Kisah bayi di Korea Selatan didera sehingga mati, ramai yang marah

F1

Penderaan kanak-kanak bukanlah suatu yang boleh dipandang ringan. Selain cedera dan mungkin akibatkan kecacatan kekal, kesihatan emosi mereka pun terbantut. Baru-baru ni, naik trending pulak sebuah hashtag #SorryJungin sehingga dapat perhatian selebriti-selebriti Korea. Kisah di sebalik hashtag ni sebenarnya lebih menyayat hati, dan boleh buatkan korang geram serta marah tak berpenghujung dengan pelaku serta pihak polis yang kelihatan tak nak ambil tindakan.

728 X 90

Anggaplah tu sebagai trigger warning, atas dasar keprihatinan kami kepada mereka yang mungkin boleh terkesan lebih dalam jika terbaca kisah tragis ni, lagi-lagi bila melibatkan sorang anak yatim comel. Kami turut rasa kesal dan hiba membaca kisah bayi tersebut, dipukul sebegitu teruk sehinggakan pada saat akhirnya.. dikatakan dia macam takde perasaan dah.

Saluran Korea SBS kongsikan kisah bayi yang teruk didera, doktor yang buat autopsi terkejut betapa teruk kecederaannya

Dalam sebuah rancangan popular Korea di saluran SBS “Unanswered Question”, mereka kongsikan kisah hangat melibatkan sorang bayi berumur 16 bulan yang mati di bawah jagaan ibu bapa angkatnya. Yang lebih mendukacitakan, keluarga angkat Jung-in ni pernah masuk TV dan berkongsi bagaimana keluarga mereka tu gembira lepas ambil anak angkat. Saat tu mungkin merupakan kali terakhir kita dapat melihat Jung-in; wajahnya terlihat suram dan murung.

Jung In Murung
Sesungguhnya anak kecil tak boleh menipu, lagi-lagi berlakon gembira… Via Twitter

Jung-in merupakan sorang anak yatim yang diambil sebagai anak angkat pasangan Jang dan Ahn. Setakat ni nama penuh mereka tak dikeluarkan lagi, dan menjadi budaya di sana agar tak keluarkan nama penuh selagi mereka belum disabitkan kesalahan. Jung-in selesai jadi anak kedua dalam keluarga pasangan tersebut ketika dia berumur 6 bulan. Usai dibawa ke rumah, rupanya ada kisah hitam di sebalik senyum anak kecil ni.

Menurut siasatan, Jang dan Ahn menafikan wujudnya penderaan ke atas Jung-in sedangkan tanda-tanda pada badannya ketika di bawah jagaan guru taska menunjukkan Jun-in betul-betul didera. Guru tersebut tak berlengah lagi buat laporan polis di balai polis Yangcheon, namun takde tindakan pun dari pihak polis. Bahkan, bukan sekali laporan polis dibuat; 3 kali ye. 3 kali perkara yang sama, tapi pihak polis buat tak endah je.

Youtube Jungin
Gambar x-ray yang dapat kami temui menerusi laporan media Korea.. -Via Youtube

Kecederaan Jung-in begitu teruk sehinggakan apabila dia dibawa ke bahagian kecemasan dan tak dapat diselamatkan, autopsi ke atas Jung-in memaparkan kecederaan serius. Perutnya dilaporkan penuh dengan darah, sendi dan tulang selangka patah di samping lebam pada beberapa bahagian badannya. Sebab kematiannya dipercayai akibat kerosakan teruk pada pankreas dan organ penting yang lain, dimana ada kemungkinan besar berpunca dari dipukul, ditendang dan dipijak oleh ibu angkatnya.

Ditambah lagi, siasatan turut mendapati meskipun penafian dilakukan oleh kedua pasangan tersebut; ibu angkatnya Jang merakam lebih 800 video yang memaparkan dirinya sedang mendera Jung-in sama ada secara fizikal dan mental. Ertinya, Jung-in turut diherdik dan dimaki sehinggakan emosinya dah tak sihat lagi. Pasangan tersebut siap berlakon seolah kecederaan Jung-in takde kena mengena dengan mereka, sebaliknya Jung-in dibawa ke bahagian kecemasan kerana jatuh sendiri dari sofa.

Jungin
Ilustrasi kes ibu angkatnya rakam Jung-In sedang didera.. -Via Youtube

Ibu angkatnya diheret ke muka pengadilan, warganet desak kerajaan ketatkan polisi ambil anak angkat dan bersolidariti untuk Jung-in

Dengan bukti rakaman lebih 800 video memaparkan ibu angkatnya Jang sedang mendera Jung-in, ibu angkatnya tu diheret ke muka pengadilan. Kes perbicaraannya berlangsung pada minggu lalu, dan pada hari tersebut, ramai berkumpul di hadapan mahkamah sambil melaungkan ‘pembunuh!’. Kes ni antara kes yang mendapat perhatian seluruh dunia kerana kuasa tular dengan hashtag #SorryJungin dan munculnya selebriti-selebriti Korea turut gunakan hashtag tersebut.

https://twitter.com/dongminlover/status/1349479647960915969

Hashtag tersebut, diterjemahkan sebagai ‘Maaf Jungin’ disimbolikkan sebagai kegagalan masyarakat untuk elak dan selamatkan sorang anak kecil yang tak boleh mempertahankan dirinya. Baru 16 bulan, namun apa yang dilaluinya sangat berat untuk kudratnya yang sangat terbatas. Kami lihat hashtag tersebut jugak berjaya memberi kesedaran terhadap kisah Jung-in dan isu penderaan kanak-kanak.

Mengikut cerita daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan pasangan tersebut, Jung-in selalu dibiarkan tinggal bersendirian dalam kereta dan dibiar berpanas dalam tu. Mereka pun dah lama curiga sebab asal datang ke rumah, Jung-in mesti ada luka atau lebam baharu. Selain tu, rakan-rakan pasangan Jang dan Ahn pun turut perasan setiap kali mereka bertandang ke rumah, Jung-in ni selalu ditinggalkan sendiri di bilik tidur. Bila ditanya, ibu bapa angkatnya kata Jung-in biasa dah bermain sorang-sorang. Kalau penat, dia tidurlah tu.

Jung In Lebam
Gambar lebam yang berjaya direkodkan oleh pengasuh taska lepas curiga dengan keluarga angkat Jung-in.. -Via Tribunnews

Tapi sekarang ni nasi dah jadi bubur… bapa angkatnya dah mengaku salah mendera Jung-in. Manakala ibunya pulak, Jang tak nak mengaku salah dan masih rasa dia di pihak yang benar. Katanya lagi kepada hadirin media di depan mahkamah, dia tak bersalah dera Jung-in. Kesannya, ramai bertambah marah dan menggelar Jang sebagai psikopat. Tak sedikit jugak yang terus minta dia digantung sampai mati.

Kes Jung-in ni menyegerakan kerajaan untuk terus memperketatkan polisi pengambilan anak angkat, di samping menambahbaik sistem polis di negara tersebut. Warganet jugak gesa kakitangan polis yang bertugas terima laporan dulu tu pun harus disiasat dan diambil tindakan jugak kerana gagal bertindak lebih baik ke atas laporan penderaan kanak-kanak. Nampaknya dari satu sudut, sistem polis tu memang perlu diperbaik lagi sebab bayangkan, pembunuh bersiri depan mata pun mereka gagal tangkap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *