Utusan nak gulung tikar, ini sejarah ringkas Utusan Melayu yang wajib korang tahu

1908 Az Utusan Office2

Sejak beberapa hari ni kita dikejutkan dengan berita wartawan Utusan tak dibayar gaji dan diorang dikatakan nak hentikan operasi. Benda ni dapat liputan yang besar kerana Utusan bukanlah akhbar yang biasa-biasa, ia merupakan antara akhbar yang terlama dah wujud kat negara ni. Sejak akhir-akhir ni industri penncetakan memang tak berapa nak jalan, dan ada beberapa syarikat media dah kurangkan pekerja atau gulung tikar terus.

Hari ni mari kita cerita borak sikit tentang Akhbar Utusan yang selalu cetuskan kontroversi, lebih-lebih lagi kalau libatkan laporan politik…

Telah diperbadankan pada tahun 1938, dan pada tahun 1994 tersenarai dalam bursa saham…

Kumpulan Utusan ni diperbadankan pada tahun 1938 kat Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, dilancarkan pada 29 Mei 1939. Dengan menggunakan Jawi, akhbar tu dicetak di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi kat Tanah Melayu yang masa tu menjadi kawasan jajahan British.

Pada tahun yang sama, Utusan Zaman diterbitkan. Utusan Melayu dan Utusan Zaman berada kat barisan hadapan pembangunan intelek-intelek nasionalis Melayu yang kemudiannya telah melahirkan kepemimpinan politik yang ada kesedaran tentang persediaan untuk capai kemerdekaan.

Via Utusan

Pada bulan Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu capai kemerdekaan, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Kat Kuala Lumpur, Utusan Melayu memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu.

Pada tahun 1967, Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sejak tu, syarikat ni berkembang maju dengan pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1994.

Via Kompas Malaysia

Kumpulan Utusan bukan setakat beri tumpuan dalam penerbitan akhbar Utusan Malaysia, tapi juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad di samping beberapa perniagaan media lain melalui anak-anak syarikatnya. Antaranya ialah pengiklanan melalui Utusan Media Sales (UMES) dan Utusan Airtime, penerbitan majalah (Utusan Karya), penerbitan buku (Utusan Publications & Distributions – UP&D), percetakan (Utusan Printcorp) dan perkhidmatan Online (Perfisio).

Di sebalik sejarah dan kegemilangannya Utusan, diorang menempuhi cabaran dan dugaan dalam mengharungi arus semasa terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Cabaran terburuk Utusan adalah ketika terpaksa memberhentikan separuh daripada pekerja iaitu sebanyak 800 staf melalui skim VSS pada Disember 2018.

Pemberhentian ni bertujuan untuk kurangkan kos operasi syarikat. Kemelut syarikat akhbar tu terus terpalit kontroversi apabila pengurusannya gagal menunaikan pampasan kepada bekas staf seperti dijanjikan. Peristiwa yang dianggap sejarah dalam industri media itu sedikit sebanyak memalit prejudis terhadap Utusan yang ‘dianggap’ sebagai akhbar membela nasib orang-orang Melayu.

Pekerja Utusan lakukan piket sebab diorang sampai sekarang tak dibayar gaji…

Bagi yang tak tahu lagi, beberapa hari lepas, lebih kurang 100 kakitangan dan bekas pekerja Utusan mengadakan piket kat luar ibu pejabat syarikat penerbitan itu hari ini bagi menuntut pampasan dan gaji mereka – yang tertunggak sejak tiga bulan lalu – dilunaskan. Utusan dikatakan gagal membayar gaji kepada pekerja mereka sejak Mei lalu.

Via MalaysiaKini

Pereka grafik, Nik Mohamad Hasmazi Hassan, berkata dia terpaksa berhutang hanya untuk datang berkerja di pejabatnya. Katanya, ia bukan sesuatu yang mudah kerana ada antara mereka yang perlu meminjam wang untuk bekerja dengan harapan dibayar gaji.

“Cuba bayangkan, kami datang sini bekerja untuk tampung pendapatan, tapi sebaliknya kami terpaksa pinjam duit untuk isi minyak sebelum pergi kerja. Cuba bayangkan? Sampaikan kami ni dibantu macam mangsa banjir…. tapi memang pun (terdesak) sebab dah tiga kali kami tak dibayar gaji,” – Nik Mohamad, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Dia yang sudah berkhidmat di Utusan Melayu sejak 23 tahun lalu kata mereka masih sayang kepada syarikat berkenaan. Justeru, katanya, diorang masih bertahan bekerja kat tempat sama walaupun tak dapat gaji untuk tempoh yang lama.

Via MalaysiaKini

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak kata; hasil perbincangan dengan pengurusan tertinggi syarikat akhbar itu memaklumkan jika aset-aset milik Utusan tidak terjual dalam tempoh terdekat ini, tidak ada jalan lain selain menutup operasi Utusan Malaysia.

“Pagi tadi kami (NUJ) bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Utusan Malaysia, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir di Jabatan Perusahaan, Kementerian Sumber Manusia, menurutnya mereka akan menutup operasi Utusan, kerana tidak mahu lagi menanggung beban. Mereka (pengurusan) buat keputusan, Utusan memang tak ada duit untuk bayar gaji, gaji tertunggak dan gaji masa depan. Mereka tiada wang dan gagal lupuskan aset Utusan yang ada,” katanya pada sidang media selepas piket di pekarangan Utusan Malaysia, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

https://www.youtube.com/watch?v=NexNm6aX1ts

Mohd Taufek yang juga Pengerusi NUJ Cawangan Utusan Melayu turut beritahu, aset Utusan tidak boleh dijual kerana kebanyakan bangunannya tidak ada Sijil Layak Menduduki (CF).

Kami tertanya-tanya juga, mana pergi UMNO yang pernah jadikan Utusan sebagai lidah diorang?

Kami dapat maklumat yang tak berapa nak sedap, ada sumber beritahu kami yang semasa Utusan dipegang oleh UMNO dulu, kebanyakan pegawai tertinggi datangnya daripada orang-orang UMNO. Diorang gaji bukan alang-alang weh, cecah ratus-ratus ribu setahun. Apabila BN kalah je dalam PRU14, diorang terus berambus. Siapa yang jadi mangsa hasil daripada sikap tak cekap diorang? Pekerja Utusanlah jawabnya.

Via SInar Harian

Abd Aziz juga beritahu Sinar Harian dalam pertemuan dengan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia bahawa dia tak boleh buat apa-apa, dia juga kata nak lepas jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Utusan. Dia kata, buat masa ini tiada sebarang bantuan daripada pimpinan UMNO yang selama ini berpayung dan mencipta nama dengan menggunakan medium Utusan sebagai alat propaganda politik.

“Mereka ugut kami akan tutup Utusan, tak nak lagi beroperasi sebab tak ada duit. Setakat ini UMNO pun tak beri maklumat untuk membantu Utusan terus hidup sebab UMNO juga tidak ada wang. Kami merayu kepada UMNO, ahli UMNO bantulah kami, pekerja yang kami banyak berjasa membantu UMNO sebelum ini untuk melihat nasib kami. Kalau tak nak bantu, juallah saham, supaya kami boleh hidup, Utusan boleh hidup dan kami boleh terus bekerja,” – Abd Aziz, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

Utusan nampaknya akan terus beroperasi, kalau korang nak bantu ini caranya…

Utusan Melayu (M) Berhad akan teruskan penerbitan dua akhbarnya iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo! Perkara tu dimaklumkan oleh Setiausaha, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan Utusan, Muhammad Basir Abu Bakar kepada mStar, selepas satu pertemuan di antara Pengerusi Eksekutif, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir bersama kakitangan syarikat itu. Alhamdulillah, lega jugak kami dengar berita ni.

Cara nak bantu sebenanrya mudah je, korang kenalah cuba beli Akhbar bercetak yang diorang terbitkan. Lepas beli, pergi jual balik untuk dikitar semula ye. Lepas tu korang boleh jugak menyumbang, cuba ushaa tweet kat bawah ni;

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *