laporan The Sun, Putera Harry, 35 tahun, dan Meghan, 38 tahun, tak nak harapkan duit orang awam untuk terus biayai kehidupan mereka setelah mereka berundur dari keluarga diraja tu.
Diorang akui keputusan tu akan sebabkan diorang tak akan terima sebarang pendapatan dari Geran Kedaulatan (Sovereign Grant), iaitu wang yang diperoleh Ratu Elizabeth melalui pembayaran cukai rakyat setiap tahun.
“Pasangan itu akan menandatangani perjanjian keselamatan mereka menggunakan wang mereka sendiri. Kos keselamatan Putera Harry dan Meghan yang dijaga oleh Perintah Diraja dan Perlindungan Scotland Yard dianggarkan bernilai RM2.71 juta (£600,000),” – Laporan The Sun
Perancangan untuk lepaskan jawatan sebagai Duke dan Duchess of Sussex tu diumumkan secara rasmi menerusi laman web diraja, Sussex Royal. Dalam satu kenyataan, pasangan tu tegaskan keputusan itu diambil sebagai usaha untuk bebas dari segi kewangan dan monarki Britain.
“Kami memutuskan untuk melakukan perubahan tahun ini, untuk membentuk peranan baharu yang lebih progresif dalam institusi tersebut. Namun, kami masih memberi sokongan kepada Ratu Elizabeth II,” – Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, seperti yang dilaporkan Astro Awani
Harry dan Meghan lepas ni kena bayar cukai, Elizabeth II ucap terima kasih
Setelah beberapa bulan cerita ni tersebar, akhirnya Putera Harry dan Meghan tak lagi memegang gelaran diraja His Royal Highness dan Her Royal Highness (Yang Mulia) selepas kedua-duanya buat keputusan menarik diri daripada tugas-tugas Diraja dan mahu hidup berdikari.
Kalau ikut kenyataan Istana Buckingham, diorang juga kena bayar semula Geran Kedaulatan (Sovereign Grant), iaitu wang yang diperoleh Ratu Elizabeth melalui pembayaran cukai rakyat setiap tahun yang digunakan untuk mengubahsuai kediaman rasmi diorang di London, Frogmore Cottage – 2.4 juta euro (kira-kira RM10.8 juta).
Ratu Elizabeth II melahirkan rasa senang hati baginda dengan keputusan yang dilakukan oleh pasangan itu.
“Selepas mengadakan perbincangan selama berbulan-bulan, beta gembira kerana mereka telah menemui langkah yang sewajarnya untuk membesar dan menyara hidup berkeluarga dengan baik. Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa berada dalam ingatan saya dan saya sentiasa menyayangi mereka,” – Ratu Britain, Elizabeth II, seperti yang dilaporkan Astro Awani
Dia pada yang masa sama memahami keadaan rumah tangga yang dialami oleh Harry dan Meghan sejak dua tahun lalu dan hormati keputusan diorang untuk hidup dengan lebih bebas. Dia mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan diorang kepada negara, Komanwel dan sebagainya.
Menurut sumber Diraja, Harry akan turut lepaskan tiga jawatan ketenteraan dan duta belia Komanwel. Ahli keluarga diraja Britain telah adakan satu pertemuan di Istana Sandringham pada Isnin dan susulan itu Ratu Elizabeth setuju untuk satu tempoh peralihan sementara butir perjanjian itu diperincikan lagi.
Tak semestinya lahir dari keluarga diraja ni bertuah, ada yang tak nak bebankan rakyat
Masa awal-awal tadi kami cakap beruntung kalau dilahirkan dalam keluarga diraja, sebab dapat relaks dan dapat elaun. Tapi daripada cerita Harry dan Meghan ni, benda tu tak semestinya ‘tuah’, sebab hidup sebagai ahli keluarga diraja, macam-macam kena jaga. Kadang-kadang ada je orang yang nak kebebasan dan hidup macam orang biasa.
Lagi satu, kita boleh nampak diorang rasa bersalah nak gunakan duit rakyat untuk jaga keselamatan diorang. Sebabnya rakyat dah tentu bekerja keras dan tiba-tiba kena bayar untuk hal peribadi diorang pulak. Oleh sebab tu kami rasa diorang nak jadi rakyat biasa, hidup dengan sederhana, tapi bebas.