Umat Islam di India sedang menghadapi serangan keganasan, ini ceritanya…

F1

Ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump masih dipalit cemuhan kerana isu usaha memecatnya oleh Dewan Perwakilan AS dan ‘Deal of the Century (DOTC)’, lawatan singkat Trump ke Delhi, India pula dibayangi rusuhan yang teruk. Semuanya bermula dengan himpunan skala kecil bagi membantah Akta Pindaaan Kewarganegaraan (CAA) dan Pendaftar Kewarganegaraan Kebangsaan (NRC), yang disifatkan sebagai anti-Islam.

Rumah dan kedai milik komuniti beragama Islam menjadi sasaran keganasan di India

Di bawah akta baru ni, penduduk Islam di India yang gagal membuktikan ibu bapa atau datuk nenek mereka menetap di India, bakal dihalau dari negara tu. Kerajaan nasionalis Hindu Perdana Menteri India, Narendra Modi, sebelum tu telah perkenalkan CAA dan NRC pada bulan Disember 2019, beri laluan kepada kewarganegaraan India untuk enam kumpulan agama dari negara jiran, tapi bukan Islam.

Rumah dan kedai milik komuniti beragama Islam menjadi sasaran keganasan dalam rusuhan terburuk kat ibu negara India tu. Pertempuran kali pertama tercetus lepas bantahan ke atas undang-undang kerakyatan yang penuh kontroversi. Ia kemudian merebak jadi pertelingkahan antara agama, yang menyaksikan ramai penduduk Islam jadi sasaran.

Foto, video dan hantaran kat media sosial dipenuhi dengan imej mengerikan, kebanyakannya memaparkan bagaimana samseng Hindu membelasah penduduk tak bersenjata, termasuklah pihak media. Kumpulan perusuh terbabit turut bertindak membakar ribuan harta-benda dan kenderaan hingga menyebabkan kemusnahan besar.

S1
Via Washington Times

Pada Disember tahun lepas, sekurang-kurangnya 30 terkorban, kebanyakannya akibat tindakan kekerasan polis kat Uttar Pradesh yang ada populasi orang Islam terbesar kat India. Kebanyakan orang Islam percaya undang-undang tu satu bentuk diskriminasi terhadap diorang dan merupakan sebahagian daripada rancangan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi untuk menjadikan India sebagai sebuah negara Hindu.

Pada tahun 1984, PM India pernah ditembak sebanyak 33 kali oleh pengawalnya sendiri

Daripada skala kecil, bantahan tu bertukar jadi pertempuran antara penganut Hindu dan penduduk Muslim. Pergaduhan dan rusuhan merebak menjadi sangat serius apabila lebih 40 orang terbunuh menjelang 27 Februari, selain lebih 30 keluarga Muslim dilanda penderitaan. Sebelum ni, ada satu lagi rusuhan kaum paling teruk kat New Delhi, iaitu antara penganut Hindu dan Sikh.

Benda ni terjadi sebab pembunuhan Perdana Menteri India, Indira Gandhi oleh 2 lelaki Sikh yang asalnya adalah pengawal dia sendiri, iaitu Beant Singh dan Satwant Singh pada 1984.

Indira ditembak sebanyak 33 kali, meneruskan ketegangan kat India, rentetan daripada beberapa peristiwa lain, antaranya isu penawanan ‘Kuil Emas’ (Harmandir Sahib) oleh gerakan pemisah bersenjata Sikh iaitu ‘Khalistan’. Banyak siri pertempuran antara tentera Kerajaan, kumpulan pemisah Khalistan dan orang awam, sehingga menyebab kematian belasan ribu nyawa kat sana, termasuk umat Islam. Lebih 3,000 penganut agama Sikh terbunuh dalam rusuhan anti Sikh kat ibu negara India tu.

S1
Kuil Emas. Via Britannica

Itu cerita 3 dekad lepas. Februari lalu, rusuhan terbaru sekali lagi berlaku, kali ni ke atas umat Islam dengan terancang. Habis rumah dan kedai orang Islam kat New Dehi dibakar dan dirosakkan oleh perusuh, dan orang Islam yang tak bersenjata dipukul dan dibunuh oleh pengganas yang mendakwa berjuang atas agama Hindu.

BJP parti pemerintah India yang mulakan keganasan, sebarkan sentimen kebencian terhadap Islam

Serangan ke atas umat Islam ni diketuai oleh Kapil Mishra, ahli politik dari Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narenda Modi yang memerintah India sekarang ni. Bermula 23 Januari lepas, Kapil menulis kat Twitter dia, menghasut penyokong BJP menghalang demonstrasi aman CAA dan NRC yang nak dibuat oleh golongan wanita Muslim kat New Delhi.

S1
Kapil Mishra. Via NDTV

Mula-mula nampak macam polis ada usaha jugak nak kawal keganasan masa serangan kat sana. Tapi, bila ada insiden seorang polis kena pukul kat sana, polis hanya berdiri je tengok kedai-kedai milik orang Islam kena bakar. Diorang pun buat tak tau je, bila ada orang Islam yang kena belasah dan pukul.

Malah, dalam sesetengah video dan gambar, pihak polis pun ‘join’ sekali pukul dan baling batu ke arah umat Islam yang tak berdosa. Peliknya, polis semangat tangkap demosntran yang turun buat bantahan secara aman, tapi tak pulak tangkap Kapil Mishra dan pemimpin BJP yang setiap hari meniup sentimen kebencian kepada umat Islam.

Bukan saja menyokong keganasan, Kerajaan India pimpinan Modi jugak menyekat kebebasan media kat sana. Sebelum ni, dua stesen televisyen India, Asianet News dan MediaOne digantung sebab dituduh tak laporkan rusuhan kat New Delhi ikut naratif yang Modi nak.

Akibatnya, kumpulan pembangkang dan kedua-dua stesen TV tu pun buat protes terhadap Kementerian Penyiaran dan Maklumat India yang diketuai oleh Prakash Javadekar. Stesen-stesen TV tu sebelum ni melaporkan dua pertiga daripada 50 kematian adalah dalam kalangan umat Islam yang jugak minoriti kat sana.

A Man Watches Prime Minister Narendra Modi Addressing To The Nation, On Tv Screens Inside A Showroom In Mumbai
Narendra Modi. Via Reuters

Walaupun sekatan tu kemudian ditarik balik, ramai yang mengkritik Modi dan kerajaan dia sebab bersifat autokratik dan kuku besi. Tahun lepas, seorang wartawan, Aatish Taseer telah dilucutkan kewarganegaraan sebab mengkritik Modi dalam tulisan kat majalah TIME. Jurucakap Modi, Sambit Patra dari Parti BJP turut membuat kempen propaganda memburukkan Aatish sebab bapak dia berasal dari Pakistan.

Selain tu, wartawan dari Manipur, Kishorechandra Wangkhem dipenjara selama 4 bulan sejak November 2018 sampai April 2019, sebab mengkritik Ketua Menteri Manipur, Biren Singh sebagai boneka Modi.

Sama-sama kita sebar kesedaran isu kat New Delhi, sesebuah negara sepatutnya menjaga rakyatnya…

Modi dan Kerajaan India sepatutnya bertindak segera untuk mengelak lebih banyak kematian. Tindakan Modi yang berdiam diri dan gagal mengawal rusuhan yang berlaku kat Delhi, adalah kegagalan kerajaan India dalam melindungi keselamatan warga diorang sendiri.

Pihak berkuasa gagal mengawal perusuh pelampau agama daripada mensasarkan serangan terhadap penempatan orang-orang Islam dan rumah ibadat sampai menyebabkan lebih 50 orang terbunuh, manakala ratusan yang lain cedera dalam insiden berdarah tu.

S1
Via Al Jazeera

Sebab tu kerajaan India kena tampil betulkan persepsi ini dengan cara berusaha sebaik mungkin melindungi orang-orang Islam India yang diancam. Mana mungkin India sebagai sebuah negara dengan kekuatan sumber manusia dan kapasiti yang besar tak mampu melindungi rakyat diorang sendiri. Seseungguhnya, ekstremisme dan keganasan adalah musuh semua agama, dan kita semua perlu menolak sebarang kezaliman yang dilakukan tanpa peri kemanusiaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *