Banyak aduan bil elektrik melambung tinggi, TNB dipanggil beri penjelasan

Sejak akhir-akhir ni banyak aduan tentang kenaikan tarif elektrik yang katanya akan keterlaluan. Kalau korang rajin main media sosial, korang akan perasan satu benda; ramai tengah bercakap tentang bil elektirik diorang yang katanya meningkat secara mendadak sejak beberapa bulan lepas. Benda yang melibatkan sumber elektrik dan air ni, tak boleh buat main-main – sebabnya ia adalah keperluan asas. So, kalau salah satunya tiba-tiba naik harga atau tiba-tiba terputus; orang akan marah.

Contoh perbandingan bil. Via Siakap Keli

Apa-apa pun, nampaknya bunyi ‘bising’ rakyat kat media sosial dan melalui aduan rasmi dah buatkan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ambik tindakan. Diorang dah panggil Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk berikan penjelasan.

Lebih 300 aduan rasmi, dan TNB diberi masa 14 hari untuk jelaskan

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengarahkan Suruhanjaya Tenaga menyiasat aduan pengguna mengenai bil elektrik yang tinggi yang dikenakan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Menterinya Yeo Bee Yin berkata, pihaknya menerima lebih 300 aduan dari seluruh negara berhubung isu bil elektrik tinggi itu dan Suruhanjaya Tenaga akan mengambil tempoh 14 hari untuk menyiasat sama ada aduan itu kesilapan TNB.

Via Says

Dia berkata, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap TNB jika syarikat utiliti itu didapati tidak memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 9C Akta Bekalan Elektrik 1990, iaitu ia perlu memenuhi standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan pengguna. Yeo dalam sidang media semalam berkata, TNB sudah berjumpa dengan Suruhanjaya Tenaga hari ini dan mengemukakan antara tiga alasan berhubung isu bil elektrik naik mendadak.

Namun, katanya, Suruhanjaya Tenaga tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, dan oleh itu siasatan seterusnya akan dijalankan.

Kementerian beri jaminan yang aduan pengguna akan diberi perhatian

“Kami memberi jaminan kepada pengguna yang mendapat bil yang tidak munasabah bahawa aduan mereka akan didengari dan berharap TNB dapat menanganinya sebelum pengguna pergi ke Suruhanjaya Tenaga (ST) kerana ia sepatutnya bukan saluran untuk aduan orang ramai,” – Bee Yin, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

Kalau ikutkan Bee Yin, dalam pertemuan antara ST dan TNB itu, syarikat utiliti itu itu telah menyatakan tiga alasan kepada ST antaranya mengenai pembilan yang dibuat melebihi 30 hari, malah ada kes di mana bil eletrik dikira sehingga 38 hari.

Via NST

Antara alasan yang diberikan TNB itu juga menunjukkan terdapat ‘kecuaian’ teknikal di pihak syarikat utiliti itu dan oleh itu, TNB perlu bertanggungjawab sepenuhnya, katanya. Menurut Bee Yin, TNB boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 bagi setiap kes yang diadukan oleh pengguna sekiranya didapati bersalah.

Selain itu, katanya TNB yang juga pemegang lesen dalam isu itu boleh dicaj RM500 sehari atas sebab kelewatan menyelesaikan kes pengguna. Bee Yin menyeru orang ramai untuk menyemak bil eletrik mereka dengan TNB terlebih dahulu sebelum mengemukakan aduan kepada ST jika tidak mendapat layanan adil.

Bila bil elektrik tiba-tiba melambung. Via Giphy

Dia berkata, pihaknya menerima aduan lebih tinggi iaitu sebanyak 359 aduan pada bulan ini sahaja, iaitu aduan berkaitan meter pintar dan kenaikan bil yang tinggi.

Semoga isu ni cepatlah diselesaikan ye

Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia menggunakan elektrik dan ia adalah antara liabiliti bulanan yang kena dibayar. Kalaulah tiba-tiba kadar bayaran elektrik bulanan melambung tinggi, ia akan sebabkan bajet bulanan akan lari. Kami harap cepatlah masalah ni dapat diselesaikan, supaya pengguna dapat membayar dengan kadar yang sepatutnya.

 

Laporan asal disediakan oleh Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *