Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
najib anwar1
Isu SemasaPolitik

Debat Anwar-Najib berlangsung 12 Mei, ada dakwa wujud campur tangan di UM

By Farahani
May 7, 2022 4 Min Read
Comments Off on Debat Anwar-Najib berlangsung 12 Mei, ada dakwa wujud campur tangan di UM

Debat antara Ketua Pembangkang dan ‘Bossku’ nampaknya akan berlangsung jugak selepas isu Sapura Energy Berhad dikupas secara terbuka oleh dua tokoh ni. Sebelum ni pun, kami dah cerita sikit bagaimana kupasan isu Sapura Energy ni sekadar bingit di alam maya, dan tiba-tiba keluar pulak cabar-mencabar ke pentas debat.

Tentulah sebagai sosok politik yang berpengaruh, cabaran debat ni mesti disambut bagi menonjolkan kredibiliti masing-masing. Najib berhujah, Sapura Energy mesti dibantu sekali lagi. Anwar pulak berhujah, tak perlu dibantu sebab Sapura Energy boleh berdiri sendiri.

sapura laut
Via The Edge Markets

Debat Anwar-Najib akan diadakan di Matic KL, sentuh dua perkara penting tentang isu Sapura Energy Berhad

Debat Anwar-Najib akan diadakan pada jam 9 malam, 12 Mei ni. Ia jugak akan disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial. Sebelum ni, ada beberapa lokasi yang dah dicadangkan seperti di pentas program anjuran Sinar Harian dan Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Debat ni menandakan kali pertama Anwar dan Najib bersemuka secara terbuka.

Diorang dijangka akan sentuh dua perkara seputar isu Sapura Energy Berhad. Sebelum ni, isu Sapura Energy Berhad ni menarik perhatian ramai apabila diorang laporkan tengah alami masalah kewangan yang teruk. Banyak projek Sapura khususnya di luar negara tertunda perkembangannya lantaran krisis kewangan yang melanda.

sapura t 17
Via The Malaysian Reserve

Sebelum ni, Najib gesa kerajaan beri bantuan kepada Sapura Energy Berhad. Permodalan Nasional Berhad (PNB) dah laburkan RM4 bilion dalam syarikat tu pada 2019, jadi usaha harus dibuat bagi menyelamatkan PNB daripada kerugian atau sekurang-kurangnya nak elak aset Sapura Energy daripada dijual. Syarikat tersebut catatkan kerugian RM8.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022.

Rafizi pulak rasa Sapura tak perlu dibantu kerana diorang ada barisan teknokrat yang seharusnya mampu mengemudi syarikat tu pulang ke pangkal jalan. Ye lah, takde guna nak bayar gaji mahal-mahal kalau barisan pengurusan ni gagal menyelamatkan Sapura Energy dari gaung kerugian. Setelah bertekak hujah di media sosial, idea debat dimunculkan – memberi ruang kepada Najib dan Anwar untuk berbahas tentang isu tersebut.

pelaburasb sapura
Via PPIM

Bekas mahasiswa UM dakwa wujud campur tangan dalaman, tak jadi buat kat Dewan Tunku Canselor

Sementara tu, empat bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya menggesa UM benarkan Dewan Tunku Canselor (DTC) digunakan sebagai lokasi perdebatan Anwar-Najib. Bagi diorang berempat ni, ia agak pelik dan tak patut sekiranya urusan melicinkan penganjuran debat ni dilengahkan.

Dalam satu kenyataan:

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui beberapa sumber, kami mendapati terdapat keraguan yang wajar bahawa ada usaha campur tangan daripada ‘pihak atasan’ yang cuba menurunkan ‘wahyu’ dan memberi tekanan supaya penganjuran debat ini disusahkan dan dihalang daripada mengambil tempat di DTC.

Atas kepercayaan kepada kebebasan akademik dan kebebasan berkegiatan di kampus, kami bertegas bahawa sebarang usaha untuk mengekang penganjuran program yang berbentuk wacana dan debat adalah satu tindakan yang terkebelakang dan menghina institusi yang seharusnya menjadi pelantar dalam membugarkan penganjuran wacana dan forum yang sihat,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

anwarnajib
Via Malaysiakini

Empat orang ni adalah:

  • Fahmi Zainol (presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysa [PMUM] 2013/2014)
  • Ammar Atan (presiden PMUM 2014/2015)
  • Akmal Hazieq (presiden KMUM 2018/2019)
  • Haziq Azfar Ishak (presiden KMUM 2019/2020)

Diorang kata, kelulusan persatuan mahasiswa ni di bawah Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) secara penuh bermula tahun 2019. Prosedur permohonan tempat ni jugak dah dibuat lebih awal dengan tanpa sebarang halangan sebelum pengumuman debat Anwar-Najib dibuat.

Pada awal April lalu, KMUM ada tawarkan nak anjurkan debat Anwar-Najib mengenai dakwaan ‘menyelamat’ atau ‘bail out’ Sapura Energy Bhd. Menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, Universiti Malaya tak setuju dewan universiti tu digunakan untuk debat tersebut. Oleh sebab tu, penganjur sedang mempertimbangkan untuk buat debat sama ada di Pusat Sivik MBPJ atau Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).

olympus digital camera
Malaysia Tourism Centre (Matic) – Via Malaysia Traveller

Sebelum ni jugak, pihak polis belum terima permohonan penganjuran Debat Perdana antara Najib-Anwar. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan ringkas, setakat ni takde permohonan daripada penganjur debat tersebut. Awalnya, debat tu akan dilangsungkan di Dewan Tunku Canselor, UM selama 2 jam mulai jam 9 pm dan turut boleh disaksikan secara fizikal atau melalui saluran media.

Kami harap debat ni akan berjalan lancar tanpa ada halangan mahupun alasan dari kedua-dua pihak. Dah lama sebenarnya kita tak tengok debat antara tokoh politik, lagi-lagi mengenai isu ekonomi dan kewangan syarikat pelaburan Malaysia. Ternanti-nanti jugak seMalaysia ni untuk melihat kedua-dua orang politik beraksi.

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
cccc ecrl 1
Previous

ECRL mampu selesaikan kesesakan balik kampung, rakyat masih gusar tentang hutang dan tambangnya

scmp bongbongmarcos
Next

Waris perasuah Marcos jadi Presiden Filipina baharu, apa akan jadi lepas ni?

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme