Di Itali ada orang nak saman pemilik pencetakan 3D ‘injap’ alat bantuan pernafasan

F1

Teknologi Cetakan 3D atau 3D Printing bukanlah sesuatu yang baru zaman sekarang ini. Apatah lagi tahun 2020 ini boleh dikatakan sudah masuk Era Revolusi Industri 4.0. Walaupun teknologi ini sangat menarik, tapi sebelum ni tak ramai yang nampak praktikalitinya. Apatah lagi, untuk memiliki sebuah 3D Printer bukanlah murah. Sudah tentu hanya yang berkemampuan saja dapat memilikinya.

Kami Bukan Orang Kaya Tapi Hobi Kami Mahal
Anda pernah kena kecam sebab hobi mahal? Via KobaYogas.com

Malah, peminat teknologi ini (hobbyist) pernah dicemuh dengan ungkapan seperti ‘Hobi Kami Mahal’ dan ada juga yang menganggap memiliki sebuah 3D Printer adalah membazir. Tapi siapalah yang pernah terfikir, hobi ini akhirnya dapat menyelamatkan nyawa para petugas barisan hadapan di hospital?

COVID-19 mengganas, bukan saja pegawai di hospital kelelahan, peralatan juga semakin berkurangan…

Ppe
Staff KKM di Kelantan sampai tahap terpaksa sarung plastik sebab pakaian PPE habis. Via Twitter

Wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada hari semakin hari semakin mengganas. Jumlah pesakit terus meningkat di beberapa buah negara. Di Malaysia pula, biarpun keadaan semakin terkawal, tapi keadaan di hospital pula semakin meresahkan. Dengan bertambahnya pesakit dan petugas barisan hadapan juga sudah ramai yang dijangkiti wabak ini, peralatan di hospital juga semakin berkurangan. Terbaru, tular di Twitter bagaimana staff KKM di Kelantan terpaksa menyarung plastik sebab pakaian PPE dah habis!

https://www.youtube.com/watch?v=84CydmuHXD8

Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia juga berhadapan dengan masalah kekurangan peralatan keselamatan dan perubatan di hospital. Masalah inilah yang mula menarik perhatian komuniti percetakan 3D untuk mula memikirkan bagaimana untuk memanfaatkan hobi dan teknologi mereka kepada masyarakat.

Komuniti 3D Printing di seluruh dunia giat mencetak pelindung muka dan alat-alat perubatan yang boleh dicetak

Sejak wabak ini melanda dunia, kita dapat lihat kesungguhan komuniti ini untuk menyumbang kepakaran mereka. Di Malaysia, gerakan untuk membantu hospital yang kekurangan peralatan turut dipelopori oleh komuniti 3D Printing ini. Kalau anda rajin buka FB, bolehlah tengok bagaimana aktifnya group FB 3D Printing Malaysia Community for COVID 19 (Group) mencetak pelindung muka dan alat-alat lain. Doktor-doktor di hospital juga boleh mendapatkan bantuan peralatan di situ andaikata hospital mereka dah habis stok.

3d
Antara pencetak 3D yang aktif, Prof Mustaffa Ibrahim. Via FB

Macam yang kami cakap tadi, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia juga komuniti 3D Printing aktif menyumbang peralatan yang dicetak oleh mereka kepada hospital. Di China, sebanyak 200 3D Printer digunakan untuk menghasilkan 2000 kaca mata Google setiap hari bagi memenuhi keperluan semasa.

Sebuah syarikat startup di Chile pula melancarkan kempen #HackPandemic dengan mengeluarkan model topeng muka N95 yang murah, selamat dan boleh digunapakai secara terbuka (open source). Jadi, para pemilik 3D printer boleh terus gunakan model yang mereka hasilkan untuk mencetak topeng muka secara percuma.

Copper 3d Hackthepandemic
Model Topeng Muka N95 yang dihasilkan oleh Copper3D. Via 3D Printing Center

Walaupun sumbangan komuniti 3D Printing di seluruh dunia dikagumi ramai, tapi lain ceritanya di Itali…

Haa, apa kena pula dengan Itali? Kisahnya macam ini… macam yang kita tahu, keadaan Itali adalah yang paling teruk setakat ini. Pesakit yang dijangkiti COVID-19 meningkat mendadak hari demi hari sampaikan mereka terpaksa memilih untuk merawat pesakit mengikut prioriti sahaja.

Bukan sahaja terpaksa memilih pesakit, mereka juga kehabisan alat pernafasan untuk pesakit. Alat ini memerlukan injap khusus yang tidak boleh dikongsi dengan pesakit-pesakit lain. Jadi, bila mereka nak tambah alat ini, kilang yang memproses alat ini juga tak dapat nak bekalkan sebab mereka pun dah habis stok. Tambahan pula, kos untuk membuat injap tersebut sangat tinggi iaitu $11,000 setiap unit!

Italy
Injap khusus yang tak boleh dikongsi di hospital. Injap ini disambung dengan alat pernafasan. Via YouTube

Jadi, melihat keadaan ini, dua orang jurutera yang berkemahiran dalam percetakan 3D Printing, Christian Fracassi and Alessandro Ramaioli, secara sukarela nak cetak injap untuk alat pernafasan ini. Lebih menarik, kos mereka hanyalah $1 sahaja.

Walaupun niat mereka murni, tapi apalah yang kapitalis faham? Terkini, mereka berdua bakal disaman atas kesalahan melanggar hak cipta dari pengilang yang membekalkan injap alat pernafasan tersebut. Gila! Saat orang terdesak dan semakin ramai yang mati, orang yang nak selamatkan nyawa pula nak diheret ke mahkamah!

Selepas tamat bencana wabak COVID-19 ini, ingatlah bukan kapitalis yang tolong kita

Anda lihat sendiri bagaimana bobroknya pemodal yang tak kenal erti kemanusiaan ini. Mereka lebih memikirkan untung dan harta intelek berbanding nyawa rakyat jelata yang saban hari kian terancam! Andai kata wabak ini berakhir seperti di Wuhan, janganlah kita lupa pada setiap pekerja barisan hadapan, Abang Poslaju, Abang Rider Hantar Makanan, Polis, Staff Hospital, Makcik Cleaner di Hospital dan para doktor.

Tanpa mereka, entah apalah agaknya nasib kita setiap hari sepanjang tempoh kawalan pergeraka ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *