Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Isu Semasa

PRK Sungai Kakap, Izzah sebagai calon?

By Subeditor
May 30, 2024 4 Min Read
Comments Off on PRK Sungai Kakap, Izzah sebagai calon?

Minggu lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia. Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Pulau Pinang, Izuree Ibrahim, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 1.38 tengah hari di Hospital Seberang Jaya. Jenazah disolatkan di Masjid Jamek Sungai Acheh dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam masjid tersebut.

Pada hujung April lalu, Nor Zamri dimasukkan ke hospital berkenaan dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keradangan di bahagian perut. Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. Beliau mendapat 15,433 undi

Meskipun tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap belum lagi bermula namun kehangatannya sudah semakin terasa dengan persiapan parti yang akan bertanding tidak lama lagi.

Pas Pulau Pinang telah melancarkan #SgBakapKitaKekal dalam usaha memastikan kerusi yang disandang parti itu sebelum ini kekal menjadi milik Pas pada PRK Sungai Bakap akan datang.

Selain itu, terdapat juga kempen #jomkalihbagisama yang dipercayai digunakan oleh penyokong Kerajaan Perpaduan dengan harapan kerusi Sungai Bakap dapat dirampas semula oleh calon Pakatan Harapan yang sama di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Setakat ini, difahamkan hanya dua parti utama di negeri ini yang menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini dilaporkan akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu susulan kematian penyandangnya Zamri Latiff pada 24 Mei lepas. Beliau berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN Sungai Bakap.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,” katanya.

Bagi Kerajaan Perpaduan, belum ada perbincangan untuk calon

Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan setakat ini belum mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi bagaimanapun menzahirkan keyakinan bahawa proses pemilihan calon bagi PRK itu akan dilakukan menerusi mekanisme dalaman Kerajaan Perpaduan

“Mengambil sikap dan pendirian kerjasama yang baik antara parti komponen Kerajaan Perpaduan ketika PRK DUN Kuala Kubu Bharu, saya percaya proses sama akan dituruti untuk PRK DUN Sungai Bakap. Insya-ALLAH saya melihat ini tidak akan menjadi isu dan akan diuruskan melalui mekanisme dalaman Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang media

Dalam pada itu, ada gesaan supaya Nurul Izzah bertanding. Tidak dinafikan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mempunyai pengalaman luas dan pengaruh tersendiri dalam arena politik tanah air sehingga digelar Puteri Reformasi.

Namun, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dilihat kurang sesuai untuk diturunkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Udangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang kerana pelbagai faktor.

Ini kerana ramai penganalisis politik tanah air berpandangan personaliti anak sulung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu terlalu besar untuk diturunkan sebagai calon PH dalam PRK DUN Sungai Bakap.

Mereka juga berpandangan watak seperti Nurul Izzah lebih sesuai diangkat sebagai Senator Dewan Negara atau ‘bermain atas pentas politik nasional’ iaitu diletakkan sebagai calon PH sekiranya ada kekosongan mana-mana kerusi Parlimen dalam masa terdekat.

Tambahan pula, tiada sesiapa pun dapat memberi jaminan tindakan PH meletakkan Nurul Izzah sebagai calon mampu memastikan PKR dapat merampas kembali kerusi DUN Sungai Bakap yang pernah menjadi kubu kuat mereka sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Penganalisis politik, Dr G Manimaran meramalkan PH tidak akan mengambil risiko menurunkan Nurul Izzah sebagai calon mereka dalam PRK DUN Sungai Bakap nanti.

Sebaliknya, Manimaran melihat adalah lebih baik dan tepat sekiranya PKR memberi peluang kepada anak tempatan termasuklah bekas calon PH dari PKR, Nurhidayah Che Rose yang tewas tipis.

“Saya berpandangan lebih baik jika PH meletakkan anak tempatan yang berpengalaman dan sudah banyak berjasa kepada penduduk seperti Nurhidayah sebagai calon berbanding Nurul Izzah yang sesuai menjadi ahli Parlimen dan memberi sumbangan di peringkat nasional. Malah, kalau dilihat kepada keserasian dan kerjasama ditunjukkan UMNO di Kuala Kubu Baharu, saya yakin mereka mampu membantu kemenangan PKR dalam PRK DUN Sungai Bakap yang mungkin diadakan pada Julai depan,” katanya

Sementara itu, Pas Kelantan sedia untuk gempur Sungai Bakap

Pas Kelantan sedia menggerakkan jentera untuk membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut.

Setiausahanya, Wan Roslan Wan Hamat berkata, bagaimanapun pihaknya belum bermesyuarat berkait dengan perkara tersebut.

“Setiap kali PRK, kita akan gerakkan jentera bagi membantu gerak kerja berkempen untuk calon. Menang kalah adat pertandingan, kita tetap lawan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim

Menurut beliau, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan Pas kekal memang di kerusi berkenaan.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1 min (14)
Previous

Syarikat milik suami menteri jadi tumpuan ramai

f1 min (13)
Next

Isu penubuhan KKDW di Sabah, penyokong GRS tak setuju

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme