Isu pekerja J&T yang dikatakan mogok, ini tindakan terbaru pekerja-pekerja tersebut

F1
Isu pekerja J&T yang dikatakan mogok, ini tindakan terbaru pekerja-pekerja tersebut

Sejak pandemik Covid-19 muncul, ada pelbagai isu yang berkaitan alam pekerjaan muncul. Perkara yang kami rasa tak perlu diceritakan terlalu banyak adalah isu pengangguran. Kita dapat lihat ketika pandemik ini ramai orang yang kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan. Kemudian, kita juga ada isu kebajikan pekerja asing yang diabaikan oleh syarikat-syarikat gergasi sehingga membawa jumlah kes baharu Covid-19 yang naik mencanak.

728 X 90

Beberapa hari lepas pulak, ada isu berkaitan pekerja yang mogok; dan mendapat perhatian orang ramai. Cerita diorang ni agak menarik untuk kita ikuti…

Insiden video pekerja J&T yang dikatakan mogok tular, pelanggan bimbang barangan mereka

Tengah kita berhujung minggu, tular kat media sosial video pekerja-pekerja syarikat kurier baling bungkusan pelanggan. Diorang dikatakan mogok disebabkan majikan kurangkan komisen penghataran. Rakaman video berdurasi 15 saat di salah sebuah hub kurier syarikat tu tunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang difahamkan mengalami kelewatan penghantaran.

Video tu dapat pelbagai reaksi netizen dan pelanggan yang kesal dengan tindakan tu kerana dikhuatiri akan rosakkan barangan dalam bungkusan. Akibat kekesalan netizen di atas tindakan ni, pelanggan serang ruangan komen laman Facebook J&T tu untuk lepaskan geram sebab masih belum menerima bungkusan diorang.

Pelanggan turut meluahkan rasa tak puas dengan sistem khidmat pelanggan syarikat berkenaan dengan mendakwa gagal berhubung melalui panggilan telefon dan bual siaran langsung.

“Sudah tiga bungkusan barang aku hilang dan nampak gayanya barang keempat akan hilang lagi, masih tersangkut tak tahu mana sejak 26 Januari lalu,” – Maestro Wan Ateh, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

J&T keluarkan kenyataan, dikatakan benda tu berlaku bukan kerana mogok

Syarikat perkhidmatan penghantaran barangan J&T Express ada mohon maaf di atas tindakan kakitangannya diorang yang campak barang pelanggan. Pengurusan J&T Express Perak dalam satu kenyataan di Facebook J&T Express Malaysia-Perak kata, tindakan yang ditunjukkan ketika mengagihkan bungkusan adalah secara ganas dan tak menyenangkan.

“Pihak J&T Express akan menyediakan lebih banyak latihan kepada pekerja kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Sekali lagi, J&T Express memohon maaf atas kejadian tidak diingini dan akan sedaya upaya meningkatkan perkhidmatan mutu kami,” – J&T melalui Facebook rasminya

Menerusi kenyataan sama, syarikat kurier itu juga jelaskan bahawa kejadian yang tular tu takde kena mengena dengan tindakan mogok atau bayaran komisen. Diorang kata segala perkara yang berlaku adalah satu salah faham semata-mata dan perkara sebutkan bahawa pekerja J&T Express mogok dan komisen adalah tak benar. Turut disertakan dalam kenyataan tu ialah video berdurasi 57 saat memaparkan barisan kakitangan J&T Express Perak seramai tujuh orang menyatakan permohonan maaf secara terbuka.

Klip video berdurasi 57 saat yang memaparkan beberapa kakitangan J&T Express Perak menyatakan permohonan maaf secara terbuka. Mereka tegaskan tak timbul isu dalaman atau pemotongan gaji antara syarikat dengan pekerja dan mereka juga tidak ada melakukan tindakan mogok.

“Kami sekali lagi memohon maaf kerana telah menjejaskan nama syarikat dan barang-barang rakyat Malaysia. Kami sedaya upaya akan ‘clear’ (membereskan) dan hantar barang secepat mungkin,” – Melalui kenyataan permohonan maaf itu

Sebenarnya, sejak pandemik berlaku, industri penghantaran barangan tengah melonjak naik

Bagi mereka yang tak tahu, penghantaran domestik bungkusan dan dokumen tunjukkan trend peningkatan apabila merekodkan jumlah penghantaran sebanyak 61 juta bagi suku pertama tahun lepas. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengatakan ia meningkat 10 peratus berbanding 56 juta pada suku pertama tahun 2019.

Takda Masalah
Via JohorKini

Disebabkan benda ni, kakitangan pos dan kurier bekerja keras buat penghantaran bungkusan yang meningkat secara mendadak semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pesta jualan platform e-dagang.

“Komitmen yang ditunjukkan oleh kakitangan perkhidmatan pos dan kurier membantu rakyat Malaysia mengharungi saat getir berikutan pandemik Covid-19 dan menyesuaikan diri dengan norma baharu. Ketika hampir semua perkhidmatan lain terhenti, kakitangan pos dan kurier terus bergerak mengambil risiko tinggi untuk melaksanakan amanah pelanggan,” – Kenyataan Rasmi SKMM, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Benda ni dapat difahami kerana pergerakan yang terhad menyebabkan orang berbelanja dalam talian. Keadaan ini sebenarnya akan memberi keuntungan kepada platform e-dagang dan syarikat penghantaran barangan. Kami harap dengan keuntungan yang diorang dapat ni, kebajikan pekerja dapatlah dijaga. Apa-apa pun, kita tunggu perkembangan selanjutnya tentang masalah ini, terutamanya status barangan yang rosak akibat tindakan pekerja-pekerja J&T yang mogok.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top