Najib Razak sedang didakwa, di US Trump pulak mungkin ‘dipecat’…

Trump Impeachment
Najib Razak sedang didakwa, di US Trump pulak mungkin ‘dipecat’…

Boleh tahan senario politik dunia sekarang, khususnya bila cakap pasal tokoh-tokoh politik ternama. Dulu, satu dunia tau pasal 1MDB sampai malu Malaysia kat pandangan orang luar. Masa nak dakwa Najib, kita pun berharap keadilan akan tertunai jua. Kini Najib dah disuruh membela diri pasal kes pecah amanah SRC International.

Di Amerika pula, Donald Trump sebagai Presiden negara tu pula sedang didakwa untuk dilucutkan kuasanya sebagai Presiden dan pemimpin Amerika . Hmm… kalau kat Amerika, mesti kena heret kaw-kaw punyalah. Lepas tu, siap ada siaran langsung lagi untuk seluruh rakyatnya dengar. Kami kupas sikit apa sebenarnya yang dah jadi.

Nampak dah Trump susah hati. -Via Giphy

Kes Donald Trump lain sikit, ada orang bocorkan maklumat pasal dia…

Bukan senang nak dakwa pemimpin tertinggi yang tengah mentadbir negara. Kita pun tak dapat buat masa Najib dulu, tapi ni bukanlah kali pertama Amerika Syarikat alami peristiwa impeachment ni. Termasuklah Donald Trump, ni dah kali keempat – Presiden Andrew Johnson dah didakwa pada 1868, kemudiannya Presiden Richard Nixon pada 1974 dan Presiden Bill Clinton pada 1998.

Tiap presiden yang pernah kena dakwa ni ada sebab-sebabnya tersendiri. Donald Trump ni kayo-rayo, jadi tak mungkinlah pasal kewangan ataupun pecah amanah. Puas dah dia dengan duit. Tapi yang buat orang jadi meluat dengan dia adalah sifat peribadi yang ditonjolkan kat dunia, terutamanya kat media perdana dan media sosial. Mungkin tu kot jadi salah satu faktor kenapa ada sanggup bocor maklumat pasal dia?

Via Giphy

Donald Trump mungkin tak tau ada orang pasang telinga masa dia bercakap kat telefon dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky. Sehari lepas kejadian tersebut, keluarlah memo yang mengandungi laporan seorang pegawai yang terdengar perbualan Trump-Zelensky pada 25 Julai. Tak cukup dengan tu, rupanya transkrip sebenar perbualan tersebut dah banyak diubah supaya para peguam White House boleh tutup skandal tu!

Nak kekal jadi Presiden sampai sanggup kacau Ukraine…

Kalau nak minta tolong antara anggota parti, kami boleh faham lagi. Ni tak, Donald Trump sanggup nak minta tolong pula kat Ukraine sampaikan nak suruh Ukraine sebarkan teori konspirasi bahawa  mereka ni ada tolong Demokrat dulu masa 2016. Tak cukup dengan tu, dia suruh lagi Ukraine ‘siasat’ pasal Joe Biden, musuh politiknya supaya dapat kena pilih semula sebagai Presiden nanti.

Ukraine dikatakan kena paksa ikut cakap Amerika. -Via Giphy

Dalam testimoni perbicaraan Trump untuk tentukan sama ada dia dah langgar undang-undang atau tak, benda pertama tu memang dah kira cukup syarat. New York Times terangkan bahawa proses impeachment ni memang diperuntukkan kat dalam kuasa Perlembagaan mereka – seseorang presiden tu boleh dipecat walaupun belum habis tempoh pentadbiran.

Minta tolong kuasa politik luar untuk kepentingan politik dalam negaranya sendiri boleh dianggap sebagai suatu yang dapat gugat keselamatan negara, jadi memang salah Trump nak minta bantuan Ukraine. Dalam transkrip yang dikeluarkan (dan ditapis) oleh White House:

I would like you to do us a favor though because our country has been through a lot and Ukraine knows a lot about it…”- Donald Trump, dalam transkrip perbualan oleh wakil White House

Ukraine Trump Presiden Skandal Amerika
Trump bersama Zelensky. Via Vox

Walaupun ayat tu nampak macam tak bahaya je, tapi sebenarnya apa yang berlaku terbongkar dah dalam testimoni perbicaraan Trump setakat ni. Sampai 2,677 muka surat ye…

Amerika minta lebih banyak, janjikan bermacam pada Ukraine…

Apa yang buatkan salah Trump lebih jelas dan memungkinkan dia ni boleh dipecat dari jawatan Presiden Amerika adalah macam mana dia berurusan dengan Ukraine. CNN dah semak beberapa fakta. Paling ketara, Trump memang minta tolong secara lisan dan waras masa tu. Ikut memo tukang bocor maklumat tu:

“Saya dapat informasi dari beberapa pegawai Amerika Syarikat bahawa Presiden Amerika Syarikat sedang guna kuasa yang ada untuk meminta campur tangan dari sebuah negara luar untuk pilihan raya Amerika 2020. Campur tangan ini, antaranya, adalah menekan negara luar tersebut untuk siasat salah seorang dari parti lawan dalam peringkat domestik.”

Dikuatkan dengan hasil dapatan lebih dari 2,000 muka surat tadi, Trump juga seolah mengenepikan prosedur mahupun peranan pegawai kerajaan yang sepatutnya diberi tanggungjawab nak urus hubungan luar khususnya dengan Ukraine. Dia bagi je peranan tu pada peguamnya, Rudolph Giulianni. Fuh, kabel besar untuk Rudy Giulianni…

Trump Giulianni Peguam Skandal
Rudy Giulianni dengan Trump. Rudy harap Trump tak tikam belakang nanti masa perbicaraan. -Via The Independent

Mestilah daripada permintaan ni, Ukraine kenalah dapat habuan juga kan? Tu betul… kalau korang tengok transkrip pun, Ukraine memang ada niat nak beli lebih banyak senjata dari Amerika. Selain tu, Amerika juga ada janji nak bagi bantuan sebanyak $391 juta, dimana $250 juta sepatutnya disalurkan dari Pentagon dan $141 juta lagi dari State Department.

Trump sengaja ‘bekukan’ sumbangan tu selagi Ukraine tak buat apa yang Trump suruh, tapi kat Pentagon, Trump suruh bekukan sebab kononnya ada rasuah tengah berlaku kat Ukraine. Hmm… nampaknya betul lah ada rasuah, iaitu pelakunya adalah yang keluarkan perintah tu lah.

Rakyat Amerika tengah sibuk teka siapa yang sokong Trump…

Kat sana, lain sikit dari budaya politik kita. Kita ni memang pentingkan politik kepartian, tapi kat Amerika, nampak wujud proses ‘semak-dan-imbang’ dan semangat demokrasi mereka. Ertinya, tiap keputusan tu jadi keputusan individual walaupun berlainan parti. Jadi bukan senang juga Trump ni nak kena pecat walaupun kes dia ni memang ketara giler usahanya nak menekan Ukraine tu disebabkan dia ada kepentingan politik tersendiri.

Prosesnya dah dilakarkan oleh The New York Times:

Trump Proses Impeachment
Via The New York Times

Ikut dapatan New York Times, majoriti Demokrat sokong pendakwaan ke atas Trump iaitu seramai 227 orang manakala 8 lagi menolak. Manakala untuk parti yang diwakili oleh Trump, 186 Republican menolak pendakwaan tersebut. Jika pendirian ni berkekalan hingga ke peringkat Senat, boleh jadi Trump masih lagi kekal jadi Presiden.

Via Giphy

Namun pendirian ni juga boleh berubah, sama seperti beberapa wakil Demokrat yang tolak pendakwaan tersebut. Setakat ni, CNN menyatakan bahawa sudah 7 wakil senat Republican yang mulai menyokong pendakwaan ke atas Trump ketika sesi perbicaraan berlangsung. Malah ikut analisis The Independent, ia tak menolak kemungkinan lebih ramai wakil Republican yang akhirnya ubah pendirian mereka untuk pecat Trump ketika di peringkat Senat nanti.

Tak senang sebenarnya nak urus tadbir negara…

Bila kami tengok Trump ni, rasanya dia lebih baik jadi ahli perniagaan berbanding jadi ahli politik. Bukan apa, nak urus negara tu bukannya sesenang nak buat urusan bisnes pulak dengan syarikat lain sampai boleh minta tolong bagai. Dahlah dia terlupa bahawa panggilan telefon rasmi ni akan sentiasa ditranskrip, lalu akibatnya; dia diheret ke dalam sesi perbicaraan yang ditonton seluruh dunia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top