Daripada sibuk suruh mahasiswa main Tik Tok, ini yang sepatutnya dilakukan Menteri KPT

F1

Sebenarnya tak pelik sangat pun kalau Menteri buat hashtag, sebab dulu masa zaman PH pun Dr. Maszlee ada buat hashtag #MalaysiaMembaca. Namun pada waktu tu, ramai sambut baik kempen membudayakan amalan membaca khususnya dalam kalangan para siswa. Kenapa pula kali ni, siswa pun ikut kecam jugak?

Karikatur
Via Malaysia Dateline

Siswa universiti sendiri bingung hadapi situasi COVID-19, Menteri suruh bertanding di Tik Tok

Ketika siswa universiti tengah terkandas kat kampus masa COVID-19 pulak… belum masuk lagi kegusaran kalangan siswa nak fikir soal peperiksaan, konvokesyen dan perjalanan semester; tiba-tiba pula Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad promosikan pertandingan Tik Tok.

Dalam poster yang akhirnya dah dipadam oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi, nampak macam Menteri nak suruh para pelajar IPT agar kongsikan video ikut kreativiti masing-masing.

Ramai jugak terkejut dengan tindakan Menteri di kala siswa universiti pun masih bingung dengan nasib mereka sebagai pelajar IPT. Kami difahamkan menerusi laman Ohbulan, tweet dan video promosi berdurasi 0:45 saat yang dimuatnaik dah dipadam oleh Dr Noraini Ahmad selepas dikecam netizen.

Poster Tik Tok
Via Oh Bulan

Di samping tu, pertandingan tersebut mewajibkan peserta agar tag 3 orang kawan yang lain dan sertakan sekali 3 hashtag seperti #StaySafe, #KitaMestiMenang dan #KeSanaKeSini.

Walaupun benda ni pun lebih kurang je dengan apa yang pernah dilakukan oleh Dr. Maszlee dulu, tetapi penganjuran pertandingan semacam ni nampak tak sesuai pulak nak buat waktu siswa tengah tertekan.

Via Giphy

Ditambah lagi, platform Tik Tok ni masih dianggap ramai sebagai platform budak-budak nak bergelek-tari je. Benda ni pun pernah diperjelas dalam Irsyad al-Fatwa Siri Ke-472, dimana hukumnya bergantung pada bagaimana korang manfaatkan kandungan dalam Tik Tok tu.

“…permainan video TikTok yang merakam pelbagai gaya tarian mengikut genre muzik hanya  perbuatan sia-sia dan tidak mendatang sebarang faedah.  Adapun, pemain TikTok dilarang memuat naik video tarian TikTok mahupun aksi mimik (Lip Sync)  di media sosial. Larangan tersebut  bertujuan  menutup pintu kerosakan (sadd al-zara’i) selain boleh  menimbulkan ancaman fitnah bagi sesiapa  yang melihatnya…”- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Menteri nak lawan Mufti ke ni? -Via Giphy

Sepatutnya KPT fokus isu-isu kebajikan para pelajar, bina minda siswa ketika terkurung dalam kampus…

Sebuah kenyataan dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan jelasnya tak setuju dengan penganjuran pertandingan tersebut. Kata Presiden PKPIM, Ahmad Farhan bin Rosli;

Sewajarnya, pihak KPT wajar menggalakkan aktiviti yang lebih bermanfaat seperti galakan membaca, menulis, menganalisis dan terlibat dalam aktiviti yang mampu memberi nilai tambah kepada mahasiswa bukannya menyebarkan budaya hedonisme.

Via Giphy

Ni datang dari persatuan mahasiswa ye, bukan orang luar mahupun warga pensyarah. Boleh dilihatlah sebenarnya mahasiswa kita takdelah kayu dan jenis ‘suka berhibur’ dan ‘bercuti’ je. Seharusnya KPT berfungsi untuk jaga kebajikan dan jadi ejen kepada pembudayaan minda kritikal.

PKPIM akan terus memainkan peranan melaksanakan aktiviti bermanfaat ketika tempoh PKP ini. Ini termasuklah memanfaatkan media sosial dengan aktiviti bedah buku dan diskusi selain membantu para mahasiswa yang terjejas akibat daripada situasi pandemik ini.

Via Giphy

Memandangkan KPT tak rajin nak buat aktiviti santai yang berilmiah, maka pihak pelajar tu sendirilah yang buat. Ramai pelajar universiti berkongsikan ulasan buku dan diskusi ilmiah, di samping giat terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan dan kajian.

Sampaikan ada pulak yang membandingkan ciapan Dr. Maszlee dengan Dr. Noraini Ahmad, dengan menunjukkan perbezaan antara seorang yang berilmu dengan seorang ahli politik.

Tweet Dr Maszlee Dr Noraini
Via Twitter

Harus fokus pada masalah sebenar, bukan nak sajikan pertandingan dan hadiah je

Perkongsian dari seorang calon tahun akhir PhD dalam Kejuruteraan Kimia UTM, Norfazliana binti Abdullah pula berpendapat KPT ni seperti lost dalam mengenalpasti isu sebenar yang perlu diselesaikan dalam aspek kebajikan pelajar ni.

Dalam kes ini, terdapat masalah makro yang boleh dijadikan tumpuan KPT seperti kebajikan mahasiswa yang menetap di kampus dan sekitar kampus, status pembelajaran mahasiswa termasuk mahasiswa pascasiswazah, capaian jaringan jalur lebar untuk pembelajaran di atas talian serta keboleh pasaran graduasi tahun akhir di pasca PKP atau pasca musim Covid-19 disaat ekonomi seluruh dunia terjejas. Masalah mikro seperti makanan yang diberi kepada pelajar sedap atau tidak bukan yang paling utama.

Makanan Tak Sedap
Antara tangkap layar ciapan luahan pelajar universiti. Via Amazingnara

Tak dapat dinafikan bahawa sekarang ni, ramai dah angkat isu rayuan segelintir mahasiswa yang nak pulang rumah semula terutamanya menjelangnya Aidilfitri nanti. Walau bagaimanapun, benda ni menerima pelbagai reaksi dari kalangan warganet dan siswa sendiri.

Tetapi isu jangka panjang seperti status pembelajaran mahasiswa, capaian internet untuk pembelajaran atas talian dan pasaran kerja untuk graduan lepas COVID-19 seolah dibelakangkan oleh KPT. Selain tu, PKPIM pun dah sebut satu lagi isu yang kini menyelubungi jiwa mahasiswa iaitu masalah kesihatan mental.

PKPIM juga berharap pihak KPT agar bersiap sedia menghadapi implikasi selepas wabak ini selesai. Implikasi ini terkait permasalahan kesihatan mental akibat berlakunya proses pembatasan sosial yang lama dan masalah pengangguran dan kebolehpasaran graduan kerana ketidakstabilan ekonomi yang dijangka melanda dunia yang bakal menyebabkan peluang pekerjaan merosot akibat daripada pandemik ini.

Via Giphy

Malang sekali, tak sedikit orang yang taknak peduli dengan soal kesihatan mental ni. Bab kesihatan mental ni tak boleh buat main; apatah lagi untuk korang labelkan sebagai ‘jiwa lemah’. Sedangkan kita kat rumah pun boleh koyak, samalah hakikatnya dengan mahasiswa yang terpuruk kat bilik tu.

Platform terbaik nak faham pandangan mahasiswa, meraikan semua pelajar IPT…

Ramai orang masih rasa pelajar IPT kita berminda lemah, sedangkan pada hakikatnya, mereka tengok kat tempat yang salah. Sebenarnya banyak je pun persatuan pelajar atau pelajar secara individunya agak cakna, kritikal dan terbuka untuk berbicara pasal benda-benda yang memajukan fikiran masyarakat.

Portal Berita Mahasiswa
Via Facebook

Salah satu platform yang kami dah lawati adalah Nadisiswa.com. Laman mahasiswa ni merupakan suatu laman yang membuka ruang pada mana-mana pelajar IPT untuk suarakan pandangan, perkongsian ilmu dan kritikan mereka dalam pelbagai isu. Korang boleh ikuti perkembangan mereka kat Facebook. Sebenarnya website ni diasaskan oleh editor kami sekarang, saja nak bodek dia.

Kat sini jugaklah, korang boleh baca rencana minda dari pelbagai aktivis mahasiswa, dari pelbagai latar belakang akademik seluruh negara.

Artikel Nadisiswa
Antara artikel kritikal yang tersaji untuk korang…

Panel editornya jugak terdiri dari kalangan mahasiswa; jadi memang takde kepentingan politik mahupun institusi lain. Kami rasa bagus jugak wujud platform bebas seumpama ni – dari mahasiswa, kepada mahasiswa, untuk mahasiswa. Satu bukti kecemerlangan belia muda kita sebagai generasi pemimpin baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *