займ срочно

Untuk perniagaan kerajaan dikatakan peruntukan RM20 juta untuk empat program bantuan

f1
Untuk perniagaan kerajaan dikatakan peruntukan RM20 juta untuk empat program bantuan

Memasuki peringkat Pelan Pemulihan Negara, kita pun tertanya-tanya jugak apa bentuk bantuan yang bakal disediakan oleh kerajaan. Biasanya, kita akan fokus pada beberapa inisiatif utama yang ditunggu-tunggu ramai seperti pengeluaran wang KWSP, moratorium dan BPR. Sedikit berbeza dengan pengumuman belanjawan kecemasan yang lepas, kita boleh melihat beberapa penambahan untuk wakil rakyat pulak khususnya dari segi wujudnya bantuan bakul makanan yang diperuntukkan kepada wakil rakyat ni. Bagi usahawan pulak, diorang nak tengok apa je pelan pemulihan yang ditawarkan untuk diorang.

728 X 90

Tak dinafikan, PKP kali ni nampaknya akan ‘lebih lama’ sebab kita dah memulakan pengenalan fasa. Kalau dulu, perkembangan PKP bergantung pada setiap 2 minggu atau 4 minggu di mana ramai pengusaha terpaksa tunggu jika berlaku lagi suatu perubahan. Manalah tau kejap buka, kejap lagi tak dibenarkan buka pulak. Ketidaktentuan ni dah sedikit kurang tekanan dengan pengenalan fasa yang lebih tetap tanpa wujudnya perubahan drastik untuk beberapa tempoh. Kali ni, kami nak kongsikan empat program untuk bantu usahawan di bawah koperasi terjejas dengan PKP.

koperasi
Kedai runcit koperasi Maahad Tahfiz di Kuala Lipis.. -Via WorldOrgs.com

Peruntukan RM20 juta untuk empat program bantuan, pembiayaan berlangsung selama setahun

Baru-baru ni, Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dah umumkan bahawa diorang akan peruntukkan RM20 juta daripada Pakej Pemulih untuk bantu usahawan di bawah koperasi. Koperasi ni secara asasnya, merupakan salah satu cara nak gabung modal oleh sekumpulan orang dan berniaga sama-sama, lepas tu faedah dan keuntungannya akan dikongsi bersama jugak.

Kewujudan koperasi ni membolehkan kerajaan berikan bantuan tersasar kepada usahawan dalam koperasi tersebut. Di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), terdapat beberapa kategori dan sektor tertentu. Jadi bantuan yang diberikan untuk setiap sektor tu berbeza, dan bergantung banyak kepada keperluan satu-satu sektor tersebut.

ciri koperasi
Ciri-ciri sesebuah koperasi.. -Via Facebook

Menteri Medac, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar umumkan bahawa akan ada empat bantuan yang bakal dibuka kepada koperasi yang terjejas. Empat program tersebut adalah;

  • Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR)
  • Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR)
  • Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer)
  • Program Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (e-Dapat)

Katanya, usaha ni diharap dapat galakkan lagi penubuhan koperasi baharu supaya kumpulan sasaran iaitu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan individu terjejas yang hilang punca pendapatan mampu jalankan semula aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi.

usahawan medac
Via Melakaharini

Program ni akan berlangsung dalam tempoh setahun bermula Julai 2021 hingga Julai 2022 bagi memastikan momentum perniagaan koperasi boleh kembali stabil. Dengan keempat-empat program ni, setiapnya ada fokus dan kumpulan sasar tersendiri. Peruntukan pun dah diberikan untuk setiap program tersebut bagi membantu usahawan koperasi.

Peralihan ke alam digital jadi salah satu tumpuan koperasi, barang keperluan di kedai koperasi tawarkan harga lebih murah

Semasa artikel ni ditulis, kami tak berjaya memperoleh perincian sebenar tentang bagaimana program ni akan dijalankan. Tetapi menurut beberapa laporan media yang turut hebahkan proses bantuan ni, terdapat beberapa gambaran menarik tentang fokus dan kumpulan sasar yang diharapkan akan dibantu di bawah program-program ni. Penubuhan koperasi akan dipergiat lagi di bawah program Koperasi Prihatin Rakyat (KPR). Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan individu terjejas serta hilang punca pendapatan boleh jalankan aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi.

Salah satu program yang disenaraikan adalah Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR). Di bawah insentif jualan tu, rakyat dijangka akan dapat beli barangan keperluan harian di kedai koperasi jika dibandingkan dengan pasaran tempatan.

Menurut Wan Junaidi, insentif jualan akan diberikan kepada koperasi yang jalankan aktiviti peruncitan untuk kurangkan harga barangan keperluan harian seperti gula, tepung, minyak masak, beras, telur dan lain-lain. Untuk sektor tersebut jugak, insentif jualan bernilai RM15,000 akan diberikan secara one-off kepada 200 koperasi. Tujuannya adalah untuk pastikan aliran tunai koperasi secara konsisten, dan untuk kurangkan harga barangan keperluan harian.

usahawan pandemik
Via Sinar Harian

Selain tu, koperasi jugak disarankan untuk bersedia beralih ke platform atas talian untuk terus pastikan perniagaan diorang masih boleh berlangsung dan mampu bersaing di kala rakyat dah mampu memilih produk-produk runcit kat pasaran tempatan khususnya yang dah mampu pesan secara mudah dari bangku malas kat rumah.

“Koperasi juga perlu bersedia menggunakan satu atau gabungan mekanisma bersesuaian seperti perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah, sistem pembelian e-dagang dan pesanan melalui media sosial atau aplikasi WhatsApp dan lain-lain milik koperasi,”- seperti yang dilaporkan Harian Metro

Di situlah pentingnya program e-Dapat. Pengenalan program ni tumpukan kepada peningkatan aksesibiliti dan ketersediaan produk atau perkhidmatan koperasi atas talian. Program ni pulak untuk koperasi kluster PKMS dan besar yang ada produk atau perkhidmatan termasuk koperasi kredit, ar-rahnu dan lain-lain yang ada potensi dikomersialkan secara atas talian. Peruntukan sebanyak RM2 juta menerusi geran bantuan sehingga RM20,000 turut merangkumkan aktiviti promosi dan pemasaran produk/perkhidmatan diorang secara atas talian.

Program Transfer pulak tumpukan kepada koperasi terjejas khususnya sektor pelancongan dan penjagaan diri. Program ni membolehkan diorang meneroka perniagaan baharu dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM10 juta. Ia akan tumpukan 100 koperasi sebagai penerima manfaat, dan dijangka akan sediakan 200 peluang pekerjaan hasil daripada usaha penerokaan ke dalam bidang baharu. Jika jangkaan ni mampu dicapai, ia tentulah menjadi suatu perkara yang menggembirakan rakyat dan boleh memacu ekonomi keluarga terutamanya yang dah hampir kehabisan wang simpanan.

Kini peluang pekerjaan dan peluang membuka perniagaan di bawah koperasi dah terbuka lebih luas. Program-program ni jugak diharapkan akan diperluaskan lagi agar mampu membantu lebih ramai peniaga dan mengehadkan karenah birokrasi khususnya dalam usaha tubuhkan lebih banyak koperasi. Walaupun ramai yang terbuka dengan program ni, tak kurang jugak ada yang luahkan harapan supaya keperluan urusan birokrasi dapat dipermudahkan terutamanya untuk peniaga luar bandar.

birokrasi dokumen
Dalam ruang komentar di profil Facebook Wan Junaidi

Melihat dari gambaran kasar, kami rasa peruntukan untuk usahawan ni masih kecil dan perlu ditambah lagi sekiranya benar kerajaan nak teruskan pelaksanaan Dasar Keusahawanan Nasional (DPN2030) dan melangkaui cabaran pandemik dengan lebih gagah. Bukalah peluang yang lebih besar untuk para usahawan kecil di luar sana – kami percaya ada ribuan lagi yang masih bergelut dan turut perlukan program ni bagi membina semula perniagaan diorang melalui usaha koperasi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top