Angka 129 ahli Parlimen tengah hangat, alih-alih LIMA “taiko” Bersatu dipecat

F1

Ketika kita semua tengah gembira kerana kes baharu Covid-19 semalam merupakan yang terendah sejak PKP dilaksanakan, nampaknya ada “drama” politik yang akan berlaku lagi. Semalam ramai yang bising dengan nombor “129”. Nombor kalau nak main Toto 4D memang tak lepas, tapi nombor ni mampu untuk bentuk kerajaan.

Budakraya
Gambar dari mana entah kami rembat. Via TripAdvisor

Dikhabarkan Tun Mahathir dah berjaya kumpul 129 kerusi Parlimen untuk menjadikan Pakatan Harapan kerajaan semula. Benda ni agak mengejutkan, sebabnya; sepanjang PKP dilaksanakan – kita dapat nampak kerajaan dah lantik banyak gila ahli-ahli politik untuk mengetuai syarikat GLC. Kita semua tahu je, tujuan lantikan ni dilakukan adalah memberi “ghanimah”, supaya diorang tak beralih sokongan.

Azmin tak tahu dari mana pulak datangnya angka 129 ni, dia kata perlu hormati Agong

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tegaskan dia tak mengetahui dakwaan Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan dah dapat sokongan 129 ahli Parlimen bagi bentuk sebuah kerajaan baru. Bagi yang dah lupa, Azmin mainkan peranan penting dalam pertukaran kerajaan pada Februari lepas.

Dia kata perbahasan mengenai perkara tu perlu dihentikan, sebab kita kena hormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menyatakan Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri sebab dah dapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Dia turut tegaskan – kerajaan Perikatan Nasional dan rakyat Malaysia tak perlu lagi diheret dalam kemelut politik.

“Saya kira perkara itu telah dimuktamadkan mengikut peruntukan Perlembagaan undang-undang dan sekarang adalah masa untuk tumpukan khidmat kepada rakyat dalam negara dan di peringkat negeri. Jangan lagi heret masalah politik sehingga rakyat menjadi mangsa kerana ada individu yang gila kuasa untuk jadi Perdana Menteri.

Cukup cukuplah… jangan salahkan Perikatan Nasional kerana apa yang berlaku (punca) kerana ada seorang Perdana Menteri meletakkan jawatan, nak salah siapa kalau itu kehendaknya, maka bila berlaku kekosongan ia perlu diisi, itu sahaja,” – Azmin, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani

Dia yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kata macam tu ketika sidang media selepas lakukan lawatan kerja bersama Menteri Besar di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Budakraya
Ini bukan majlis berbuka puasa ye. Via Malaysia Dateline

Katanya pihak yang pertikaikan lantikan Perdana Menteri kelapan perlu faham dengan jelas bahawa Muhyiddin hanya isi kekokosongan yang ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Macam yang kami kata tadi, nampaknya khabar ni semakin kuat, sebab kalau takde angin, takkanlah pokok akan bergoyangkan? Berdasarkan khabar angin tu, PH dah ada sokongan 129 ahli Parlimen dan mereka akan memohon untuk mengahadap Agong dalam masa terdekat.

Tengah kita sedap “mengumpat” pasal angka 129 ni, lima orang ahli Bersatu dipecat

Khabar angin ni nampaknya membawak kepada pemecatan Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presidennya, Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain. Berdasarkan surat yang dah tular tu, kelima-lima diorang dipecat di atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu. Surat tu ditandatangani oleh setiausaha kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya.

Budakraya
Surat pemecatan yang ditularkan di media sosial. Via MalaysiaKini

Tiga pemimpin lain yang geng dengan Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah turut dipecat. Betul-betul diorang nak pastikan usaha untuk jatuhkan kerajaan ni tak berjaya, sampai kena pecat orang-orang penting dalam Bersatu ni.

Menurut surat tu, keputusan untuk pecat diorang ni dibuat berdasarkan artikel 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu yang menyatakan status individu sebagai anggota akan diberhentikan serta-merta sekiranya didapati menyatakan hasrat untuk tinggalkan parti atau secara rasmi bergabung dengan parti politik lain.

Menurut MalaysiaKini, seorang pembantu kepada Mahathir berkata bekas perdana menteri tu meninggalkan pejabatnya di Putrajaya dan belum dapat lihat salinan surat tu. Khabar angin mengenai rancangan menyingkirkan Mahathir dan penyokongnya berlangsung sejak awal bulan ni dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu – yang kemudian ditangguhkan – dipercayai menyokong keputusan tu.

Reaksi kami apabila dapat tahu diorang ni dipecat. Via Giphy

Lagi satu, Mahathir ada merancang untuk lakukan usul tak percaya terhadap Muhyiddin. Situasi boleh menjadi punca utama; persidangan Parlimen hari tu dipendekkan menjadi satu hari je.

Dengan perkembangan terbaru ni, apa agaknya “kad” yang akan dikeluarkan oleh Mahathir?!

Dengan pemecatan lima orang ahli Bersatu ni, nampaknya “satu” perang lagi mungkin akan berlaku. Bagi mereka yang baca atau lihat perjalanan politik Mahathir, dia mesti tahu yang dia ni jenis yang takkan berputus asa. Agak-agaknya apa lagi “kad” yang ada di tangannya? Adakah dia akan menubuhkan parti baru untuk melawan Bersatu? Benarkan dia dah dapat majoriti sokongan ahli Parlimen?

Banyak soalan yang bermain di kepala kami. Menarik jugak untuk kita tengok apa reaksi penyokong kerajaan semasa kalau kita sekali lagi bertukar kerajaan. Sebabnya, semasa pertukaran kerajaan hari tu – mereka konsisten kata – proses pertukaran kerajaan boleh berlaku apabila sesebuah gabungan dapat majoriti. Agak-agaknya, kalau PH dapat majoriti diorang semula, orang-orang ni akan ada pendirian yang sama tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *