Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
S1
Global

Pasangan dari neraka, kurung anak dalam sangkar kucing dan dera sehingga mati

By Subeditor
November 14, 2019 3 Min Read
Comments Off on Pasangan dari neraka, kurung anak dalam sangkar kucing dan dera sehingga mati

Anak adalah kurniaan daripada tuhan, dengan kehadiran anak; ramai pasangan yang akan jadi lebih bahagia. Ibu bapa sepatutnya mendidik dan jadi pelindung kepada anak-anak, sebab diorang ni umpama kain putih yang perlu dicorakkan. Kalau kami terkenang zaman kanak-kanak, banyak perkara yang buat kami tergelak sebab ada banyak kenangan indah. Kalau boleh diputarkan semula masa, kami nak je jadi kanak-kanak semula.

Cuma, tak semua ibu bapa ada pemikiran yang ‘waras’ untuk jaga dan kasihi anak-anak diorang, ada satu cerita ni tentang pasangan ‘gila’ dari Singapura. Diorang ni umpama ibu bapa dari neraka…

Dikurung dalam sangkar kucing, apabila enggan mandi disimbah dengan air panas…

Sepasang suami isteri mendera kejam anak lelaki diorang yang berusia lima tahun dengan mengurungnya dalam sangkar kucing sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata-mata atas sebab anak tu tak nak mandi, sehingga sebabkan kematian kanak-kanak itu. Kami dah kata, ibu bapa anak ni memang ‘gila’, takdenya orang yang berfikiran waras nak buat macam tu.

S1
Sangkar yang digunakan. Via Harian Metro

Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya 27 tahun, selalu memukul mangsa termasuk menggunakan penyapu, malah kanak-kanak itu juga tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat didera, lapor Berita Harian. Mungkin mak bapa budak ni ada masalah mental kot, tak tercapai dek akal ada orang yang sanggup pukul budak kecil sampai level macam tu.

Dalam hari pertama perbicaraan terhadap diorang, Mahkamah diberitahu mangsa dikurung dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016, kerana enggan mandi sebelum bapanya mencurahkan air sepanas sekurang-kurangnya 92 Celsius pada belakang dan betisnya.

Air panas. Via Giphy

Mangsa yang identitinya dirahsiakan Mahkamah, rebah dan terus tak bergerak, tetapi ibu bapanya relaks je tak membawanya ke hospital, sebaliknya menunggu enam jam sebelum mendapatkan rawatan. Malangnya, dia meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan susulan laporan dibuat terhadap mereka oleh pihak hospital.

Pernah menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa kerana ‘mencuri’ susu tepung…

Saksi pendakwa pertama yang beri keterangan terhadap Azlin dan Ridzuan semalam, Profesor Madya Loh Tsee Foong kata; mangsa mengalami lecuran tahap ketiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur. Budak ni macam baru keluar dari pusat penderaan tentera macam dalam filem-filem Hollywood yang kita selalu tengok.

5 Years Old E1573700596247
Via Iamlejen

Selain tu, mahkamah diberitahu, Ridzuan Mega sebelum tu pernah menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa kerana ‘mencuri’ susu tepung untuk dimakan. Mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya.

Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh. Mahkamah diberitahu, mangsa diserahkan sebagai anak angkat selepas kelahirannya pada 2011 tetapi kembali bersama ibu bapa kandungnya pada 2015. Mangsa mula didera kira-kira setahun selepas itu.

Rasa macam nak pukul je kepala pasangan tu. Via Giphy

Kalau daripada laporan ni, mungkin kita boleh nampak mak bapak budak ni sebenarnya tak nak anak diorang, sebab tu budak malang ni diserahkan untuk dijadikan anak angkat. Apabila diorang ambik balik anak diorang ni – dideranya sebagai manifestasi penolakan terhadap kewujudan budak ni. Kalau betul pun tak nak budak ni, hantar atau berilah kepada orang yang betul-betul nak jaga. Kami rasa ramai je orang nak ada anak.

Sebab itulah perkahwinan ni bukan atas nama cinta je, tapi perlu perancangan rapi…

Kalau tengok usia kedua-dua pasangan dari neraka ni, diorang sebenarnya masih muda lagi. Sebab itulah kami selalu kata; perkahwinan tak boleh berlaku atas dasar cinta semata-mata. Korang tak payahlah terlalu termakan dengan ungkapan ustaz-ustaz yang kata lepas kahwin semuanya akan mudah, benda tu cuma fantasi pak-pak ustaz ni je. Ramai je ustaz yang lebih realistik.

Lepas kahwin, kehidupan akan lebih mencabar. Korang perlukan perancangan kewangan, anak dan rumah untuk hidup dengan lebih selesa. Cinta tu satu faktor je, ada banyak lagi faktor lain yang kena dilihat sebelum kahwin. Kalau terburu-buru, inilah jadinya.

 

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
S1
Previous

Lelaki dipenjara 584 tahun, bukti Melayu boleh khianati bangsa sendiri…

Pelajar India Guna Kotak
Next

Bimbang pelajar meniru, kolej ni arahkan letak kotak di kepala

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme