Tertanya-tanya bila boleh melancong? Ini jawapan yang korang cari

F1

Seperti yang telah kita ketahui, industri pelancongan antara industri yang banyak menerima impak ekonomi akibat wabak COVID-19. Ramai terpaksa batalkan rancangan nak cuti-cuti melancong kat luar negara disebabkan risiko wabak serta kawalan negara destinasi tu.

Tapi… sampai bila baru boleh dikira selamat nak melancong? Kami kongsi sikit perkembangan ringkas dalam sektor pelancongan setakat ni.

Via Giphy

Lonely Planet kata mungkin dah selamat melancong pada tahun depan, masih bergantung pada kawalan negara lain

Lonely Planet dalam artikelnya “When and how might travel rebound?” kata terdapat kemungkinan bahawa tahun depan adalah tahun yang baik untuk industri pelancongan bangkit semula. Tak mudah nak ‘tutup’ industri pelancongan ni; hotel-hotel masih lagi dibenarkan beroperasi dan ada sesetengahnya tawarkan pakej kuarantin.

Ikut Global Business Travel Association, industri pelancongan domestik mungkin akan dibuka perlahan-lahan selari dengan pembukaan beberapa tempat awam seperti restoran. Ada yang dijangka akan buka pada musim panas (Jun-September), dan ada jugak yang akan buka semula pada akhir tahun ni.

Via Giphy

Namun ni cuma untuk peringkat tempatan. Kerajaan-kerajaan di negara lain lebih menumpukan pembangunan industri pelancongan domestik sebagai salah satu cara kawalan wabak tu. Di peringkat antarabangsa pulak, lebih 95% destinasi penerbangan ditutup sepanjang 2 bulan lalu.

CEO Delta Airline, Ed Bastian ramalkan industri penerbangan perlukan masa 2-3 tahun untuk capai semula jumlah seperti tahun lalu. Yang pasti, industri pelancongan yang libatkan destinasi luar negara akan lebih lambat untuk pulih kerana sekatan sempadan negara.

“Pada akhirnya, semua ni hanyalah berbentuk pendapat, dan tiada siapa tahu secara tepatnya tentang apa yang berlaku dan bila (pemulihan industri pelancongan) akan terjadi. Kita mahu kekal optimistik dan terus menyediakan perkhidmatan kami jika dibenarkan, serta apabila masyarakat awam berani meninggalkan negara asal mereka semula (selepas wabak).”-Jorge Branco, Pengarah World Travelers Association seperti yang dilaporkan Lonely Planet pada 1 Mei

Via Giphy

Malaysia terpaksa batal kempen Tahun Melawat Malaysia, fokus pacu industri pelancongan untuk pasaran domestik

Berikutan pandemik COVID-19, kita terpaksa batalkan kempen terbesar kita untuk sektor pelancongan pada tahun ni, iaitu Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020). Di samping tu, kita turut bekukan semua urusan kaunter dan perkhidmatan dalam talian untuk urusan pengendalian pelancong.

Masa PKP dulu, hotel-hotel masih dibenarkan beroperasi secara minimum dan terhad untuk beberapa tujuan je seperti tujuan dijadikan pusat kuarantin serta untuk penginap yang terpaksa lanjutkan tempoh tinggal kat hotel. Sebarang pendaftaran baharu pelanggan tak dibenarkan. Akibatnya, ada hotel terpaksa tutup operasi, termasuklah untuk pengusaha hotel bajet.

Senarai Hotel
Via Forum Cari

Kira-kira satu juta pekerja sektor pelancongan di Malaysia dijangka hilang pekerjaan manakala kerugian kita kini kira-kira RM20 bilion dalam tempoh empat bulan pertama ni. Ni merupakan berita yang mendukacitakan untuk rakyat sebab ni bermaksud lebih dari sejuta keluarga yang sengsara ditekan kesempitan hidup kerana hilang kerja.

Kita pun tak sekadar berlepas tangan dengan isu ni. Sesuai dengan strategi pendekatan pemulihan ekonomi, kita dah boleh rasai ‘kelonggaran’ bergerak dan mencari duit lebih untuk menampung kehidupan ketika sedang dilanda wabak. Kita takde halang mana-mana peniaga dari rumah untuk jual makanan, sepertimana yang dah berlaku kat Singapura.

Jaja Dari Rumah
Melaka benarkan pengusaha makanan buka kedai dekat kawasan rumah.. -Via Bernama

Setakat ni, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ambil beberapa strategi untuk pulihkan semula industri pelancongan kita. Pada Mac lalu, kementerian tersebut dilaporkan dah jumpa beberapa pemain utama industri ni.

Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan kata:

“Antara pihak yang hadir adalah wakil persatuan-persatuan dari industri penginapan, pelancongan, operator bas, peniaga, pemandu pelancong dan pemandu teksi. Perbincangan itu dikendalikan oleh Jawatankuasa Tindakan Pemulihan Pelancongan (TRAC),”- Seperti yang dipetik oleh Awani pada 24 Mac 2020

Datuk Nancy
Datuk Seri Nancy… Via Awani

Susulan pembatalan kempen VM2020, kita akan ada kempen baharu yang lebih sesuai dengan keadaan kita sekarang ni. Slogan ‘Malaysia, Truly Asia’ masih lagi digunakan sebagai jenama kita di persada dunia. Dapatan Kementerian tersebut baru-baru ni mendapati bahawa Malaysia ni popular dalam segmen pasaran pelancongan Islam.

Perkara ni satu peluang yang besar jugak untuk merancakkan semula sektor pelancongan kita. Secara umumnya, Malaysia memang destinasi popular untuk masyarakat Islam datang melancong pada tahun-tahun lalu. Pusat Pelancongan Islam (ITC) di bawah Kementerian Pelancongan sekarang dipertanggungjawabkan untuk rangka program dan inisiatif yang sesuai.

Selain tu, MOTAC turut fokus pada pelan pemulihan. Kebanyakan inisiatif dalam pelan tu dilihat banyak tumpukan sektor pelancongan ni beralih ke platform digital.

Antara insiatif tu adalah program latihan pelancongan secara dalam talian, Virtual Advisory Clinic bagi penggiat industri pelancongan, kelas muzik, tarian secara dalam talian, pameran maya, menyediakan paltform e-pemasaran seperti e-Kraf Bazar dan GoGallery.My.

Pelancongan domestik adalah langkah utama, kena terus bersabar dan terus peka dengan perkembangan semasa

Untuk 6 bulan pertama pada 2020 ni, boleh dikatakan pelancongan domestik adalah langkah utama untuk bangunkan semula industri pelancongan khususnya yang diusahakan oleh para pengusaha kecil. Ketika artikel ni ditulis, kerajaan masih mengawasi pergerakan rentas negeri dengan inisiatif Gerak Malaysia dan program hantar semula pelajar dari kampus ke rumah.

Qr Code Malaysiakini Rentas Negeri Covid Pkpb
Kena ada kod QR untuk lepasi kawalan rentas negeri.. -Via Malaysiakini

Sudah pasti kita nak melancong macam biasa, tapi tak berbaloi lagi nak melancong kat luar negara. Nak keluar negara pun susah, lepas tu masuk ke negara orang pun perlu melalui kuarantin selama 14 hari. Banyak tempat tarikan awam masih ditutup. Disney World pun tak buka lagi. Masuk negara semula, kena kuarantin lagi selama 14 hari.

Buat masa ni, kita gunapakai konsep “bubble” – kita dah boleh melawat jiran dan berkumpul dengan ahli keluarga rapat sehingga 20 orang, paling ramai. Australia dan New Zealand pun pakai kaedah yang sama dalam kawalan penyakit, namun ada juga usulkan mungkin lepas ni, konsep “bubble” ni boleh diperluas dari satu negara ke negara yang lain nanti.

Travel Bubble
Cadangan kerjasama pelancongan antara dua negara..Via Statista

Hmm… menarik jugak kalau Malaysia boleh bekerjasama dengan beberapa negara sasaran terlebih dahulu, berbanding nak buka sempadan kepada semua negara. Kami fikirkan Brunei adalah negara pertama yang boleh kita jalinkan kerjasama pelancongan ni. Pandangan korang pulak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *