PKR jadi sarang orang baru cari habuan

f1

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata beliau melihat keadaan yang mana ketika ini ramai berpusu-pusu menyertai parti itu untuk mengejar jawatan dan kuasa sehingga ada gerakan untuk menjatuhkan ‘orang lama’ yang jatuh bangun bersama parti.

“Masa kita susah orang tak mahu bersama. Itulah orang lama seperti saya, Tok Min (Datuk Seri Aminuddin Harun), Nik Nazmi Nik Ahmad sudah melalui proses ini. Namun lepas berkuasa 2022, lambakan anggota yang masuk, merebut jawatan dan kuasa hingga ada gerakan tertentu cuba menjatuhkan orang lama untuk memenangkan pemimpin tertentu. Sebenarnya kita jauh lagi, pemilihan ini penting kerana kita tak boleh fikir akan jadi kerajaan sampai bila-bila,” katanya berucap pada Jelajah Hiruk Zon Melaka dan Negeri Sembilan di Klana Resort

Rafizi turut melahirkan kebimbangan berkaitan sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) masih lagi belum mencapai tahap ‘selamat’ iaitu sekitar 35 peratus. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, keadaan itu lebih ketara apabila sokongan pengundi Melayu kepada PH hanya naik sekitar satu hingga dua peratus sahaja pada setiap bulan dengan data terkini sekitar 27 peratus bulan ini.

utu rafizi37298
Rafizi. Via Utusan

Jelas beliau, kepimpinan PH perlu menarik sokongan pengundi Melayu sekurang-kurangnya sebanyak 35 peratus dalam memastikan kemenangan parti itu pada PRU16.

“Tiada keperluan melakukan gerakan untuk ‘membuang’ kepimpinan lama yang setia dengan parti sebaliknya tumpuan diberikan bagi menarik sokongan serta kepercayaan pengundi Melayu,” katanya. Sehubungan itu, Rafizi berkata, Pemilihan PKR 2025 menjadi asas penting untuk menguat dan memperkukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang selepas membentuk Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Rafizi, pimpinan yang dipilih pada 24 Mei ini bukan saja harus dapat menguatkan parti tetapi mampu menyelesaikan pelbagai isu yang dibangkitkan rakyat termasuk dalam isu ekonomi dan rasuah.

“Sangat penting dalam pemilihan ini nanti, pimpinan yang dipilih harus mampu menyelesaikan pelbagai isu termasuk ekonomi, rasuah dan pelbagai lagi. Jangan hanya hendak mengejar jawatan dan kuasa semata-mata tapi ada tanggungjawab yang perlu dilakukan terhadap parti dan rakyat kerana kita hanya berbaki sekitar dua tahun menjelang PRU akan datang. Paling kurang kita (PKR) masih ada kelebihan, walau mungkin ada rakyat tidak suka pada kita, tapi bila ditanya parti mana yang mampu menangani isu ekonomi, masih lagi kita di depan,” katanya.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, dalam isu membanteras rasuah, PKR masih lagi berada di belakang dengan hanya lapan peratus berbanding PAS yang berada di depan dengan 29 peratus.

“Saya buat pendedahan ini bagi menyedarkan pemimpin muda dan kepimpinan baharu parti selepas ini sebagai persiapan menghadapi PRU16 akan datang. Kita ada tanggungjawab, kalau kita sayang parti ini, perkara ini tidak boleh dikesampingkan. Kita perlu ambil kira pandangan rakyat di luar. PAS dilihat lebih bersih daripada kita,” katanya.

Ada orang yang terasa apabila Rafizi terlalu berterus-terang

Tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mempertikai, menghina serta melemparkan tuduhan tidak berasas dan bersifat peribadi terhadap kemenangan beberapa Ketua Cabang parti itu hanya mencerminkan budaya politik tidak matang.

Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Mohamad Taufiq Ismail berkata kenyataan dibuat Rafizi menerusi podcast ‘Yang Bakar Menteri’ semalam, adalah tidak wajar, bersifat prejudis dan tidak seharusnya diamalkan pimpinan tertinggi parti. Sehubungan itu, Mohamad Taufiq menggesa Rafizi menarik balik kenyataan berkenaan dan memohon maaf secara terbuka atas penghinaan yang dilemparkan.

3070201
Via Sinar Harian

“Adalah sangat dikesali apabila seorang pemimpin kanan seperti Yang Berhormat Rafizi memilih untuk membuat kenyataan peribadi yang tidak berlandaskan fakta dan mempertikaikan sumbangan saya untuk dipilih sebagai Ketua Cabang Johor Bahru.

“Tuduhan dan penghinaan terbuka ini tidak hanya mencemarkan nama individu, tetapi juga melemahkan semangat ramai anak muda dan aktivis yang sedang membina tapak dalam parti.

“Parti ini tidak dimiliki oleh satu kelompok elit sahaja. Ia adalah milik seluruh rakyat yang menganggotainya dan anggota yang bekerja tanpa henti di peringkat bawah. Politik peribadi dan elitisme tidak boleh terus dibiarkan memadamkan semangat anak muda yang ikhlas berjuang untuk parti dan negara,” katanya

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi dilaporkan mempertikai kemenangan Mohamad Taufiq dan Afdlin Shauki, sebagai Ketua Cabang PKR Johor Bahru dan Setiawangsa, dalam podcast, Yang Berhenti Menteri.

Rafizi dilaporkan menyifatkan Mohamad Taufiq sebagai seorang budak yang tidak pernah dikenali, tiada kerja tetap dan tiada rekod untuk mengalahkan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, yang juga Pengarah Strategi PKR dan Ahli Parlimen Johor Bahru. Manakala Rafizi menyifatkan Afdlin sebagai ‘pelawak profesional’ yang menewaskan Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Memang akan pelik apabila anak dan bapa jadi TOP2 dalam mana-mana parti

Biarpun sudah banyak kali memberikan penjelasan, namun Nurul Izzah Anwar tidak boleh lari daripada persepsi wujud unsur nepotisme selepas Puteri Reformasi itu memutuskan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli percaya Nurul Izzah mempunyai sebab tersendiri mengapa bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memilih untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR kali ini.

Justeru, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi dan Ahli Parlimen Pandan menegaskan parti perlu bersedia menjawab isu berkenaan kepada rakyat, termasuk mereka yang membuat serangan dari luar parti termasuk pembangkang.

“Apabila Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden, parti tidak boleh lari daripada isu nepotisme biarpun masing-masing akan ada hujah sendiri. Terpulang kepada Nurul Izzah untuk berhujah. Saya tidak berniat memanjangkan isu ini tetapi saya bimbang persepsi rakyat di luar,” katanya

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebagai parti dalam kerajaan, PKR tidak boleh lari daripada tanggapan tersebut yang turut dicerminkan oleh akar umbi dan menjadi bualan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

“Isu nepotisme ini akan terus berlegar. Kita beri apa pun jawapan, tetapi kena berhati-hati jika jawapan itu dilihat lebih sudu daripada kuah,” katanya.

Rafizi turut memberi contoh sebuah negara di Asia Tengah di mana Presiden dan Perdana Menteri merupakan suami isteri yang dipilih melalui pilihan raya. Itu tidak menghentikan gelak tawa seluruh dunia,” katanya.

Menurut beliau, Izzah juga perlu bersedia menjadi ‘panglima perang’ dan orang perantaraan dengan parti-parti sahabat dalam Kerajaan Madani sekiranya beliau menang perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR nanti.

Rafizi berkata, isu sekarang bukan sekadar tawaran sebagai calon, tetapi tentang tanggungjawab yang mampu digalas sebaik sahaja memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR.

8cca5b26 4f1c 4210 bd2a 29f385fad2a5
Izzah-Anwar. Via MStar

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Nurul Izzah mampu menggalas tugas itu sebagai ‘panglima perang’ yang keras. Kalau Nurul Izzah menjadi Timbalan Presiden selepas ini, dia perlu menggalas tanggungjawab menjadi ‘kaki pukul’ melawan ‘walaun’. Saya tiada masalah sekiranya orang lain boleh menggalas tanggungjawab itu. Saya berbesar hati, silakan.

“Kedua, apabila menggalas tugas Timbalan Presiden, individu itu perlu menjadi perunding kerusi parti dan yang ketiga menjadi panglima perang semasa pilihan raya.

“Peranan itu perlu dipikul dengan baik oleh Timbalan Presiden. Kalau Izzah yakin dan bersedia, mempunyai rancangan yang baik dan menang, maka saya yakin kita akan sokong beramai-ramai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *