Kapal terhempas di Iran? Ini senarai kapal yang tak bersalah yang pernah ditembak jatuh

F1

Sejak semalam berpusu-pusu “pakar hubungan antarabangsa” komen di media sosial apa kesan dan kemungkinan perang US-Iran. Ada yang cakap akan jadi Perang Dunia Ke-3, ada cakap perang proksi, ada cakap takde kesan apa-apa sebab serangan sekali je. Apa-apa pun ada perkara lain terjadi beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan ke atas Kem Tentera US di Iraq iaitu sebuah pesawat membawa penumpang telah terhempas.

Kalau kita fikir-fikir, ada beberapa kapal terbang sebenarnya yang pernah ‘terhempas’, hari ni kami akan bawakan beberapa yang popular.

1. Malaysia Airlines MH17, ditembak akibat konflik pemberontak dan Ukraine

Pasti ramai masih ingat kes yang berlaku hampir 6 tahun lalu. Pesawat Malaysia Airlines MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum ditembak jatuh pada ruang udara Ukraine.

Kesemua 298 penumpang pesawat ini terkorban, kebanyakan dari mereka adalah warganegara Belanda. Ketika kejadian tu, timur Ukraine sedang bergolak di antara Kerajaan Ukraine dan pemberontak Pro-Russia yang mahukan kawalan di Crimea. Malangnya kesan pergolakan tersebut menyebabkan pesawat komersial Malaysia ditembak jatuh.

Laporan siasatan pada tahun 2019 oleh Kerajaan Belanda mengatakan pihak Tentera Russia bertanggungjawab atas insiden ini. Tapi sehingga hari ni takde siapa yang tahu.

2. Mac 2007: Belarussian Airlines EW-78849, ditembak jatuh di ruang udara Somalia

Kes yang berlaku lebih 12 tahun lepas ni melibatkan pesawat kargo milik Belarussian Airlines jenis Ilyushin II-76 dalam perjalanan ke Minsk dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mogadishu, Somalia. Pesawat kargo ini membawa jurutera dan peralatan untuk membaiki sebuah pesawat lain yang rosak selepas ditempak 14 hari sebelumnya.

Malang bagi pesawat ini apabila ditembak ketika masih berada di ruang udara Somalia dan kesemua 11 penumpang mati (10 mati sejurus selepas terhempas, seorang mati di hospital). Beberapa saksi di tempat kejadian berkata melihat roket ditembak dari sebuah bot sebelum pesawat itu terhempas.

3. Oktober 2001: Siberia Airlines RA-85693, ditembak jatuh ketika latihan ketenteraan

Pesawat RA-85693 milik Siberian Airlines terhempas di laut sempadan antara Eropah dan Asia atau lebih dikenali sebagai Laut Hitam (Black Sea). Pesawat ni membawa 78 orang termasuk 66 penumpang dan 12 krew kapal sedang dalam perjalanan ke Novosibirsk, Russia dari Tel Aviv, Israel. Semua penumpang terkorban.

Kejadian ni tak berlaku ketika pergolakan tetapi ketika latihan ketenteraan. Pihak tentera Ukraine-Russia sedang menguji daya ketahanan tentera mereka termasuk keupayaan roket. Ukraine kemudiannya mengaku ujian roket jenis S-200 mungin telah terkena pesawat malang itu.

Kerajaan Ukraine bagi pampasan sebanyak $200,000 bagi setiap penumpang yang terlibat kepada waris.

4. July 1988: Iran Air 655, ditembak oleh Amerika Syarikat

Kalau minggu ini, Iran dikatakan menembak pesawat Ukraine, tahun 1988 pula tentera US tertembak pesawat komersial Iran. Kapal terbang jenis Airbus A300 ini dalam perjalanan membawa 290 penumpang dari Bandar Abbas, Iran ke Dubai, UAE.

https://www.youtube.com/watch?v=-kQ_t04DZ4Q

Pesawat ini ditembak ketika ia masih berada di dalam ruang udara Iran oleh dua roket USS Vincennes milik US yang berada di Selat Hormuz. Kejadian ini juga berlaku ketika perang Iran-Iraq, masa tu US berpihak kepada kerajaan Iraq maka pesawat komersial Iran itu telah disalah anggap sebagai pesawat tentera.

S1
Gambar ketika perang. Via Britannica

Kes dua negara ni diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) selepas Kerajaan US bersetuju membayar pampasan berjumlah sebanyak USD61.8 juta kepada mangsa-mangsa. Walaubagaimanapun, US sehingga harini tidak pernah memohon maaf kepada Kerajaan Iran mahupun keluarga mangsa atas insiden malang itu.

5. September 1983: Korean Air Lines KAL007, ditembak jatuh ketika Perang Dingin

Pesawat ni memulakan perjalanannya dari John F. Kennedy Airport, US untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo. Ketika kejadian tu, Perang Dingin antara US dan Soviet Union masih lagi berlaku jadi kedua-dua negara bersifat ragu-ragu terhadap satu sama lain.

KAL007 secara tak sengaja memasuki ruang udara Soviet Union jadi pihak tentera Soviet risau itu adalah pesawat tentera US yang datang dari Amerika. Kesilapan ini menyebabkan semua 269 penumpang termasuk 23 krew kapal terkorban selepas terhempas.

Walaupun pada awalnya Soviet Union tak mengaku terlibat, mereka kemudiannya mengaku bertanggungjawab dan menuduh pesawat itu adalah pesawat perisik.

6. Februari 1973: Libyan Arab Airline LN114, ditembak jatuh oleh tentera Israel

Ketika dalam perjalanan dari Tripoli ke Cairo, pesawat ini tersilap arah akibat cuaca buruk dan beberapa kegagalan sistem. Secara tak sengaja pesawat ini termasuk ruang udara Sinai yang berada di bawah kawalan Israel ketika itu.

Sebelum menembak jatuh, dua pesawat tentera Israel, F-4 Phantom IIs memintas LN114 dan menyuruh mereka mendarat segera. Semenanjung Sinai ketika itu menjadi tarikan antara Mesir dan Israel jadi apabila pesawat asing memasuki ruang udara Sinai, tentera Israel berasa terancam. Apabila pesawat itu tidak mendarat, F-4 Phantom menembak jatuh LN1114 dan mengorbankan 108 daripada 115 penumpang.

Dunia tidak lagi perlukan peperangan, ia sering meragut nyawa orang tak bersalah

Hampir semua nasib menimpa pesawat malang ini berlaku di kawasan bergolak akibat salah sangka. Peperangan bukan hanya melibatkan tentera sahaja. Kita dapat lihat jika ada silap percaturan sedikit pun oleh pihak kerajaan mahupun tentera, nasib malang boleh menimpa rakyat awam juga. Oleh itu, penting untuk kita menolak peperangan.

Manusia masih ramai yang kelaparan; kenapa berbelanja wang yang banyak pada peperangan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *