займ срочно

Wang sumbangan rakyat Malaysia tak sampai ke Palestin? Ini cerita sebenarnya…

F1
Wang sumbangan rakyat Malaysia tak sampai ke Palestin? Ini cerita sebenarnya…

Belum reda isu “Deal of the Century” ciptaan Donald Trump, kecoh satu Malaysia bila timbul isu jutaan ringgit dana sumbangan rakyat Malaysia untuk Masjid al-Aqsa tak pernah sampai kepada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang mentadbir masjid tu. Kenyataan ni dibuat oleh Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali. Dia kata, diorang ada bukti memang wujud salah guna duit sumbangan Palestin dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

S1
Walid Abu Ali. Via The Sun Daily

Dengan penuh yakin, Walid cakap yang dia ada terima maklumat daripada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis, yang diorang tak dapat sumbangan untuk pembangunan Masjid al-Aqsa. Dia jugak cakap yang sumbangan dana rakyat Malaysia selama ni tak pernah sampai kepada Jabatan Wakaf tu. Kenyataan duta ni kemudiannya disiarkan banyak laman web dan jadi tajuk utama surat khabar kat Malaysia.

Jabatan Wakaf Baitulmaqdis ditadbir sepenuhnya oleh Jordan, sebab tu NGO tak buat kutipan khusus…

Macam yang kita tau, Malaysia antara negara yang banyak menganjurkan kutipan dana al-Aqsa. Jadi, NGO Malaysia yang terkesan dengan tuduhan tu pun buatlah sidang media, untuk jelaskan dakwaan tu. Antara yang tampil buat kenyataan adalah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Muslim Care Malaysia; Viva Palestina Malaysia; Global Peace Mission; MyCARE; Haluan Malaysia; Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM); MEDICOM, Cakna Palestin dan MAHAR.

Pertamanya, kita kena faham yang Jabatan Wakaf Baitulmaqdis ditadbir sendiri oleh Kementerian Wakaf Jordan, bagi pihak berkuasa Palestin. Sebab tu NGO kat Malaysia ni tak buat kutipan dana untuk Masjid al-Aqsa secara khusus. Sebabnya, Jordan dah ada dana khusus untuk bayar gaji petugas kat dalam masjid suci tu, dan Jordan jugak yang uruskan kos pembaikan pada Masjid al-Aqsa.

NGO Malaysia memang tak bagi sumbangan terus ke Masjid al-Aqsa, tapi diorang ada jugak bagi bantuan dan bekalan kepada rakyat Palestin yang jaga masjid tu secara sukarela. Gelaran diorang, murabitun (untuk lelaki) dan murabitah (untuk perempuan).

S1
Baitulmaqdis. Via Kembara Salam

Tapi, macam yang kita tau, walaupun Jordan yang uruskan masjid tu, kebanyakan projek pembaikan al-Aqsa biasanya tak dapat kelulusan rejim Zionis. Kalau kerajaan Jordan pun kena macam tu, apa lagi NGO yang takde kuasa. Secara logik akal, dah tentu Duta Palestin kat Malaysia tau benda ni, yang NGO tak boleh suka-suka nak buat pengubahsuaian atau bagi dana kepada Masjid al-Aqsa. Jadi, sebenarnya Walid Abu Ali hanya memanipulasi dan bermain dengan fakta.

Pihak berkuasa Palestin (PA) tak mesra NGO, sebab itu segala bentuk sumbangan tak melalui diorang

Kita jugak kena faham yang NGO kat Malaysia tak hulur sumbangan melalui kedutaan sebab pihak berkuasa Palestin (PA) tak mesra dengan NGO. Semua bantuan sumbangan ni tak melalui PA, tapi tetap sampai kepada rakyat Palestin, sebab diuruskan wakil koresponden dan NGO tempatan kat sana.

Malahan, benda ni pun diakui rakyat Malaysia yang tinggal dalam Palestin, nama dia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman. Dia sendiri sebut NGO Malaysia banyak salurkan bantuan.

Selain bantuan kewangan, NGO Malaysia banyak salurkan bantuan makanan, perubatan, pendidikan, infrastruktur dan lain-lain, hasil sumbangan rakyat negara kita. Tuduhan Duta PA tu bukan je rosakkan imej dan reputasi NGO kat Malaysia, tapi secara tak langsung, kerajaan dan rakyat Malaysia. Sebab, kerajaan Malaysia sendiri ada salurkan bantuan ke sana melalui NGO kita.

Senang cerita, Duta PA ni dia nak semua sumbangan ke Palestin kena dapat kelulusan daripada diorang dulu. Jadi, dia hancurkan imej dan timbulkan persepsi-keraguan dalam kalangan rakyat Malaysia – seolah-olah semua sumbangan kita selama ni, tak sampai ke sana. Pada Januari 2019, Aman Coalition ada tunjukkan hasil tinjauan yang 91% rakyat Palestin tak percaya kepada PA, sebab pro kepada rejim Zionis.

S1
Via The Sun Daily

Bermacam laporan dah disiarkan pasal dakwaan korupsi PA ni. Kalau rakyat Palestin pun tak percaya diorang nak urus Palestin, apa lagi NGO Malaysia yang kena uruskan amanah dari rakyat kita.
Padahal, NGO kat Malaysia ni jugak lah yang banyak sebarkan advokasi dan kesedaran pasal isu Palestin kepada rakyat Malaysia. Baru-baru ni pun, NGO Malaysia ada anjur Persidangan Kali Ke-3, Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (#LP4Q) kat One World Hotel, Petaling Jaya.

Siap kumpul ahli-ahli parlimen daripada pelbagai bangsa dan agama, dari 80 buah negara. Ini semua komitmen, bro. Bukan kaleng-kaleng.

Selalunya NGO yang lancarkan misi kemanusiaan ke Palestin akan ajak media sekali ikut diorang

Walaupun tak bagi dana secara terus kepada Masjid al-Aqsa (sebab Jordan dah uruskan), banyak bantuan kemanusiaan yang disampaikan NGO Malaysia macam bantuan masa bulan Ramadan, ibadah korban, edar makanan, bekalkan air bersih kepada fakir miskin dan anak yatim kat Palestin. Biasanya, setiap kali misi kemanusiaan nak dihantar oleh NGO Malaysia, diorang akan buat kempen yang khusus.

Contoh, kempen bantuan musim sejuk atau bantuan Ramadan. Benda ni semua didedahkan secara umum dan telus kepada masyarakat Malaysia. Sebab tu diorang jugak diaudit oleh auditor luar, dan sediakan laporan dalam laman media sosial masing-masing, untuk rujukan semua.

Sebab tu kebanyakan NGO bawak sekali beberapa orang wartawan setiap kali diorang buat misi kemanusiaan – supaya kita sendiri dapat baca berita dan laporan yang orang kita sediakan, bukan dari sumber kedua atau ketiga.

S1
Sidang media NGOs berkaitan Palestin, semalam. Via Perak Today

Ketika ada netizen yang seronok troll NGO Malaysia tanpa usul periksa, tau tak apa kesannya kepada 2 juta rakyat Gaza yang terkepung dan kelaparan? Kalau NGO ni tak hantar bantuan, rakyat Palestin akan terus menderita bila tak dapat pertolongan dari kita.

Daripada Walid Abu Ali dan sesetengah pihak sibuk sebar tuduhan palsu, rasanya lebih baik kalau diorang tolong pelajar dan pelarian Palestin yang hidup dalam penuh kesusahan. Untuk pengetahuan semua, Duta PA ni dia bukan hanya jaga pelarian Palestin yang ada kat Malaysia, tapi jugak pelarian yang ada kat Brunei, Singapura, Thailand, dan Filipina.

Walaupun di Malaysia banyak NGO yang salurkan bantuan secara terus, tapi kita mesti tetap berhati-hati

Sebagai rakyat Malaysia, benda paling asas kita kena buat adalah pastikan mana-mana NGO yang kita nak hulur derma tu, berdaftar. Lepas tu, kita jugak berhak untuk tau apa perkembangan sumbangan kita. Ye lah, dah nama pun duit kita, maka dah tentulah kita berhak untuk tanya, kan?

Kita mesti berhati-hati dengan penipuan aktiviti mengutip dana yang guna nama Masjid al-Aqsa.  Paling penting, kebanyakan NGO yang terima dana kemanusiaan ni, ada sediakan resit pengecualian cukai. Jadi, pahala pun dapat, cukai pun jadi jimat, yob. Ha, apa lagi, kongsi lah artikel ni banyak-banyak, supaya masyarakat Malaysia dapat faham apa isu sebenar pasal dana Palestin ni.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top