Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
sungkupf1
Alam SekitarIsu SemasaTerjemahan

Idea suburkan semula tanah guna pohon kayu, guna semula cara terbaik selamatkan alam

By Farahani
July 12, 2022 4 Min Read
Comments Off on Idea suburkan semula tanah guna pohon kayu, guna semula cara terbaik selamatkan alam

Alam sekitar merupakan khazanah yang tak ternilai dan sentiasa boleh diperbaharui, dengan syarat segenap kecil daripada spesis tu terus kekal. Ekosistem sentiasa boleh diperkembangkan semula, sekiranya kita beri peluang agar ekosistem tu mekar kembali. Bila kita nak bangkitkan isu alam sekitar, seringkali kita diberi santapan khabar-khabar negatif yang lebih bertujuan nak menakutkan orang ramai sebagai cara sebarkan kesedaran. Niat dah betul; namun bagi kami, ia perlu diseimbangkan jugak dengan perkongsian-perkongsian positif agar dapat membina harapan baharu buat generasi kini.

Salah satu perkongsian kali ni adalah berkaitan dengan pepohon kayu yang besar kat jalan. Kalau selepas ribut atau hujan kuat, kadang-kadang banyak dahan besar di atas jalan sehingga boleh membahayakan para pengguna jalan lain atau menghalang kelancaran pergerakan lalu lintas. Biasanya, pepohon atau kayu-kayu ni dilonggokkan je kat tepi ataupun dibuang kat suatu kawasan yang lain. Sepatutnya, kita dah boleh guna idea Majlis Perbandaran Klang ni…

pokoktumbang
Via Utusan Digital

Berbekalkan pemotong kayu, pasukan khas ni guna semula pepohon tepi jalan ni sebagai sungkupan

Dahan-dahan kayu yang jatuh kat jalan atau mana-mana kayu yang dibuang ketika nak nipiskan pepohon di tepi jalan akan dijadikan sungkupan untuk tanaman. Idea ni digunakan oleh Jabatan Rekreasi dan Taman, Majlis Perbandaran Klang – dengan hanya berbekalkan mesin pemotong kayu dan gergasi rantai. Sisa-sisa dahan kayu tu akan diproses ke dalam mesin pemotong kayu jenis industri, dan kemudiannya jadi sungkupan. Apa benda ni sungkupan ni?

doc7lnptvlqak617qsfo2wf
Via The Star

Ringkasnya, sungkupan atau mulch ni bahan dari tumbuhan lain yang digunakan untuk tutup permukaan tanah agar mengelak tumbuhnya rumpai, melembapkan dan kekalkan kelembapan tanah, menaikkan kesuburan tanah dan mengurangkan hakisan tanah. Dalam ilmu kebun, ada dua jenis sungkup iaitu sungkup organik dan sungkup plastik.

Tentulah yang paling baik adalah sungkup organik. Beberapa contoh bahan sungkupan organik yang selalu digunakan adalah sabut kelapa, sisa rumput yang dah dipotong, dedaun kering, kompos, jerami padi dan rumput kering serta surat khabar, kertas dan kadbod terpaka serta habuk kayu.

doc7lnptq1wbsl21kky2wf
Via The Star

Kata Timbalan Pengarah Jabatan Rekreasi dan Taman Jasmi Hamzah, dahan pokok akan dihancurkan di dalam mesin pemotong kayu dan diletakkan semula ke dalam sebuah trak sampah. Sisa dahan tu kemudiannya akan dibawa ke pusat sungkupan Majlis Perbandaran Klang untuk dijadikan bahan sungkupan.

“Bahan sungkupan kami organik. Dahan yang dipotong atau jatuh ketika akhir tempoh hayat atau yang jatuh semasa ribut ini akan diproses menjadi habuk kayu. Longgokan sungkupan ini, dalam selang beberapa hari, akan disembur dengan air agar membantu mikroorganisma semula jadi yang akan mereputkan kayu. Sungkupan ini kemudiannya akan dicakar beberapa kali seminggu. Ia akan ambil masa selama 3 bulan untuk sempurnakan proses sungkupan ini sebelum ia boleh digunakan.”- seperti yang dipetik dari The Star

sungkupankayu
Sungkupan habuk kayu.. -Via Kebun Bandar

Sambungnya lagi, kebanyakan sungkupan ini diperbuat dari jenis pokok Senegal Khaya, pokok trompet ros (tabebuia rosea) dan pokok hutan hujan yang tumbuh sepanjang jalan utama dan kawasan perumahan di Klang. Dalam setahun, MPK dapat hasilkan 15 tan metrik sungkupan. Bukan tu je, sungkupan ni jugak suatu idea yang cukup mudah untuk penyelesaian kepada keperluan nak guna racun untuk bunuh lalang.

Harta alam terus berkhidmat kepada manusia, jadi tempat rehat di taman

Selain dari menghasilkan sungkupan, mana-mana dahan yang dilihat berpotensi jadi benda lain akan diguna semula sebagai perabot penghias taman diorang. Menurut pekerja amnya, Mohd Izhammuddin Alias; pasukan diorang dengan sukarela nak bina perabot dengan tangan diorang sendiri seperti bangku, meja dan kotak tanaman.

“Terdapat 19 anggota pasukan ini dan masing-masing ada bakat kreatif tersendiri. Kami telah hasilkan pokok senegal khaya menjadi bangku taman dan meja tepi, manakala pokok hutan hujan itu pula dibina untuk kotak tanaman.”- seperti yang dipetik dari The Star

doc7lnptvcs98ixajqf2w9
Via The Star

Ikut sorang lagi pekerja yang dah bersama MPK selama lebih tiga dekad, perabot taman hanya perlukan bahan-bahan mudah dan ringkas seperti dahan kayu dan alatan tangan lain serta tenaga sukarelawan.

Inisiatif seperti ni seharusnya diperluaskan dan digiatkan lagi ke kawasan-kawasan lain di Malaysia. Isu alam sekitar tak hanya terhad kepada pencemaran dan pembuangan sampah – ia jugak turut mencakupi pelbagai isu lain yang boleh diselesaikan tanpa perlukan bajet yang terlalu besar sehingga memerlukan dana berjuta. Apa yang dapat kita lihat dalam kisah MPK kali ni, pengurusan sisa kayu akhirnya dijadikan sungkupan dan kemudahan lain. Kedua-dua produk ini tetap menguntungkan manusia dan alam sekitar.

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
pasar twitter
Previous

Kempen #PotongGajiMenteri sohor kini, ramai rasa kerajaan masih gagal tangani kesan inflasi

shinzoabe 1
Next

Shinzo Abe ditembak mati oleh bekas tentera, ini hasil siasatan polis setakat ni

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme