Kerajaan mungkin akan guna Bajet 2023 untuk dos penggalak, ini ceritanya

dosboosterbajet2023 1

Beberapa bulan lalu ketika masa depan ke fasa endemik masih kabur, kita masih berharap pada keberjayaan program PICK untuk dapatkan vaksin. Oleh sebab tu pada April lalu, kerajaan wartakan ordinan yang membolehkan kerajaan guna dana KWAN untuk beli vaksin. Masa tu, ramai jugak yang tak setuju beli vaksin guna dana tersebut. Tapi sekarang dah masuk hujung tahun… kita dah boleh nikmati pelbagai kelonggaran pergerakan.

Ada jugak yang tertanya-tanya, sampai bila kerajaan nak guna dana KWAN? Ye lah, dana KWAN tu boleh dikatakan dana simpanan negara yang penting. Menteri Kewangan kata, mungkin diorang akan guna Bajet 2023 untuk teruskan beli dos penggalak.

sinovac vaksin
Via Kosmo

Isu guna dana KWAN untuk beli vaksin, ada tak setuju bergantung pada dana KWAN je

Pada 21 April lalu, kerajaan dah wartakan pindaan dalam Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) 2021 (KWAN) yang membolehkan kerajaan guna dana kumpulan wang tu untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan. Mengikut Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, dana tu dibayar melalui Kumpulan Wang DIsatukan dan Petronas.

Menurut seksyen 5(c) akta tu, sumbangan boleh dibuat oleh mana-mana negeri di Malaysia yang dapat royalti daripada petroleum dan sumber alam lain yang akan habis. Sumbangan jugak boleh datang dari mana-mana orang atau pihak yang ada perniagaan merangkumi penyelidikan atau pengembangan sumber alam yang akan habis.Tu untuk laluan akses ke dana KWAN.

vaksin hutang negara
Via Portal Berita RTM

Terdahulu pada 31 Mac, kerajaan dah wartakan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (Pindaan) dimana ketua kerajaan (Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar) diberi kuasa luluskan perbelanjaan tambahan atau gunakan Kumpulan Wang Disatukan sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa. Ni pulak memberi kuasa atau akses untuk korek dana tanpa perlu perbincangan lain dari wakil rakyat.

Dengan kedua-dua pindaan pada akta ni, tentulah ramai yang gusar sekiranya mungkin berlakunya penyelewengan di tangan orang politik dalam peringkat pusat dan negeri. Salah sorang pakar ekonomi, Dr. Muhammed Abdul Khalid berpandangan kerajaan tak patut guna dana KWAN untuk beli vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan. Katanya, tujuan asal KWAN ni adalah dana masa depan untuk digunakan oleh generasi akan datang apabila sumber minyak dan gas negara berkurangan.

“Ini duit generasi akan datang, mengapa wang milik mereka diambil dengan begitu mudah sekali? Ini amat tidak bertanggungjawab” – seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Tambahnya lagi, sekiranya matlamat kerajaan adalah nak beli vaksin, terdapat banyak lagi sumber lain yang boleh digunakan. Bila ambil dana KWAN, tu bukan langkah yang baik. Boleh je kerajaan kenakan cukai durian runtuh ke atas syarikat sarung tangan ketika tu kalau nak kumpul duit pun bagi pemerolehan bekalan vaksin.

“Malah pada hari yang sama ordinan ini dilaksanakan, kerajaan telah meminjam AS$1.3 bilion daripada pasaran kewangan. Kenapa perlu sentuh dana KWAN? Persoalannya, mengapa kerajaan menggunakan wang KWAN yang berjumlah lebih kurang RM18 bilion untuk membeli vaksin apabila peruntukan hampir RM5 bilion telah diumumkan untuk tujuan yang sama,”

Dr. Nungsari Ahmad Radhi jugak berpendapat sedemikian. Kalau duit tak cukup, kerajaan boleh kenakan cukai durian runtuh ke atas syarikat yang jana untung disebabkan Covid-19. Kalau tak cukup, usulkan bajet tambahan kat Parlimen. Apapun, ni adalah pendapat beberapa pakar ahli ekonomi. Bagi kerajaan, langkah pakai dana KWAN adalah tindakan yang bijak. Kata Tengku Zafruk, merangkap Menteri Kewangan;

“Siapa generasi akan datang?

Kitalah generasi masa depan yang dimaksudkan dalam penubuhan KWAN. Kalau kita tidak boleh guna dana KWAN, sampai bila-bila pun, generasi akan datang tidak boleh menggunakannya,”- seperti yang dilaporkan Sinar Harian

niknazmi vaksin
Via Sinar Harian

Kerajaan mungkin akan guna Bajet 2023 untuk pemerolehan bekalan vaksin penggalak, dana KWAN tak lagi digunakan

Codeblue melaporkan, kerajaan mungkin akan gunakan Bajet 2023 untuk dapatkan bekalan dos penggalak selepas pengungkaian Proklamasi Darurat. Dalam satu mesyuarat bersama Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Tengku Zafrul kata kerajaan dah gunakan RM1.027 bilion daripada RM5 bilion yang diperuntukkan dari KWAN dulu. ]

Namun setakat 21 Julai lalu, takde lagi pengambilan dana KWAN. Dalam soalan lanjut yang dikemukakan oleh pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang, Wong Kah Moh; pengarah perbelanjaan Kementerian Kewangan Johan Mahmood Merican kata diorang tak lagi dapat gunakan sebarang wang dari KWAN selepas pengungkaian Proklamasi Darurat.

tengku datuk seri zafrul tengku abdul aziz
Via Utusan Borneo

Sebelum ni, kerajaan memperuntukkan dana RM5.8 bilion untuk dua benda: memperoleh vaksin Covid-19 (RM3.9 bilion) dan untuk menjalankan operasi program PICK (RM1.9 bilion) termasuklah sewaan pusat vaksinasi dan elaun sukarelawan. Dalam RM5.8 bilion tu; RM5 bilion dari KWAN manakala lagi RM800 juta tu datangnya dari Dana Covid-19 yang diwartakan pada Oktober 2020 dan dianggarkan mempunyai RM65 bilion.

Sebelum ni, kerajaan memperuntukkan RM3.9 bilion untuk pemerolehan vaksin. Tetapi disebabkan kekangan penghantaran untuk sampai ke Malaysia dan keperluan permintaan yang mendesak di Lembah Klang dulu, kerajaan dah terlebih guna iaitu RM4.1 bilion setakat 23 Julai. Setakat 13 September, kita berjaya peroleh 87.9 juta dos vaksin;

  • 44.8 juta dos Pfizer
  • 6.4 juta dos AstraZeneca (pembelian terus)
  • 6.4 juta dos AstraZeneca (COVAX)
  • 20.4 juta dos Sinovac
  • 3.5 juta dos CanSino
  • 6.4 juta dos Sputnik V
operasi lembah klang
Via Berita Harian

Semua ni berjumlah RM4.64 bilion termasuklah kos logistik. Sekarang kerajaan tengah berusaha nak peroleh dos penggalak dari Pfizer. Setakat 7 Disember, hanya 13.5 peratus dewasa yang dah dapat dos penggalak. Keperluan dos penggalak semakin menekan lantaran wujudnya varian Omicron. Jadi oleh sebab tu, ada kemungkinan kerajaan akan peruntukkan perbelanjaan baharu untuk pemerolehan bekalan vaksin pada Bajet 2023 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *