Hari ni korang boleh tebus RM30 yang diberikan kerajaan, ini caranya…

F1

Masuk 2020 ni, konsep e-dompet ni memang suatu yang tak asing lagi dalam minda rakyat Malaysia. Kakak dan abang, pak cik dan mak cik, nenek dan datuk… dah ramai semakin faham fungsi e-dompet ni. Sebab tulah kami sokong jugak idea nak luaskan penggunaan e-dompet ni kat segelintir lagi yang belum faham kaedah pembayaran digital ni.

RM30 untuk semua orang, boleh tebus bermula hari ni, orang dah bagi, ambik je…

Khabar gembira untuk seluruh rakyat Malaysia; kita semua dapat RM30 secara percuma! Di bawah inisiatif e-Tunai Rakyat yang dah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Jangan risaulah, program ni memang patuh syariah. Mengikut kenyataan rasmi yang tersiar di laman web Kementerian Kewangan;

“Program rangsangan digital berjumlah RM450 juta ini telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2020 dan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan e-dompet dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan pedagang tempatan, terutamanya perusahaan kecil dan perniagaan runcit.”-YB Tuan Lim Guan Eng, seperti yang disiarkan dalam Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia pada 19 Disember 2019

Belanjawan One Off E Tunai
RM30 tu besar bagi sesetengah orang, tau…Via Soyacincau.com

Program ni akan dikendalikan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), diorang akan menilai dan menyelaraskan kerjasama antara beberapa jabatan penting seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN). Bagi kami, kerjasama ni penting sebab dari satu sudut, kriteria pemilihan platform e-dompet perlu diambil kira jugak. Ye lah, nak elak dari wujudnya unsur kronisme dan keselamatan data peribadi rakyat Malaysia tu terjamin oleh kerajaan.

3 platform e-dompet dipilih, iaitu Boost, Touch and Go e-Wallet dan GrabPay. Pemilihan ketiga-tiganya adalah berdasarkan jumlah pengguna mereka yang banyak, jaringan peniaga yang lebih luas, serta kemahiran dan kepakaran teknikal untuk bina sistem yang sesuai untuk program tersebut. Betul jugaklah benda ni… misalnya untuk platform Boost, kat mana-mana boleh guna sebab dah ramai peniaga yang terima pembayaran digital guna platform tersebut.

E Tunai Rakyat
“Yang mana satu pilihan kalbu…”, kata P. Ramlee. Via Lowyat

Orang di bawah pendapatan tahunan RM100,000 layak terima, tapi…

Kami rujuk semula kenyataan rasmi Menteri Kewangan kita mengenai syarat-syarat kelayakan untuk terima RM30 dalam bentuk digital.

“Melalui inisiatif e-Tunai Rakyat, warga negara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, yang berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000, layak menerima RM30 setiap seorang bagi dibelanjakan untuk barangan dan perkhidmatan yang tersedia melalui pengendali perkhidmatan e-dompet terpilih…”

Nampaknya para pelajar yang melepasi umur 18 tahun dah layak terima RM30 ni, dan ni turut merangkumi sebahagian besar rakyat dalam kelompok B40 dan M40. Benda ni bolehlah beli bekalan makanan, atau nak bayar tol.

Via Giphy

Bermula 15 Januari, korang boleh tebus nilai RM30 ni kat ketiga-tiga platform yang dah kami sebut tadi. Tapi… korang wajib habiskan nilai RM30 tersebut sebelum 14 Mac 2020 ni. Ye betul, korang tak salah baca. Nilai tersebut ada tempoh tamat dan buat masa ni, belum ada perbincangan nak lanjutkan tempoh tu. Jadi bila korang dah tebus, jangan lupa guna ye!

RM30 tu untuk satu platform e-dompet je, sediakan kad pengenalan

Boleh ke tebus lebih dari sekali? Boost kata tak. Oleh sebab tiap sorang tu dah dijanjikan nilai RM30 untuk hanya satu platform yang korang pilih, nak tebus pun kena daftar kad pengenalan dulu ye. Jadi kalau korang dah daftar dan tebus kat TnG e-Wallet, korang tak boleh tebus lagi kat Boost atau GrabPay. Begitu jugak keadaannya kalau korang taknak duit tu tapi nak bagi orang lain tebuskan, pun tak boleh…

Belanjawan 2020 E Tunai Rakyat
Via Illusi Duniawi

World of Buzz dah tunjuk jalan nak daftarkan kad pengenalan korang untuk tiap platform. Kalau belumĀ install aplikasi e-dompet, haa korang pilih mana satu yang korang rasa lebih berbaloi nak guna. Contohnya kat Sabah dan Sarawak, mereka jarang guna Touch n Go sebab sana takde tol. Boleh jadi, rakyat Malaysia Timur akan pilih antara Boost atau GrabPay berbanding TnG.

Sebelum korang nak uruskan pendaftaran tu, pastikan korang ada kad pengenalan korang kat tangan sebab mereka akan minta korang tangkap gambar kad pengenalan tersebut.

Tebus Rm30 E Dompet Bahasa Melayu Touch N Go
Proses e-dompet TnG. Via Noodou

Touch n Go pulak akan mintak selfie korang lagi. Proses verifikasi ni akan memakan masa dalam 48 jam, tapi boleh jadi akan lebih singkat dari tu kerana bergantung pada proses platform e-dompet. Manakala untuk Boost dan GrabPay, tak perlu selfie. Ada orang agak berat hati nak beri gambar peribadi kat syarikat-syarikat macam ni, jadi sebab tulah kami tulis awal-awal kat sini supaya mudahkan korang pilih mana satu yang terbaik untuk diri korang.

Proses agihan bantuan wang e-dompet mampu jadi penyelesaian baucar buku

Kami lihat usaha ni boleh dinilai sebagai satu eksperimen besar terhadap persepsi dan jangkaan kerajaan untuk memperbaik proses pengagihan bantuan kewangan lain kepada rakyat yang memerlukan. Macam isu baucar buku tu, ramai siswa mengeluh mengenai pengedaran baucar yang mulanya untuk buku je, kemudian dilonggarkan jenis beliannya kepada barangan elektronik dan alat tulis.

Baucar Buku Kad Debit
Baucar buku dan Kad Debit…Via Harian Metro

Lepas tu diperkenalkan pula idea Kad Diskaun Bank Rakyat. Masih banyak kekurangan dalam perlaksanaan tersebut meskipun bernas sebenarnya. Para pelajar dapat diskaun, akaun simpanan Bank Rakyat dan nilai RM250 akan dikreditkan dalam akaun simpanan tersebut. Namun begitu, proses tersebut disulitkan dengan banyak perkara hingga menyukarkan para siswa memanfaatkan nilai tersebut kerana terlalu banyak proses yang perlu dilalui hanya untuk berhubung dengan pihak bank.

Bila tengok kat Belanjawan 2020, dah takde disebut pun nak agihkan bantuan pendidikan tinggi seperti tahun-tahun lalu. Isu PTPTN pun langsung tak disentuh. Kami rasa para siswa masih perlukan bantuan kewangan walaupun berbentuk one off, tapi idea e-dompet ni mungkin lebih mudah dan pantas berbanding nak berurusan kat bank.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *