Ayah terlalu sibuk main telefon, anak tulis karangan yang menyayat hati

Ayah terlalu sibuk main telefon, anak tulis karangan yang menyayat hati

Teknologi yang kita ada pada hari ini mampu untuk mendekatkan insan-insan yang jauh, tapi selalunya menjauhkan insan yang dekat. Kalau kalian tak percaya – tengoklah orang yang tengah lepak sambil main phone. Rasa menyampah gilakan? Kalau nak lepak sambil main phone, baik video call je. So hari ini kami nak cerita pasal seorang budak di negara China. Kisah sedih yang sebenarnya hari ni dah jadi macam perkara biasa. Kalau kalian adalah ibu bapa – pastikan baca artikel ni sampai habis.

Ini barulah lepak. Via 4GIFs

Kanak-kanak yang tak dapat perhatian ayahnya, sebab ayahnya sibuk main telefon

Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun mendapat simpati orang ramai apabila karangan mengenai sikap ayahnya yang ketagihkan telefon bimbit jadi viral di media sosial.

Karangan tu dimuat naik oleh seorang guru di laman web Weibo dengan tajuk “Ayah, ini pesanku padamu ” pada 17 Januari lepas di Luoyang International School di Henan. Dalam penulisannya, pelajar tu atau nama sebenarnya, Xiaozhi beritahu bahawa;

“Pagi, petang dan setiap hari” ayahnya tidak lekang menggunakan telefon hingga seakan-akan dia tidak boleh hidup tanpanya. Setiap kali saya meminta ayah untuk menyemak kerja rumah, ayah dengan sekali pandang berkata ‘okay dah ni, pergi main sana’,”. Sambung Xiaozhi lagi, “ataupun ayah hanya akan memberi saya telefon lain untuk bermain sama”.

Asyik main phone je, susahlah. Via Sendorgif

Budak tu gambarkan ayahnya seperti “ seekor serigala garang yang kebuluran hanya tinggal menunggu daging untuk dilahap.” Lebih dahsyat, dia sifatkan ketagihan tu seperti ada vacuum cleaner di dalam telefon yang menyedut ayahnya dari realiti sebenar.

“Ayah, yang saya mahukan bukanlah makanan lazat yang banyak, atau telefon bimbit canggih, dan bukan juga permainan terkini. Saya hanya mahu agar ayah meletakkan telefon dan bermain dengan saya. Itu akan menjadi perkara terindah dalam hidup saya. Saya sanggup pertaruhkan nyawa, asalkan ayah berhenti bermain telefon. Saya sayangkan ayah.”

Budak ni pelajar cemerlang rupanya

Gurunya, Zhao berkata, Xiaozhi merupakan pelajar yang cemerlang dalam banyak aspek dan juga juara untuk larian jarak jauh di kelasnya. Beliau amat tersentuh dengan hasrat anak muridnya itu dan pada masa yang sama kagum dengan kebolehan bahasa yang dimiliki Xiaozhi.

Karangan yang diberikan markah penuh oleh Zhao itu turut menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih baik antara Xiaozhi dan ayahnya. Dalam satu temu bual di Dahe Daily, ibu Xiaozhi mengesahkan bahawa suaminya memang pengguna tegar telefon bimbit kerana tuntutan kerja. Sesudah kerja, suaminya akan sambung bermain game di gajet untuk merehatkan diri.

“Sebelum ini, kami tidak sedar bahawa penggunaan telefon ini akan menjadi isu besar, dan kami tak perasan yang anak kami begitu sensitif dengan perkara ini,” jelas ibunya.

Berapa lama kalian main phone sehari? Via Giphy

Selepas baca karangan itu, ayah Xiaozhi berasa kesal dan berjanji untuk meluangkan pada masa setiap minggu untuk bermain dengan Xiaozhi, tambah ibunya. Dalam masa yang sama, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen. Ada yang ikut sedih kerana memahami situasi kanak-kanak kecil ini, ada juga yang berpendapat bahawa para bapa yang sibuk bekerja tidak patut dipersalahkan.

“Masa bersama adalah kasih sayang yang paling berharga” luah Wei Wei, seorang pengguna Weibo. Yang pasti, karangan ini menimbulkan kerisauan banyak pihak.

Luangkanlah masa bersama orang yang tersayang

Teknologi sepatutnya menjadikan kita lebih rapat dengan orang di sekeliling kita, terutamanya anak-anak kecil yang perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Kalau kalian ada seorang ibu bapa, dah boleh kot muhasabah diri – sejauh mana anda habiskan masa bersama anak-anak? Bukankah demi mereka kita bekerja keras siang dan malam membanting tulang?

ARTIKEL ASAL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top