Sisters in Islam ni dikatakan kafir, rupanya ada mufti pergi program diorang

Baru-baru ni kecoh bila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi sumbangan sebanyak RM20 ribu kepada program Telenisa di bawah organisasi Sisters in Islam (SIS). Kecoh sebab apa? Biasalah, bila sebut nama SIS je ada golongan yang akan meloncat dan memaki berbakul.

Tapi terlintas juga satu Facebook post viral oleh Dr Mohamed Hadi Abd Hamid, seorang pengamal Syariah kewangan Islam yang telah memuatnaik post itu dengan tajuk, “Berlaku Adil kepada SIS“. Dalam post tu dia senaraikan beberapa poin yang kami rasa penting untuk diketahui umum kerana kita ni kadang-kadang terlalu suka menghentam orang tanpa cuba memahami konteks sebenar. Mungkin kerana dia pernah berpengalaman menjadi pelatih dalam kamar atau bahasa mudahnya chambering, maka dia sempat memerhati sisi-sisi tertentu mengenai SIS yang mungkin tidak ramai yang tahu.

Image result for context gif
Via Gfycats

Siapa SIS ni sebenarnya? Betulkah diorang ni kafir dan tak ada akhlak?

Yang kita sering dengari, SIS ni satu organisasi yang sesat, mentafsirkan ayat Al-Quran sesuka hati, penganut liberalisme, pluralisme dan sebagainya, kemudian apa lagi?

Related image
Via SAYS

Menurut SIS visi mereka sebenarnya adalah untuk melihat satu masyarakat progresif dan demokratik yang mengangkat kebebasan bersuara, kesamarataan gender dan keadilan sosial untuk semua.

Mereka juga bermatlamat untuk mempromosikan hak wanita dengan mengambilkira pengalaman dan realiti sebenar kehidupan wanita, selain menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita termasuklah membawa perubahan kepada polisi mengikut rangka yang ditetapkan oleh Islam.

Nampak mulia je matlamat tu. Tapi dulu beberapa kontroversi yang timbul dengan SIS ni sebab beberapa pandangan ahli berkenaan hal bertudung, liberalism, pluralism dan seangkatan dengannya. Disebabkan pandangan ni tak disenangi oleh segolongan manusia, SIS juga telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor. Tapi fatwa ini dicabar di mahkamah kerana mereka anggap ia melanggar hak mereka di bawah Perlembagaan Malaysia dan tidak diperjelaskan apakah asas Fatwa tersebut. Hanya panggil bincang-bincang kemudian terus isytihar sesat.

Sumbangan apa yang diberikan oleh Kementerian tu? 20 ribu kot

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, telah umumkan dalam satu program anjuran SIS yang Kementerian akan menyumbang RM20 ribu kepada SIS untuk program Telenisa.

profile_picture_telenisa-01.jpg
Via sistersinislam.org.my

Telenisa ni ialah satu program Klinik Bantuan Guaman secara percuma yang diberikan kepada golongan laki dan wanita yang tak berapa nak tahu tentang hak diorang dalam undang-undang keluarga Islam dan undang-undang jenayah Syari’ah. Bantuan guaman mereka tidaklah terhad semata-mata untuk isu-isu undang-undang Syariah, tapi biasalah yang datang ramai minta nasihat ialah berkenaan dengan undang-undang Syariah.

Kenapa pula kena berlaku adil pada SIS?

Post Hadi ada menceritakan sedikit tentang pengalaman dia sebagai seorang peguam muda kira-kira 10 tahun lepas, masa tu dia pelatih dalam kamar (PDK) yang kena buat Legal Aid (bantuan guaman) di mahkamah. Dia cerita juga pada masa tu ada kawan-kawan peguam yang buat kewajiban Legal Aid ni dengan Sisters in Islam, dan menurut Hadi sendiri dia pun terkejut sebab setahu dia SIS ni kerja menyesatkan akidah umat Islam…

Ini apa yang diterangkan:

Isteri yang teraniaya datang ke pejabat SIS dan mengadu macam mana nak selesai masalah. Ada yang kena pukul, ada yang kena tinggal, ada yang suami kahwin lagi tapi tak berlaku adil, macam-macam. PDK ni biasanya akan catit maklumat klien lepas tu serahkan kepada peguam SIS (bagi yang mampu) dan bagi klien yang tak mampu, diikhtiarkan caralah bagaimana untuk tolong wanita yang bermasalah ni dengan tabung guaman mereka atau pergi ke Baitulmal. Tapi sebab kes mahkamah Syariah boleh dikendalikan sendiri jika ada basic knowledge, maka biasanya legal aid akan bagi panduan saja, lepas tu pandai-pandailah. Tapi kalau suri rumah yang memang zero knowledge tu, tetap perlu diwakili peguam juga.

Hadi sambung lagi, dengan buat kira-kira bantuan Telenisa yang dah beroperasi sejak 2003 ni. Menurut Hadi, kalau tengok statistik terkini SIS, tahun lepas Telenisa ni kendalikan 576 kes. 1/3 daripadanya ialah kes suami tak bagi nafkah kat isteri dan anak. Dengan Telenisa yang beroperasi 3 hari seminggu (3 x 52 minggu = 156), ini bermakna setiap hari purata 3 ke 4 wanita datang meminta bantuan dari SIS. Operasi mereka bermula sejak 2003 lagi, maka jumlah wanita (malah lelaki juga ada) yang telah dibantu sudah melebihi 8,400 orang.

8,400 orang yang sah sah kita sendiri memang tak tolong tapi kalau orang lain tolong, kita janganlah nak marah. Ini sama macam kes gereja bagi makan kat orang juga. Kalau orang lain yang “sesat” tu tolong orang, kita yang “tak sesat” ni buat apa?

Image result for lawyer gif
Via Tenor

Tapi SIS ni sesat, itu je yang penting kan?

Menurut Hadi, cerita SIS ni disesatkan ada kisahnya tersendiri. Sekarang pun masih melalui proses mahkamah. Tapi pendekatan terhadap SIS ni tak bolehlah ikut perasaan semata-mata. Contohnya bekas Mufti Terengganu dan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Dato’ Ismail Yahya pun sering turun ke program SIS, jadi panelis malah majlis pelancaran Telenisa pada tahun 2007 pun dihadiri oleh Dato’ Ismail Yahya.

Hadi sambung – ini bukan bermaksud Mufti Terengganu endorse SIS tapi mereka berwacanalah. Tak tutup pintu. Bincang, runding. Malah dalam kes-kes Telenisa ni pun, sudahnya apa? Mereka perlu ke mahkamah Syariah untuk failkan tuntutan. Ini bermakna, mereka juga taat dan patuh kepada peranan dan bidangkuasa mahkamah Syariah dan mereka mematuhi prosedur mahkamah Syariah. Maknanya, mahkamah Syariah ini juga diiktiraf oleh SIS (sama ada mereka ikhlas atau tidak itu soal lainlah). Mungkin di situ Dato’ Ismail Yahya nampak peranan mereka.

Adapun fahaman mereka yang mengarut tu, mengarutlah. Tapi mengarut ni pun lebih kepada individu bukan kepada organisasi. Organisasi ni tiada akidah. Cuma manusia yang memimpin itu ada akidah dan pemimpin pula bersilih-ganti.

Sebab kalau nak ikut fatwa yang menyesatkan, Amanat Hadi juga dulu dah disesatkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tapi hari ni kita lihat Umno dan Pas rakan dalam perjuangan juga.

Berita Harian, 7 Januari 2013

Jangan suka hentam melulu, nilai mereka atas sumbangan juga

Sesetengah orang memang cepat untuk mengkafir dan menerakakan orang yang tak sama pandangan. Tapi dalam hal ni Hadi kata, apa yang lebih penting dari me’neraka’kan SIS itu ialah meneliti statistik yang mereka kemukakan berdasarkan kes-kes yang datang kepada mereka. Suami atau bekas suami yang culas bayar nafkah, bila dapat perintah mahkamah, susah pula nak kuatkuasakan sebab si lelaki tak nak bayar. Bila tak nak bayar, inilah timbul desakan hidup dan membawa kepada masalah sosial yang lain.

Malang sekali yang konsisten memperjuangkan perkara-perkara maslahah wanita begini ialah golongan yang sesat kerana golongan yang tak sesat sibuk menerakakan orang. Namun di sebalik kesesatan mereka itu cuba-cubalah kita perhalusi isu-isu “real” yang mereka bawa (yang sesat tu tak payah ikutlah). Bak kata Ghasidah dalam filem Tiga Abdul, dalam setandan pisang, takkanlah kesemuanya busuk

Sumbangan ni mungkin satu wake up call kepada NGO Islam yang tidak ke hadapan untuk memperjuangkan isu-isu wanita dan anak-anak yang teraniaya. Malah Exco kerajaan Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud sendiri mengakui, tidak ada NGO Islam yang konsisten dengan usaha mereka selama 15 tahun, walaupun dia sendiri tak setuju dengan pendirian SIS dalam beberapa perkara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *