Pasukan Karate harumkan nama negara di Perancis, mulanya tak dilayan bila minta dana

karate f1
Pasukan Karate harumkan nama negara di Perancis, mulanya tak dilayan bila minta dana

Di kala para atlet negara sedang berentap di pentas Sukan Sea yang tengah berlangsung sekarang, kita pun ada jugak pasukan lain yang bertanding di luar negara. Yang membezakan antara kedua-dua atlet ni adalah, salah satunya tak dilayan pun semasa diorang merayu nak kumpul duit untuk mewakili negara ke pertandingan antarabangsa. Bahkan bila diorang dah menang pun, takde ucapan dari Kementerian Belia dan Sukan mengiringi diorang pulang ke tanah air.

Satu laporan dari Says.com menceritakan kisah sebuah pasukan karate Malaysia. Oleh sebab diorang ni cumalah anak-anak muda, yang diketuai pulak oleh sorang pemudi berbangsa India; maka ada sesetengah pihak pandang rendah dengan kemampuan diorang untuk menang emas dalam pertandingan dunia. Diorang dikatakan terpaksa berhadapan dengan pelbagai diskriminasi, sebelum berjaya merangkul kemenangan demi kemenangan di Perancis.

karate emas perancis
Via Says.com

Persatuan karate ni bawa pulang pingat dan trofi untuk negara, lawan 12 negara termasuk Jepun dan Itali

Kami nak kongsikan kisah suka duka sebuah persatuan karate Malaysia yang bertanding di peringkat dunia. Persatuan Okinawan Shorin-Ryu Sei-bu-kan Karate-Do Malaysia (IOSSKAM) mulanya menghadapi masalah kewangan untuk merealisasikan impian diorang nak bertanding di Perancis. Pertandingan tersebut diadakan di bandar Lyon, Perancis dan melibatkan 12 negara termasuklah negara juara karate seperti Jepun dan Itali.

Minalochuni Pathmanathan, sorang pemudi merangkap presiden persatuan tersebut nak buktikan pada dunia tentang dua perkara. Pertama, wanita boleh jadi ketua yang baik dan mampu memimpin pasukan ke pentas dunia. Kedua, pasukan karate Malaysia ada potensi untuk mengharumkan nama negara.

Walaupun IOSSKAM ni berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan, persatuan tersebut terpaksa bertungkus-lumus nak cari dana untuk tampung perbelanjaan diorang ke Perancis. Daripada sembilan anggota yang bertanding, enam daripadanya berjaya memperoleh pingat emas, perak dan gangsa buat Malaysia.

  • Nivashini Sivaraman, 17 tahun – Emas dalam acara Kata (wanita)
  • Thavanishwary Muniandy, 18 tahun – Perak dalam acara Kata (wanita), Gangsa dalam Kumite (wanita)
  • Praveen Elancheran Dharmalingam – Perak dalam acara Kumite (lelaki), acara Lelaki (70kg dan ke atas)
  • Shachiidanantha Guberan Pathamanathan, Mugeshvaran V. Ganesh, Praveen Elancheran Dharmalingam, Prakash Muhammad Arjuna – Gangsa (Pusingan Kumite Terbuka Lelaki)
  • Paveedra Devi V Ganesh, Nivashini Sivaraman, Thavanishmary Muniandy – Perak (Pusingan Kumite Terbuka Wanita)
karate emas
Via Says.com

Dengan kejayaan yang dirangkul oleh diorang, kita pun turut merasa bangga dengan usaha diorang nak bawa nama Malaysia. Namun di sebalik keharuman tu, malangnya Kementerian Belia dan Sukan langsung macam tak ambil pusing pun dengan kejayaan diorang ni. Takde sebarang ucapan, penghargaan terbuka diberikan selepas diorang dah menang di sana.

Rasa dimalukan dan sedih selepas ramai kata nak bantu  ‘hilangkan diri’, masih berterima kasih pada MIC

Kemanisan yang dikecapi tu hadir selepas diorang berusaha keras nak cari dana. Mengikut perkongsian jurucakap persatuan tersebut, Thivanishini; diorang langsung tak dapat bantuan kewangan pun dari kerajaan. Dah mohon, takde balasan. Takde siapa nak beri dana, takde siapa nak betul-betul bantu, takde siapa nak ‘sponsor’ perjalanan diorang ke Perancis sebelum pertandingan tu.

“Kami melalui masa yang sukar untuk mencari penaja dan perhatian daripada organisasi dan pegawai berkaitan. Akhirnya, kami dibiarkan dengan janji-janji kosong. Terlalu banyak air mata, darah dan peluh dalam usaha merealisasikan hasrat (ke Perancis)… “Saya tidak ingin sebut nama sesiapa namun kenyataan yang digunakan kepada kami seperti “oh, kamu semua cuma budak-budak dan diketuai oleh wanita. Macam mana mahu menang?”- Thivashini, seperti yang dilaporkan Says.com

screenshot 2022 05 14 at 13 53 43 iosskam 🥋 (@iosskam) posted on instagram • may 9 2022 at 5 49am utc cleanup
Via Instagram

Ramai yang mulanya menyatakan hasrat nak bantu berikan dana tiba-tiba menghilangkan diri. Ada jugak cuba nak malukan diorang, lagi-lagi bila tau kebanyakan anggota yang nak dihantar ni semuanya masih lagi belasan tahun. Janji demi janji ditabur, namun takde siapa peduli.

Pada akhirnya, diorang cuma dapat terima dana sebanyak RM18,000. Antara penderma diorang adalah Malaysian Indian Congress (MIC) yang berikan diorang RM10,000. Manakala yang lain pulak disumbangkan oleh penyanyi tempatan Arvind Raj dan orang awam. Diorang turut keluarkan duit diorang sendiri untuk membiaya perbelanjaan di sana.

screenshot 2022 05 14 at 14 02 36 iosskam 🥋 (@iosskam) posted on instagram • may 9 2022 at 5 49am utc cleanup
Via Instagram

Malahan tiket kapal pun sebenarnya diberikan atas dasar kredit – terbang dulu, nanti bayar. Buat masa ni, diorang berhutang sebanyak RM45 ribu dengan agensi pelancongan tempatan yang bernama Holara. Agensi tersebut tempahkan tiket Turkish Airlines untuk pasukan karate tu.

Nak kata diorang tak cuba minta bantuan pada syarikat penerbangan tempatan… dah cuba jugak. Diorang memang dah usaha pun nak minta dana dengan syarikat-syarikat penerbangan tempatan, namun permintaan diorang ditolak atas alasan kewangan syarikat pun tak kukuh.

Selepas kemenangan diorang di sana, diorang harap ni akan membuka peluang buat para pemenang ni untuk sambung belajar dengan biasiswa sukan dari universiti masing-masing. Ye lah, secara teknikalnya memang sepatutnya dah dianggap sebagai atlet negara dah pun kalau dah sampai ke luar negara (dan menang peringkat dunia).

screenshot 2022 05 14 at 14 05 32 iosskam 🥋 on instagram “we have attached all relevant details of the award and recognition we’ve received from the tournament. 1. nivashini sivaraman gold…” cleanup
Via Instagram

Dalam kesempatan ni, diorang masih berterima kasih pada MIC dan para penyumbang yang sanggup bantu diorang sampai ke sana. Walaupun begitu, kejayaan diorang di Perancis nampaknya tak melepaskan diorang daripada hutang RM45 ribu untuk tiket kapal diorang tu.

Kami berharap dengan kejayaan diorang ni, kerajaan seharusnya ambil tindakan proaktif dengan membantu mana-mana persatuan sukan yang nak bertanding merealisasikan hasrat diorang. Kalau menang, nama negara jugak yang akan naik ke pentas. Jangan lagi terlalu bergantung pada ayat “kekurangan bakat sukan” walhal ruang dan peluang tu ditutup rapat untuk bakat-bakat lain bersinar.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top