займ срочно

Malaysia dah haramkan website Sugarbook, ini kisah disebalik perniagaan ‘badan’

F1
Malaysia dah haramkan website Sugarbook, ini kisah disebalik perniagaan ‘badan’

Dapat duit bulanan beribu-ribu, dipayung oleh pakwe berusia adalah suatu perkara yang mungkin terpaksa dilakukan untuk menyara kehidupan sorang wanita di universiti. Pakwe berusia ni gelaran sopan je kami berikan, namun masyarakat ketika ni lebih mengenali sosok ni sebagai ‘sugardaddy’. Konsep sugar daddy dah lama sebenarnya berlangsung, dan kami yakin turut berlaku kat mana-mana negara.

728 X 90

Walaupun begitu, ni tak bermakna kita kena biarkan je ataupun tak mempersoalkan apa sebenarnya yang dah jadi dengan sistem sosial kita. Ramai kata ni cuma cara nak cari duit je, tapi macam prinsip pasaranlah… dalam wujudnya ‘bekalan’, kena ada permintaan jugak. Bagaimana servis macam ni boleh bertapak dan beroperasi di celah gigi kita je tanpa kita sedari?

Komuniti ‘sugar daddies’ nampaknya suka wanita Asia, ribuan mendaftar

Kami buka kisah Sugarbook ni dengan penemuan sorang Redditor (u/dcx) mengenai cara syarikat ‘gula-gula manusia’ ni nak cuba tumpang hype untuk pasarkan servis perkhidmatan orang tengah mereka. Secara asasnya, Sugarbook ni dah lebih kurang sama macam Grab/FoodPanda/Shopee dan lain-lain: mereka takde barang sebenar tapi mereka cuma ciptakan platform untuk jadi orang tengah. Tak pastilah sejauh mana Sugarbook ni dapat komisyen ke apa, tapi yang pasti, benda ni dah lama sebenarnya.

Founder Sugarbook
CEO Sugarbook, Darren Chan.. Via Rojakdaily

Berbalik kepada penemuan Redditor ni, dia baru perasan ada suatu yang pelik sedang berlaku dalam sub-reddit r/Malaysia. Memandangkan dia ni pun pentadbir dalam laman forum tersebut, maka dah menjadi suatu kewajipan untuk dia siasat. Rupanya lepas hangat cerita sugar daddy ni, Redditor ni perasan seolah ada percubaan nak pusing balik cerita. Maksudnya, dalam satu sudut, ni dianggap sebagai cara pemasaran lah.

Malaymail melaporkan pada 9 Februari lepas berkenaan fakta mendakwa Malaysia berada di tangga ketiga di Asia dengan jumlah lebih 42,000 sugardaddy. Turut termuat dalam artikel tersebut adalah laporan data daripada syarikat orang tengah tu sendiri yang menyatakan antara sebab utama trend wujudnya sugardaddies dan sugarbabies ni adalah kerana tekanan ekonomi. Selain tu, antara golongan wanita yang banyak mendaftar tu pulak dalam kalangan penuntut peringkat tertierari seperti penuntut kolej dan universiti.

“Sebuah platform seperti SeekingArrangement bantu menghubungkan wanita muda dan berdaya kepada lelaki yang lebih kaya yang tidak hanya dapat bantu masalah kewangan mereka, tapi turut berperanan sebagai mentor atau batu loncatan kepada masa depan yang lebih cerah untuk sugar babies ini. Jadi, ia bukan suatu yang mengejutkan mengapa Asia dilihat sebagai sasaran kepada sugar dating, terutamanya dalam kalangan demografi masyarakat urban”, CEO SeekingArrangement, Brandon Wade, seperti yang dilaporkan MalayMail

Sugarbook Universiti
Dikatakan Sugarbook sendiri yang keluarkan infografik ni untuk ‘pemasaran’… Via The Rakyat Post

Sehari lepas tu pulak, Malaymail sekali lagi mendedahkan di Sugarbook, kira-kira 400,000 ahli aktif terdiri daripada 220,000 sugar babies, 180,000 sugar daddies dan 6,000 sugar mummies di Malaysia. Bagi laman SeekingArrangement, terdapat kira-kira 84,000 ahli aktif. Kami tak dapat mengesahkan sama ada angka ni angka betul ke tipu, sebab macam Redditor tu katalah, data ni tak mudah diperoleh dari Google. Kita terpaksa percaya je dengan laporan media berkaitan dengan angka-angka tersebut.

Secara puratanya, umur sugar dadies yang terdaftar biasanya dalam lingkungan 35 tahun bergaji RM12,500 sebulan. Untuk sugar babies pulak, biasanya dalam lingkungan 23 tahun dan biasanya mintak elaun bulanan daripada sugar daddies sebanyak RM2,500. Ditambah lagi, dikatakan rata-rata sugar babies ni datang daripada universiti swasta dan awam yang terkemuka. Untuk sugar daddies pulak, antara profesion utama mereka seperti peguam, usahawan, jurutera, doktor dan pelabur saham.

Sugarbook Statistik
Statistik ahli berdaftar di Malaysia menurut Sugarbook.. Via TechNave

Isu trending kerana laman sugardaddy nakkan benda ni trending dan diketahui ramai?

Di sebalik pendedahan Malaymail, agak pelik mengapa sekarang sedangkan syarikat ni dah lama berlangsung. Mengapa sekarang? Adakah kerana mereka jelas waktu PKP ni, orang semakin terdesak nak cari duit dan sugardaddies ni sentiasa ada duit? Dengan tekanan belajar online, tekanan kewangan dan kekurangan syarikat yang mampu menawarkan kerja buat masa ni, adakah ni dilihat peluang paling baik untuk memasarkan aktiviti sebegini?

Soalan-soalan ni ada asas jugak. Kembali kepada kisah Redditor tadi; dalam masa 2 hari je, boleh trending terus perkataan sugarbabies, sugardaddies dan sugarmommies ni. Dalam masa 2 hari je, artikel bertemakan perkhidmatan layanan sebegini disiarkan oleh sebuah laman media popular. Dalam sub-reddit r/Malaysia jugak, 3 akaun baharu dicipta serentak dan memuji-muji aktiviti laman perkhidmatan sugarbabies ni. Contohnya kat bawah:

Reddit Sugarbaby
Sendiri buka thread, sendiri jawab.. hmm.. -Via Reddit

Bagai menambah minyak dalam api membara, lebih dari 15 platform media turut melaporkan cerita berkenaan sugar dating. Yang tu kami boleh jawab kenapa: ia berlaku kerana isu tersebut menarik perhatian dan ada nilai untuk dibawakan ke pengetahuan umum. Kalau tak didedahkan, ia takkan masuk dalam ruang wacana awam. Ia takkan masuk ke dalam kesedaran rakyat, dan takde orang bertanya betapa perlunya perubahan besar kepada rantaian sistem sosio-ekonomi kita khususnya mengenai universiti.

Menyelak perkembangan terkini, Sugarbook antara laman yang kini disiasat di bawah Suruhanjaya Komunikasi. Menurut Lowyat.net, Sugarbook akan disiasat dahulu sama ada aplikasi perkhidmatan tu berdaftar di Malaysia atau hanya digunakan secara lokal. Agak penting jugak untuk kita kenalpasti dulu teknikaliti agar senang nak ambil tindakan. Seterusnya, ia akan dirujuk kepada siasatan PDRM bagi mengesahkan bahawa takde aktiviti pelacuran berlaku. Kalau didapati ada elemen tersebut, lebih senang nak ambil tindakan undang-undang.

Sunway University kata gimik Sugarbook jatuhkan maruah pelajar dan nama universiti

Gimik Sugarbook tentunya suatu gimik yang pelik dan amatlah terpisah dengan sensitiviti rakyat Malaysia. Pada 2019, Sugarbook pernah cuba nak iklankan servis mereka ni dalam satu papan iklan besar di Kuala Lumpur. CEO Sugarbook, Darren Chan pertahankan syarikatnya tu dengan menyalahkan syarikat penerbitan iklan mereka tu bahawa kononnya, iklan mereka tu kena terima. Sedangkan mengikut pihak berkuasa, takde pun apa-apa permohonan berkaitan iklan lucah sebegitu.

Sugarbook Bangsar Advert 01
Kena tegur, baru diturunkan.. Via Lowyat.net

Susulan pendedahan ni jugak, Sunway University yang disenaraikan teratas dalam infografik Sugarbook tu meluahkan kekesalan mereka terhadap apa yang berlaku. Bukan tu je, Sunway Education Group turut menyifatkan apapun percubaan atau gimik yang dilakukan oleh Sugarbook tu suatu perkara yang tak patut dilakukan khususnya apabila ia tercalit sama dengan nama universiti.

Isu ni turut mendapat perhatian kerajaan, dan menggesa agar Sugarbook dan perkhidmatan layanan yang sewaktu dengannya diharamkan. Reaksi orang ramai pun kami tengok majoritinya taknak perkhidmatan layanan macam ni turut wujud, tak kurang jugak banyak penulisan yang menggesa pelajar universiti untuk tak terlibat sama. Boleh je tak terlibat kalau yang menggesa tu ada bantu ringankan masalah yang menghumban mereka ke lembah perkhidmatan macam ni.

Seperti yang kami sebut awal tadi, benda ni kesan daripada rantaian pelbagai masalah sistem. Reformasi sistem amat penting dan wajar disesuaikan dengan keperluan semasa. Selain tu, kita kena pastikan perkhidmatan macam Sugarbook ni tak ‘berani’ menyasarkan mereka yang terdesak sehingga terpaksa ‘menjual diri’. Selain tu, idea mewah yang disogokkan oleh syarikat begini tak boleh dibiarkan berleluasa. Oleh tu, kaedah nyahplatform (deplatform) amat baik bagi mengelakkan lebih ramai terlibat daripada perkhidmatan tersebut.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top