Bekalan ayam mula terputus, ini penjelasan sebenar kenapa ia berlaku

ayammakan

Isu bekalan makanan sekali lagi hangat diperkatakan ramai. Dulu, kami dah kupas pasal isu krisis makanan yang dikatakan bakal dirasakan negara kita. Kali ni pulak, isu ayam naik kembali jadi bualan rakyat Malaysia, lagi-lagi apabila pada hujung minggu lalu, dikatakan bekalan ayam mulai habis di beberapa pasar basah dalam negara.

Kami faham, bila dengar je pasal harga ayam naik… ramai gusar sekiranya harga ayam dah jadi sangat mahal. Bila dengar je pasal ayam dah habis, ramai yang boleh jadi panik dan membeli pukal ayam-ayam tu sebab risau diorang tak dapat lagi beli ayam. Pembelian panik macam nilah yang kita nak elak, justeru kali ni, kami nak jelaskan hal di sebalik isu ni. Betul ke kerajaan tak boleh buat apa-apa lagi?

ayam
Via Berita Harian

Malaysia boleh tampung bekalan sendiri untuk daging ayam, akar isunya adalah makanan ayam

Secara faktanya, Malaysia semakin bergantung kepada bahan makanan yang diimport walaupun bukan pada kadar yang drastik. Malaysiakini menjelaskan, nisbah pergantungan import meningkat daripada 7.4 peratus pada 1987, kepada 13.7 peratus pada 2015. Kenaikan sebanyak 6.3 peratus dalam tempoh beberapa dekad ini menunjukkan Malaysia takdelah terlalu bergantung pada makanan import.

importmakanan
Via Malaysiakini

Pada tahun 2020, antara bahan makanan yang kita import adalah mangga, kobis bulat, sotong, daging kambing, daging lembu dan susu segar. Malaysia dilihat mampu tampung bekalan ayam sendiri, sebab kita pun keluarkan kira-kira 98.2 peratus daripada keperluan domestiknya. Jadi masalah sebenar bukan pada ayam tempatan yang dikeluarkan.

Punca masalah ni datangnya dari masalah import bijirin. Penternakan ayam perlukan bijrin sebagai sumber makanan diorang. Hampir semua bijirin yang diperlukan untuk buat makanan ayam ni diimport dari Amerika Syarikat dalam dolar AS. Oleh sebab tu, ia terdedah kepada turun naik mata wang. Kadangkala boleh mahal, kadangkala boleh murah sikit.

ringgitturun
Via Mstar

Malaysia import kira-kira 80% jagung bijirinnya dari Brazil dan Argentina. Manakala 96% kacang soya pula berasal dari Argentina. Harga bijirin pun dah jadi mahal kerana faktor cuaca di negara pembekal. Bila cuaca dah buruk, penghasilan bijirin terganggu. Dah terganggu, ia akan tambah kos pulak. Jatuh pulak mata wang ringgit, kos semakin tinggi.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan anggarkan harga jagung bijirin dah naik daripada RM500 satu tan kepada RM1,900 satu tan. Dua harga yang jauh berbeza. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kata kenaikan mendadak dalam kos jagung dan makanan kacang soya ni akibatkan kenaikan 70% kos penternakan ayam.

bijirinayam
Via Degiuspro

Subsidi dan kawalan je tak cukup, masalah makanan ayam tetap sukarkan keadaan

Oleh disebabkan ayam ni sumber makanan popular rakyat Malaysia, kerajaan ambil langkah mengawal harga ayam dengan letak harga siling. Bagi pembeli, kita boleh beli ayam dengan harga biasa. Bagi penjual pulak, kerajaan bagi subsidi makanan ayam kepada penternak, iaitu 60 sekilogram.

Walau bagaimanapun, beberapa penternak mengadu pembayaran subsidi pun lambat. Pengeluaran makanan tu pun lambat jugak. Jadi ayam pun tak dapat jumlah dan kualiti pengambilan makanan yang sama. Ringgit yang semakin lemah boleh bermakna subsidi mungkin tak cukup.

ayam makan jagung.jpg 1652239528
Via Berita Harian

Rantaian kejadiannya akhirnya membawa kepada anak ayam membesar lebih perlahan, jadi pengeluar ayam pun tak dapat bekalkan ayam pada kadar yang biasa. Sebab tu lah, ada beberapa kilang ayam terpaksa tutup sementara kerana nak tunggu ayam membesar ikut saiz yang diperlukan.

Misalnya kat Jasin, sebuah kilang ayam ditutup sementara untuk tunggu ayam membesar daripada 1.1 kilogram seekor kepada 1.8 kilogram, sebagaimana yang diperlukan oleh pasaran. Faktor cuaca pun main peranan jugak kepada pertumbuhan ayam ni. Gelombang haba yang tengah berlaku tu turut menyebabkan ayam kurang makan, takde selera makan, cepat letih dan minum banyak air.

Cuaca panas semasa dijangka berlarutan sehingga September, manakala cuaca panas melampau pulak dijangka reda menjelang akhir bulan ni. Memandangkan kita tak boleh buat apa sangat tentang cuaca, kerajaan fokus pada pemulihan bekalan ayam menerusi subsidi dan penanaman jagung bijirin.

makananternakan
Via Birmiss.com

Untuk langkah jangka masa pendek, kerajaan akan percepatkan proses subsidi tu kepada penternak ayam. Bagi langkah jangka masa panjang pulak, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee kata kerajaan sedang gubal dasar untuk kurangkan pergantungan kepada import makanan haiwan dengan menggalakkan penanaman jagung bijirin.

Kita pun ada jugak Pelan Induk Pembangunan Jagung Bijian (2018-2932) yang dilancarkan pada 2016. Tujuannya, kita nak hasilkan 30% jagung bijian yang diperlukan untuk kegunaan domestik. Secara umumnya, kita sebenarnya dah lama bergelut dengan isu pengeluaran jagung bijirin ni sejak 1980-an. Percubaan komersial dah dijalankan, namun hasilnya rendah berbanding tanaman lain seperti kelapa sawit, jadi projek tersebut ditamatkan pada 1996.

jagungbiijirin
Via Berita Harian

Banyak benda dah berubah sejak tu. Thailand, Filipina dan Indonesia turut hadapi masalah ni dan diorang dah tangani masalah kekurangan jagung bijirin ni. Pada 2020, Indonesia catat 12 juta tan metrik jagung, diikuti Filipina sebanyak 8.0 juta tan metrik, Thailand sebanyak 5.5 juta tan metrik dan Vietnam, 4.54 juta tan metrik.

Malaysia pulak setakat ni hanya keluarkan 80,000 tan metrik jagung. Kebanyakannya pulak adalah jagung manis. Ia tak digunakan untuk makanan haiwan. Jadi di bawah Pelan Induk 2016, kementerian sasarkan nak buka 30,000 hektar tanah untuk penanaman jagung bijirin di tanah rata dengan kelembapan rendah seperti di Chuping, Seberang Perai dan Bachok. Ia dianggarkan boleh hasilkan 1.4 juta tan metrik jagung bijirin.

jagungbijirin1
Jagung bijirin… -Via Anim Agro Technology

Memandangkan negara jiran dah selesaikan isu berkenaan, Malaysia dah perlahan-lahan belajar dan menyesuaikan contoh dari negara jiran tu pada situasi penanaman kita di sini. Sekiranya kita dapat keluarkanjagung bijirin sendiri dengan lebih banyak, secara tak langsung ia akan mudahkan atau sekurangnya, kurangkan impak masalah makanan ternakan di Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *