Dua MP BN bergaduh, ini benda yang sepatutnya dilakukan oleh BN

Mp Bn Gaduh 1
Dua MP BN bergaduh, ini benda yang sepatutnya dilakukan oleh BN

Lobi Parlimen hari ni kecoh disebabkan dua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bertikam lidah secara tiba-tiba dengan menggunakan perkataan “bodoh” dan “bangang”. Benda ni bermula apabila Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said bertindak memarahi rakannya Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dengan perkataan kesat di khalayak ramai.

“Bodoh! Bangang! Apa ni ahli Barisan Nasional lama,” – kata Ismail kepada Tajuddin yang berdiri di depannya, seperti yang dilaporkan FMT

Keadaan ni memperlihatkan memang BN tengah ‘goyah’, nasib baiklah ada orang yang kawal dan tenangkan diorang berdua ni, kalau tadi sampai level bertumbuk, kan susah tu. Oleh sebab kami dah tulis artikel tentang perkara yang perlu dilakukan oleh PH untuk terus berkuasa selepas PRU15, kami rasa molek jugak kalau kami tulis artikel pasal – apa yang perlu dilakukan oleh BN kalau diorang nak berkuasa semula.

1. Kita mulakan dengan jangan main pintu belakang, perkukuhkan parti…

Macam yang kami dah tulis semalam tentang beberapa ahli Parlimen BN datang ‘menziarahi’ Azmin di rumahnya, kami rasa benda paling utama yang BN kena buat – hentikan apa jua bentuk pintu belakang yang mungkin dirancang Azmin. Itu pun kalau betul Azmin tengah nak main belakang. Tapi, cuma orang akal pendek je yang akan fikir MP BN datang rumah Azmin untuk sekadar makan-makan.

S1
Azmin. Via DenyutReformasi

Kejayaan BN dalam 4 PRK sebelum ni buktikan BN masih ada tempat kat hati pengundi. Tanjung Piai kenduri besar kot. Salah satu sebabnya, PH sendiri yang buat hal. Apa-apa pun, sepatutnya kemenangan yang diorang capai tu digunakan sebaiknya untuk raih semula kepercayaan rakyat. Untuk dapat kepercayaan rakyat BN kena kerja keraslah.

Percayalah cakap kami – kalau para MP yang berkunjung ke rumah Azmin tu nak buat jalan belakang; contohnya bergabung untuk tumbangkan PH dalam Parlimen, atau pun ajak MP BN lompat parti, benda ni hanya akan jadikan rakyat semakin muak dengan politik Malaysia. Mereka patutnya fokus jadi pembangkang yang baik dan sentiasa semak imbang kerajaan kita hari ni.

Selepas PRU14, banyak katak yang suka melompat. Via Giphy

Contoh paling mudah, masa pembentangan bajet hari tu. Patutnya diorang datang dengan bajet alternatif supaya rakyat boleh tengok perbezaan belanjawan di antara kerajaan dan pembangkang. Di Dewan Parlimen pulak, diorang kena selalu vokal dan bawakan hujah-hujah yang mantap, bukan asyik nak bergaduh tak tentu pasal je. Benda-benda yang nampak kecik ni sebenarnya dinilai oleh rakyat.

2. Singkirkanlah pemimpin-pemimpin yang terang-terang terlibat dengan rasuah atau skandal kewangan….

Sekarang ni tengah epik sebab bekas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri masuk Mahkamah secara berjemaah. Kedua-dua mereka dikaitkan dengan kes rasuah dan skandal kewangan yang nilainya bukan main besar. Keberadaan pemimpin-pemimpin macam ni dalam BN hanya akan jadi ‘toksik’ kepada koalisi parti tu.

S1
Bersama kita ke Mahkamah. Via Dialog Rakyat

Kalau betul nak pulihkan semula imej yang ada pada BN, kena buang orang-orang yang ada kes rasuah atau skandal kewangan. Kami rasa banyak je pemimpin-pemimpin muda yang ada dalam BN tu berpotensi untuk pimpin BN. Sudah masanya jugak BN buktikan diorang ni bukan parti orang tua dengan ketengahkan pemimpin-pemimpin muda.

Tapi sayangnya kes Najib tak semudah ni. Via Giphy

Kami hairan jugak sebab BN masih lagi guna pemimpin yang jelas-jelas ada kes rasuah atau skandal kewangan masa diorang jadi kerajaan. Dah takde orang lain ke? Cuma itulah, mungkin frasa ‘Melayu mudah lupa’ tu ada betulknya dalam konteks politik Malaysia. Ramai yang muda lupakan kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana parti atau individu. So geng-geng makan rasuah ni, kes diorang mudah dilupakan rakyat.

3. Mainkan isu yang betul-betul beri keuntungan pada rakyat, bukan asyik main isu bangsa dan agama je…

Ayat paling standard kebanyakan pemimpin BN keluarkan untuk bunuh karakter seseorang adalah – si fulan fulan ni sebenarnya ejen DAP. Tak pun, Cina nak rampas Malaysia. Kalau korang selalu dengar atau baca bahan-bahan kempen diorang, korang akan bosan. Cuma kempen-kempen macam ni selalunya ada ‘pembeli’, sebab tu diorang masih guna.

S1
Via The Star

Rakyat kita kena diberikan didikan supaya dapat melakukan perbandingan dan semakan apabila dengar sesuatu isu atau berita. Kempen berteraskan sentimen agama dan bangsa semata-mata tak akan pergi jauh pun. Untuk beberapa tahun ke hadapan ni mungkin boleh jalan lagi, tapi kami percaya generasi seterusnya susah nak termakan dengan kempen yang macam ni.

Sebenarnya banyak je isu yang BN boleh bawak tanpa meniup api perkauman. Contohnya masalah rumah yang semakin tak mampu milik, kalau diorang bawak isu ni betul-betul; mesti rakyat akan berada kat belakang diorang. Sebabnya isu-isu macam ni dapat dirasai langsung oleh rakyat. Oleh sebab tu pembangkang kena bawak isu penting kalau nak menang PRU15.

Malaysia masih perlukan pembangkang untuk kesihatan demokrasi kita…

Sesebuah kerajaan susah nak jadi kerajaan yang baik kalau diorang takde pembangkang yang baik. Benda ni macam ying dan yang lah – saling melengkapi. Kami harap MP BN tak payahlah nak main pintu belakang, sebabnya diorang boleh je tawan balik Malaysia ni kalau kerja betul-betul. Fokuslah dengan kerja-kerja menyemak kerajaan, singkirkan pemimpin korup dan bawaklah isu yang ‘real’, mesti rakyat akan beri perhatian semula pada BN.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top