Keluarga Malaysia yang jadi mimpi ngeri Ismail Sabri

f1 min (1)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lapan lagi saksi bagi membantu siasatan berhubung penahanan empat pegawai bekas Perdana Menteri ke-9 pada hujung Februari lepas. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua saksi tersebut akan dipanggil. Beliau berkata, lapan saksi tersebut akan dipanggil bermula minggu ini dan minggu hadapan.

“Siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” katanya

Beberapa hari lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai kanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram. Dalam operasi tersebut, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing termasuk Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta merampas 16 kilogram jongkong emas bernilai hampir RM7 juta.

3210108
Banyaknya duit

“Berdasarkan maklumat baharu dan hasil risikan, SPRM telah menahan empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah bekas Perdana Menteri tersebut. Susulan daripada siasatan lanjut terhadap keempat-empat individu berkenaan, SPRM telah menjalankan pemeriksaan di kediaman serta tiga premis lain yang dipercayai sebagai safehouse,” menurut dalam satu kenyataan

Tambahnya lagi, siasatan juga tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa Ismail Sabri menerajui negara.

“Kes ini dikendalikan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya.

Sehubungan itu, Ismail Sabri telah diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta pada 11 Disember 2024, yang kemudian dilaksanakan secara rasmi pada 10 Februari tahun ini. Bekas Perdana Menteri itu juga telah hadir ke ibu pejabat SPRM pada 19 Februari lalu untuk memberikan keterangan dan tidak menolak kemungkinan akan dipanggil semula bagi membantu siasatan.

Ismail Sabri kini merupakan seorang suspek

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan direkod keterangan kali kedua berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram pada Rabu ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan pada awal tahun lepas berhubung isu Keluarga Malaysia membabitkan dana pengiklanan dan promosi agenda kerajaan bernilai RM700 juta. Katanya, aduan dibuka mengikut Akta SPRM 2009 dan akta-akta lain.

“Kita rakam ramai keterangan saksi dalam kes ini iaitu 31 individu direkod percakapan dan siasatan diteruskan.

“SPRM telah mengeluarkan notis pengisytiharan harta kepada beliau (Ismail Sabri) pada November 2024 dengan seorang lagi individu lain. Pada 10 Februari lepas, beliau telah hantar kepada kami mengenai pengisytiharan harta terbabit sebelum kita merekod keterangannya pada 19 Februari dalam empat ke lima jam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

320b2760eb9dda06b9e8eaa02ef61cbf
Boleh tahan harga baju

Mengulas mengenai Ismail Sabri merupakan suspek atau saksi, Azam menjelaskan, Ahli Parlimen Bera itu adalah salah seorang suspek.

“Ini kerana Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 berkaitan pemilikan harta dan bila terjumpa wang (barang rampasan), beliau antara yang dikaitkan untuk kita mendapatkan pengesahan.

“Siasatan kes ini dijalankan dengan teliti dan kita masih kumpulkan maklumat dan kita telah membuat tangkapan empat individu yang disyaki berperanan sebagai pembantu kepada Ismail Sabri,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, percakapan tersebut mungkin akan ditangguh bergantung kepada tahap kesihatan Ismail Sabri.

Keluarga Malaysia yang menjadi projek dalam kes rasuah ini

Keluarga Malaysia adalah slogan pentadbiran Ismail Sabri yang digunakan sebagai kempen perpaduan nasional. Setiap Perdana Menteri baru mempunyai tagline, Keluarga Malaysia Ismail Sabri hanyalah satu slogan bagi program di bawah pentadbirannya.

Ketika melancarkan kempen itu pada 2021, Ismail Sabri berkata slogan tersebut bertujuan untuk mempromosikan keterangkuman melangkaui agama, kaum, dan etnik. Beliau berkata tema itu menonjolkan keterbukaan rakyat Malaysia terhadap kepelbagaian, berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Setahun kemudian, sejumlah lebih RM62 juta (AS$13.88 juta) dilaporkan telah dibelanjakan untuk menjenamakan pentadbiran beliau dengan slogan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *