Selepas “bahan” UMNO dah tak laku lagi di Sabah, Menteri dari BERSATU ni mohon maaf

F1

Koalisi parti politik ni memang bagus kalau nak wujudkan kepelbagaian dalam mana-mana gabungan parti politik. Yalah, dengan kebanyakan parti yang ada di Malaysia ni didominasi oleh kaum-kaum tertentu, sudah tentu kewujudan gabungan parti politik akan datangkan pandangan yang pelbagai. Cuma, masalah dengan gabungan parti politik, terutamanya pakatan baru, ia amat tak stabil. Kita boleh tengok apa yang jadi pada Pakatan Harapan masa jadi kerajaan.

Doc706drk0cjn4onvbe3to
Kita boleh lihat kepelbagaian bangsa yang ada kat dalam gambar ni. Via The Star

Cuma, masalah gabungan yang bergelora tak semestinya berlaku pada parti politik yang pelbagai bangsa dan ideologi je. Benda ni boleh jugak terjadi dengan parti politik yang datang dari bangsa atau idelogi yang sama. Benda paling simple kita boleh fikir apabila benda ni terjadi adalah parti politik tengah berebut kerusi atau bergaduh sebab nak yakinkan pengundi dalam segmen yang sama – diorang adalah parti politik yang terbaik.

Benda ni dah terjadi pada UMNO dan BERSATU, walaupun diorang parti yang lebih kurang – yalah, BERSATU ni boleh dianggap parti serpihan UMNO. Diorang nampaknya dah mula nak bertelagah kerana sebab yang kami kata tadilah. Kedua-dua parti nak tunjukkan diorang yang paling relevan; dan isu kerusi pasti akan jadi topik hangat nanti.

UMNO di Sabah dikatakan dah tak laku, ramai MP dah lompat masuk BERSATU

Beberapa hari lepas, ada kenyataaan UMNO Sabah dah tak laku selepas pemimpin-pemimpinnya lompat kepada BERSATU. Benda ni diungkapkan sendiri oleh bekas pemimpin UMNO yang kini bersama Bersatu, Dr. Abdul Latiff Ahmad (Menteri Pembangunan Luar Bandar) ketika bercakap tentang keadaan yang berlaku pada UMNO Sabah. Selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) Sabah dalam PRU14, sebahagian besar pemimpin UMNO Sabah lompat menyertai Bersatu pada April 2019, ketika parti tu tengah kembangkan sayapnya di negeri itu.

Abdul Latif yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam satu program di Kuala Lumpur berkata, di Sabah, lompat parti dipanggil sebagai ‘hijrah’, justeru penghijrahan itu bermaksud UMNO sudah tidak diyakini.

“Orang sabah dia tak panggil lompat, dia kata hijrah, biasa, daripada Berjaya, USNO pergi Berjaya , Berjaya pergi PBS, PBS pergi UMNO, sekarang ini, UMNO dah tak lakulah. “UMNO, maksud saya partilah , UMNO di Sabahlah itu realitinya kerana dah tak yakin semua orang dia dah lompat dia dah hijrah ke Bersatu,” – Abdul Latif, seperti yang dilaporkan BorneoPost

Salah satu ahli Parlimen yang dimaksudkan. Via Giphy

Disebabkan kenyataan ini, Abdul Latif digesa untuk segera perbetulkan keadaan susulan kenyataannya. Apabila dia kata macam ini, sudah tentulah orang-orang UMNO akan marah. Siapa je yang tak terasa kalau dikata parti yang dia tengah ikut tu dah tak laku, kan? Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan kata, kenyataan tu sama sekali tak boleh diterima oleh pemimpin dan ahli UMNO seluruh negara.

Kenyataan ini ditegur Pemuda UMNO, diorang tanya kenapa bahan UMNO sampai level tu?

Dia kata, kenyataan yang sifatkan UMNO di Sabah sebagai tak laku adalah satu kenyataan yang cukup biadab serta tak cerminkan realiti. Menurutnya, UMNO tak perlu justifikasi kekuatannya, malah keputusan-keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) termasuklah di Kimanis sudah cukup sebagai bahan bukti bahawa parti tu bukan sekadar ‘laku’, malah dalam proses kebangkitan yang berterusan.

Katanya, persoalan yang timbul kini bukan sama ada UMNO ‘laku’ atau tak, tapi mengapa orang yang ada jawatan menteri dalam Bersatu bahan UMNO macam ni?

“Mengapa seorang menteri berjawatan dalam Bersatu mahu memperkecil parti yang menang 54 kerusi pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) termasuklah kerusi Mersing? Mengapa beliau tiada rasa segan silu setelah melompat meninggalkan kapal sewaktu susah, malah tidak langsung berterima kasih kepada jentera dan institusi yang memenangkan beliau di Mersing?” – Shahril Hamdan, melalui hantaran Facebooknya

Kenyataan Abdul Latiff dikatakan hanya mengeruhkan situasi, sedangkan UMNO dah banyak berkorban setelah kejatuhan Pakatan Harapan dan sanggup meletak ego ke tepi.

107603231 10158668681252387 7046801420571537272 O
Shahril Hamdan. Via FMT

“Jangan uji kesabaran UMNO seolah-olah kami hanya penumpang yang boleh dicemuh sesedap rasa, sebaliknya Bersatu perlu juga memaparkan keikhlasan yang sama. Oleh itu, saya berharap pimpinan Bersatu boleh respon terhadap perkara ini dan segera memperbetulkan keadaan,” – Shahril Hamdan, melalui hantaran Facebooknya

Lepas kena “basuh” dengan pemimpin UMNO, akhirnya Abdul Latiff mintak maaf

Selepas kena marah oleh pemimpin Umno, akhirnya, Dr Abdul Latiff Ahmad akui kesilapannya. Dia turut ingatkan Umno, musuh sebenar adalah pihak lawan dan mereka tak sepatutnya bercakaran sesama sendiri, katanya dia memohon maaf sekiranya kenyataan berhubung “Umno tidak laku di Sabah” telah menyakiti hati banyak pihak.

“Kenyataan itu adalah kenyataan peribadi bukan mewakili parti. Saya dengan rendah diri Ingin memohon maaf sekiranya kenyataan saya itu menyinggung perasaan sesetengah pihak. Musuh sebenar adalah pihak lawan, Jangan biarkan kita bercakaran,” – Abdul Latiff, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi kata, jika parti itu tak laku di Sabah, tak mungkin Salleh Said Keruak memohon untuk kembali menyertai Umno. Sindir Mohd Puad lagi, apakah dengan lima cawangan di Mersing itu membuktikan Bersatu diterima rakyat. Sementara itu, Exco Pemuda Umno Mustafa Shah Abdul Hamid mencabar Abdul Latiff mengosongkan kerusi yang dimenanginya atas tiket Umno di Mersing jika berasakan Umno sudah tidak laku lagi.

Via Giphy

Abdul Latiff turut dicabar supaya melepaskan kerusi Parlimen Mersing yang dimenanginya atas tiket Umno sebelum itu. Menurut Puad, kalau dia lepaskan, barulah dia sedar bahawa Umno tu masih laku atau tak. Jika tidak kerana Umno berinya bertanding di situ, dia tidak akan dapat jadi menteri.

Kerajaan Perikatan Nasional nampak stabil sebab diorang belum diuji dengan krisis besar

Kata orang, belayar dekat laut yang tenang tu, senang je. Kalau bekalan makanan cukup, lepas tu air tenang, penumpang kapal akan rasa gembira dan menikmati alam dalam pelayaran. Keadaan inilah yang tengah berlaku dalam Perikatan Nasional, diorang tengah relaks sebab belum ada lagi isu-isu besar yang menduga keutuhan kapal diorang. Kalau kapal tu berlayar di lautan yang bergelora, dengan ribut petir sekali, masa tu kita akan lihat, sejauh mana kapal yang diorang bina tu sebenarnya kuat. Kami rasa isu agihan kerusi akan jadi isu besar untuk diorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *