Jocelyn Yow jadi datuk bandar di California, anak muda Malaysia cuma macai?!

F1

Sebagai rakyat Malaysia, kami selalu angkat kisah-kisah kehebatan rakyat Malaysia di dalam dan luar negara untuk memberi inspirasi kepada generasi muda agar terus berusaha menjadi lebih baik. Kita pun dah banyak dengar bakat-bakat besar yang berasal dari Malaysia tu kemudiannya maju di mana-mana saja mereka berada dan bidang yang diceburi.

728 X 90

Namun kali ni, kami nak bawakan pulak kisah 2 bakat hebat berasal dari Malaysia yang kini duduk sebaris menjadi pemimpin penting di luar negara. Khabar ni sudah tentu suatu yang menggembirakan dan membanggakan kita, tapi ia sebenarnya menimbulkan persoalan penting yang wajib kita terokai.

Jocelyn Gurunathan
Gurunathan (kiri), Jocelyn (kanan)… Via Stuff.co.nz/Spectrum News

Jadi datuk bandar di luar negara, kisah Jocelyn dan K Gurunathan buktikan anak Malaysia hebat belaka

Di sebalik cabaran pandemik yang melanda dunia, secara umumnya negara-negara lain tetap teruskan jugak aturan pentadbiran macam biasa. Tahun ni, bukan setakat Amerika Syarikat je ada yang ada pilihan raya; kita pun turut jalankan pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri.

Setakat ni, kita ada 3 lagi pilihan raya kecil yang terpaksa ditangguhkan dan bakal dijalankan kemudian iaitu PRK Gerik, PRK Batu Sapi dan PRK Bugaya. Memasuki 2021 nanti, Pilihan Raya Negeri Sarawak pulak dijangka berlangsung.

Prk Darurat
Ditangguh lepas dapat perkenan darurat dari Agong… Via Twitter

Jocelyn Yow, 25 tahun pada tahun ni dipilih sebagai Datuk Bandar wanita termuda untuk bandar Eastvale, California. Sebelum ni, dia dahpun bergiat dalam arena politik dan dipilih sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada 2018. Seterusnya, dia jadi pemangku jawatan Datuk Bandar sementara sebelum dilantik secara rasmi pada 10 Disember lalu.

Bapanya berasal daripada Malaysia dan lanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat pada sekitar 80-an. Ibunya pulak berasal daripada Vietnam dan berpindah ke Amerika Syarikat untuk mencari kehidupan baharu di sana. Pada 1996, mereka kembali semula ke Malaysia untuk menjaga datuknya yang disahkan menghidap kanser dan terus menetap di Malaysia lebih dari 10 tahun sebelum ke Amerika Syarikat.

Tahun-tahun kehidupannya di Malaysia banyak membentuk dan mendekatkan dirinya kepada sejarah dan budaya, melahirkan sorang anak muda yang berkaliber pada hari ni. Identitinya sebagai sebahagian daripada Malaysia turut diakui dalam sebuah hantaran Instagramnya lepas dilantik menjadi Datuk Bandar.

K Gurunathan pulak lahir di Pulau Pinang, dan banyak terdedah dengan kehidupan politik di Malaysia sebelum berpindah ke New Zealand pada 1995. Dia pernah bekerja sebagai wartawan politik dan dilantik menjadi ketua editor akhbar The National Echo yang berpusat di Pulau Pinang pada 80-an. Selain tu, dia turut diberi peluang berkhidmat sebagai editor dalam The Sun dan lidah parti DAP, The Rocket pada akhir 80-an.

Dia sempat menyaksikan dan alami sendiri bahang Ops Lalang pada 1987, dimana lebih dari 100 ahli politik dan aktivis ditahan di bawah ISA. Empat akhbar jugak dah ditutup operasinya dan diharamkan. Namun pada 1995, dia putuskan untuk berhijrah ke negara asal isterinya, bersama anak-anaknya.

Di New Zealand, dia menyambung semula kerjayanya sebagai penulis untuk akhbar tempatan The Kapiti Observer daripada 1995-2008, dengan ruang kolum ‘Notes of the Corner Diary’ menjadi pentas komentarinya terhadap isu-isu tempatan. Akhirnya pada 2010, dia berjinak dalam pengurusan pentadbiran awam di sana dan menangi pilihan raya tempatan pada 2016. Pada tahun ni, dia memenangi sekali lagi posisi sebagai Datuk Bandar Kapiti.

Gurunathan Clare
Gurunathan bersama isterinya, Clare… Via FMT

Syed Saddiq kata orang muda kena ada kroni untuk memimpin, perlu ada perubahan ‘tradisi’ dan budaya dalaman parti politik

Pencapaian kedua-dua individual ni haruslah diraikan dan menjadi inspirasi kepada anak muda di Malaysia. Kami pun tumpang bangga dengan usaha mereka untuk terus melaksanakan kebaikan di mana saja mereka berada. Walaupun begitu, Syed Saddiq mempunyai pandangan tersendiri mengenai hal ni.

Menerusi kenyataannya di Facebook, dia kata banyak pengajaran yang dapat kita peroleh daripada kisah Jocelyn ni. 25 tahun, dah jadi Datuk Bandar. Keyakinan rakyat Eastvale untuk memilihnya menunjukkan bahawa umur bukanlah penghalang seseorang tu untuk jadi wakil suara kebanyakan di sana.

“Di luar sana, ruang dan peluang tersedia kepada mereka yang berusaha keras dan ikhlas menjalankan tanggungjawab kepada komuniti dan jika seorang itu rajin, pasti ada ruang untuk diisi. Tetapi di Malaysia, lain ceritanya. Jika anda tidak ada hubungan politik, hubungan dengan kroni atau sendiri menjadi ahli politik, ruang untuk anda memimpin itu sangat sukar,”- Syed Saddiq, seperti yang dipetik Sinar Harian dalam kenyataan Facebook pada 14 Disember

Mahathir Syed Saddiq
Ada kata Syed Saddiq pun tak boleh ‘naik’ kalau bukan kerana Mahathir… Via Mothership

Kenyataan Syed Saddiq terlihat benar untuk kebanyakan anak muda yang berminat nak masuk politik. Ramai melihat ruang nak jadi orang politik ni perlukan sesebuah hubungan unik antara orang politik. Akhirnya, tak ramai yang masih bersikap optimistik terhadap peluang mereka untuk memperkenalkan idea-idea progresif dan baharu walaupun mereka jugak sebahagian daripada ahli sesebuah parti politik. Sekarang ni pun, kita lebih banyak melihat tampilnya tokoh-tokoh tua yang mengemudi arus politik sehinggakan ada kata Malaysia ni untuk orang tua.

Tradisi dan budaya kepimpinan dalam sesebuah parti politik jugak perlu diberi perhatian. Jika sekadar nak tubuh lebih banyak parti politik yang khusus untuk orang muda sebagai cara nak libatkan anak muda dalam politik, ia belum mencukupi sekiranya benar-benar serius untuk memberi ruang kepada anak muda. Dengan penurunan had mengundi kepada 18 tahun, pendidikan politik perlu diperkenalkan kepada anak-anak muda agar kesedaran dan kefahaman orang muda terhadap politik meningkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *