Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Isu Semasa

Kes rasuah Muhyiddin, ini perkembangan semasa

By Subeditor
May 24, 2024 4 Min Read
Comments Off on Kes rasuah Muhyiddin, ini perkembangan semasa

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, benarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menyemak keputusan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta, didengar di depan panel lima hakim.

Peguam bela Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik mengesahkan perkara berkenaan selepas pengurusan kes itu di hadapan Timbalan Pendaftar, Muhammad Noor Firdaus Rosli.

“Presiden Mahkamah Rayuan setuju bahawa kes semakan bekas Perdana Menteri berkenaan di depan lima hakim pada 9 Julai ini,” katanya.

Panel lima Hakim Mahkamah Rayuan itu turut akan mendengar bantahan awal dan isu merit oleh pihak pendakwaan berkaitan isu berbangkit pada tarikh sama.

Pada 28 Februari lalu, Mahkamah Rayuan mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dihadapi Presiden BERSATU itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan lanjut.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan rasuah terbabit.

Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah RM232.5 juta bagi BERSATU.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan terbabit. Ia susulan empat pertuduhan itu didakwa tidak mendedahkan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Perdana Menteri itu failkan notis usul untuk membatalkan tuduhan berkenaan pada 18 April tahun lalu, dengan memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan dikenakan terhadapnya pada 10 Mac 2023.

Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Muhyiddin mendakwa empat tuduhan itu adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri kelapan didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi BERSATU.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021. Selain itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkenaan masih berdepan tiga tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram yang semuanya berjumlah RM200 juta.

Ketika hadapi pertuduhan, Mahkamah benarkan Muhyiddin dapatkan pasport

Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan sementara pasportnya untuk ke Australia bagi melawat ahli keluarga yang menghidap kanser. Hakim Azura Alwi, membuat keputusan itu susulan permohonan peguam bela Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, yang tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad.

“Pasport akan diserahkan kepada (seorang lagi) peguam (Muhyiddin), Tang Jia Yearn hari ini dan diserahkan kembali kepada mahkamah pada 28 Mei melalui peguam itu,” katanya.

Terdahulu, Hisyam memohon pasport diserahkan sementara kerana anak guamnya itu akan bertolak ke Australia pada Ahad ini untuk melawat kakak berusia 82 tahun yang menghidap kanser.

“Pemohon (Muhyiddin) akan pulang ke Malaysia pada 25 Mei. Oleh itu, pasport akan diserahkan semula kepada mahkamah pada 28 Mei. Saya mohon pasport diserahkan kepada Jia Yearn yang kemudian akan memulangkannya semula kepada mahkamah,” katanya.

Nor Asma tidak membantah permohonan itu kerana alasan dikemukakan dalam afidavit adalah munasabah.

Pada prosiding sama, Hisyam memohon prosiding kes menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dihadapi bekas Perdana Menteri itu ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan semakan kes itu yang akan didengar di hadapan panel lima hakim Mahkamah Rayuan pada 9 Julai ini.

“Kami memfailkan permohonan itu semalam supaya ia boleh didengar terlebih dahulu,” katanya.

Nor Asma mengesahkan penerimaan notis permohonan menerusi e-mel dan akan memfailkan afidavit bantahan.

“Saya mohon empat pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram untuk dibicarakan bersama didengar terlebih dahulu,” katanya.

Azura menetapkan 13 Jun ini untuk pendengaran permohonan penangguhan terbabit.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan rasuah pada 15 Ogos tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri itu memfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan berkenaan pada 18 April tahun lalu, dengan memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan dikenakan terhadapnya pada 10 Mac 2023.

Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Muhyiddin mendakwa empat tuduhan itu adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Muhyiddin mahu kes ditangguh demi ‘kepentingan awam’

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram terhadapnya tak sepatutnya diteruskan sementara menunggu pelupusan permohonan semakannya atas alasan terdapat kepentingan awam yang kuat.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menyanggah permohonan bekas perdana menteri itu untuk menangguhkan kesnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebagai usaha untuk melengahkan kesnya dibicarakan di mahkamah itu.

Dua hujah yang bertentangan ini dilihat dalam afidavit yang difailkan bulan ini berhubung permohonan Muhyiddin menangguhkan kesnya di mahkamah sesyen, sementara menunggu pelupusan permohonan semakannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Menurut afidavit Muhyiddin yang difailkan di Mahkamah Sesyen awal bulan ini, Ahli Parlimen Pagoh itu menyebut mengenai keadaan istimewa untuk mewajarkan penangguhan kesnya.

Dia berkata ini kerana jika Mahkamah Rayuan pada 9 Julai depan membenarkan permohonan semakannya, ia bermakna status untuk dia dilepaskan dan dibebaskan akan dikembalikan.

“Justeru itu, terdapat kepentingan awam yang kuat dalam kes saya untuk mewajarkan prosiding-prosiding di mahkamah yang mulia ini tidak diteruskan sementara pelupusan permohonan semakan tersebut,” katanya.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

Polemik ADUN lantikan Pahang, ada pandangan berbeza

f1
Next

Perpaduan adalah kunci kemajuan negara, hayati Rukun Negara

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme