Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Lala
Isu SemasaPolitik

Kes hina nabi, dah ada 483 laporan polis yang dilakukan terhadap Wendy Loong

By Subeditor
July 29, 2019 3 Min Read
Comments Off on Kes hina nabi, dah ada 483 laporan polis yang dilakukan terhadap Wendy Loong

Baru-baru ni kecoh kat media sosial apabila ada seorang pemilik akaun FB dengan nama Wendy Loong menghina nabi kat Facebook. Sebenarnya kami rasa akaun FB ni adalah akaun palsu, sengaja dicipta oleh orang takde otak untuk ganggu keharmonian yang ada kat Malaysia. Sebab kalau difikirkan secara logik, siapalah yang gila sangat nak buat macam tu kan? Apa-apa pun kita biarkan polis lakukan siasatan, dan moga-moga orang yang tak bertanggungjawab tu segera ditangkap.

Setakat Jumaat lepas, dah ada 483 laporan polis dilakukan terhadap Wendy Loong…

PDRM terima 483 laporan polis setakat Jumaat berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh pemilik akaun Wendy Loong kat Facebook. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad kata kenyataan berbentuk penghinaan dibuat pemilik akaun itu kat laman Facebook, yang dianggotai kumpulan tertutup.

Via Malaysiadateline

“Pihak polis mendapati posting (hantaran) yang dibuat oleh Wendy Loong telah dipadam dan polis telah memohon kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti serta menjejaki pemilik akaun Wendy Loong untuk tindakan lanjut,” – Datuk Asmawati, seperti yang dilaporkan oleh FMT

Marah betul brother ni. Via Giphy

Dia kata orang ramai dinasihatkan untuk tak buat sebarang komen yang menyentuh sensitiviti agama atau kaum, di mana-mana jua platform atau rangkaian komunikasi. Dia ingatkan, sebagai warga Malaysia, setiap daripada kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk terus mengekalkan keamanan dan kesejahteraan kat negara ni.

Bukan setakat dapat laporan daripada individu, NGO pun turut main peranan untuk buat laporan polis

PDRM terima laporan daripada badan bukan kerajaan (NGO) mengenai posting menghina Nabi Muhamad SAW oleh pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang kata; sejak awal pagi semalam, pihaknya terima laporan mengenai individu tersebut yang menghina agama Islam dan Nabi Muhamad SAW melalui posting yang dimuat naik ke dalam laman Facebook ‘Kiub Batu Itu Berhala’.

Via BERNAMA

Che Zaimani kata, menurut salah seorang pengadu, dia terbaca posting tersebut pada jam 11.30 malam semalam lalu terus membuat laporan polis bagi siasatan ke atas individu tersebut dijalankan. Hasil siasatan, akaun Facebook di atas nama suspek iaitu Wendy Loong gagal dikesan dipercayai telah dipadamkan. Bagaimanapun, diorang masih berusaha untuk mengesan suspek. Kes ni disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menariknya, pemimpin DAP pun turut lakukan kecaman terhadap Wendy Loong…

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengutuk hantaran Facebook menggunakan akaun “Wendy Loong” yang menghina Nabi Muhammad SAW.

“Saya sokong tindakan paling tegas diambil terhadap individu atau pihak yang bertanggungjawab untuk sebarang hantaran Facebook atau media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW atau sebarang agama di negara ini. (Ini) supaya menghantar mesej jelas bahawa keharmonian kaum dan agama merupakan keutamaan kerajaan PH,” –  Lim Kit Siang, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

Lim Kit Siang. Via MalaysiaKini

MP Iskandar Puteri juga kata sekiranya ini merupakan kerja ejen provokasi politik, maka invidividu terbabit perlu di bawa ke muka pengadilan. Dia kata lebih teruk dan menyedihkan jika hantaran Facebook menghina Nabi Muhammad atau mana-mana agama itu adalah kerja daripada ejen provokasi yang bertujuan untuk mencipta isu-isu politik.

Individu yang bersalah tu mesti lah dihukum kerana memecahbelahkan keharmonian kaum dan agama di negara ni.  Lim merujuk kepada beratus-ratus laporan polis yang dibuat terhadap hantaran Facebook oleh Wendy Loong. Baguslah, maksudnya pemimpin politik tanpa mengira agama dan kaum memang tolak benda-benda macam ni.

Kami nasihatkan, tak payah kongsilah provokasi tu…

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pun dah minta orang ramai tak berkongsi karikatur menghina Nabi Muhammad di media sosial, walaupun akaun Facebook pelaku sudah dipadamkan. Sebabnya memang menjadi hajat orang yang lakukan provokasi ni, dia mahu penghinaan yang dia lakukan tu disebarkan supaya lebih ramai yang akan naik angin dan mula bertindak agresif. So, marilah kita biarkan polis lakukan kerja diorang.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
Kedah2
Previous

Kedah menang Piala FA, tapi penyokong masih tak puas hati

Masjid Sultan Sulaiman Feature 1 1024x683
Next

Sebenarnya ada beberapa masjid yang mempunyai reka bentuk liberal

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme