Artis Singapura ni dikecam kerana dikatakan jadi punca orang tak boleh berniaga dari rumah

F1
Artis Singapura ni dikecam kerana dikatakan jadi punca orang tak boleh berniaga dari rumah

Perniagaan dari rumah ni adalah benda biasa dan mudah untuk dimulakan sebab tak perlu fikir soal sewa lokasi, tahap strategik sesebuah kawasan dan banyak lagi kos sampingan lain. Namun begitu, lain pulak ceritanya di Singapura.

Baru-baru ni, ramai tak puas hati dengan keputusan kerajaan Singapura yang tak membenarkan perniagaan dari rumah dijalankan. Dahlah yang banyak terkesan dengan arahan ni biasanya terdiri dari orang susah yang nak cari duit sampingan untuk sara keluarga ketika pandemik melanda.

Makanan Katering
Via Seth Lui

Sorang artis Melayu terkenal dikatakan “Melayu makan Melayu”, laporkan ada orang berniaga dari rumah

Perkara ni bermula dengan sorang artis Melayu Singapura kat sana bernama Ateeqah Mazlan bising kat media sosial pasal perniagaan dari rumah, menyebabkan ramai peniaga dari rumah yang rata-ratanya orang Melayu tu jadi marah.

Mengikut laporan cerita tersebut dari AsiaOne, Ateeqah Mazlan ni mempertikaikan kenapa bisnes makanan dari rumah ni masih boleh beroperasi lagi sebab kerajaan cakap perniagaan dari rumah ni tak digalakkan.

Lebih dahsyat, Ateeqah Mazlan tak sekadar bising kat media sosial je. Dia bertanya terus dengan pihak kerajaan menerusi panggilannya dengan pihak Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dan rakam perbualan telefon tersebut yang mengesahkan bahawa pihak Lembaga tu tak benarkan perniagaan makanan dari rumah.

Rakaman tu dimuat naik ke dalam Instagram TV, yang kini dah dipadam akibat dikecam teruk oleh para pengusaha makanan susulan kenyataan rasmi dari HDB beberapa hari kemudian yang mengesahkan bahawa perniagaan makanan dari rumah tak dibenarkan.

Berita Harian Singapura
Via Twitter

Sebelum ni kerajaan kata perniagaan dari rumah tak digalakkan, tapi kenyataan HDB tu dilihat lebih meluas lagi apabila turut merangkumkan syarat bahawa para pengusaha makanan yang kena buat penghantaran ke rumah, termasuklah dengan bantuan pihak ketiga seperti Grab tak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, pada awalnya kerajaan ada keluarkan poster infografik pasal perniagaan dari rumah ni. Perniagaan dari rumah memanglah dibenarkan, cuma dengan beberapa syarat tertentu. Antara syarat tersebut adalah makanan tu mestilah disimpan kat dalam dapur dan tak boleh buat katering.

Tindakan Ateeqah Mazlan ni membuatkan ramai marah khususnya orang Melayu di Singapura memang dah biasa buat perniagaan makanan dari rumah. Jual kuih, jual kek… lagi-lagi pada waktu Ramadan dan Aidilfitri kelak. Akhirnya oleh sebab tindakan sorang je, kerajaan memutuskan untuk arahkan penutupan segera untuk para pengusaha kecil-kecilan dari rumah ni.

Ada jugak orang persoalkan; kenapa baru sekarang nak bising? Di tengah-tengah Ramadan dan di tengah-tengah waktu pandemik lagi tu… kelangsungan hidup masyarakat biasa pulak diganggu hanya kerana sorang artis je.

Sebenarnya usaha penyediaan makanan kecil-kecilan ni taklah hanya melibatkan Melayu je. Memang ada jugak keluarga bukan Melayu yang turut jalankan perniagaan makanan ni. Akhirnya, sumber ekonomi keluarga yang sudah lama jalankan perniagaan makanan ni dah tersekat.

Salah artis atau salah kerajaan, rupanya sudah lama benda ni berlaku dalam ekonomi masyarakat Melayu di Singapura

Kalau nak salahkan sorang artis je, tak adil jugak kan sebab artis tak buat dasar. Yang buat dasar ni sudah pastilah pihak kerajaan sendiri, jadi kenapa hanya artis je yang harus dipersalahkan dalam isu tersebut? Seorang pengguna Twitter, @ikansumbat kata benda ni sebenarnya berlaku secara sistemik dan perlahan.

Sejarah Malaysia dan Singapura ni bertaut je sebenarnya. Kita boleh imbau kembali bagaimana British mengubah polisi ekonomi kita ni agar dapat mengeksploitasi sumber alam yang ada. British sudah lama memanipulasikan tenaga Melayu daripada sekadar nelayan dan petani menjadi buruh ladang, kerajaan dan lain-lain.

Malay Seller Tradisional Petani
Via Alamy

Sebab tu lah sampai ke hari ni, korang boleh dengar pulak istilah ‘Melayu malas’ tu. Sebenarnya istilah tersebut dah lama ditulis dari tangan orang putih yang tak faham cara hidup orang Melayu. Perkara ni dahpun dibangkitkan lama oleh Syed Hussein Alatas dalam Mitos Peribumi Malas.

Melayu sebenarnya tak malas pun, sebaliknya pemimpin yang ungkit semula istilah tu yang malas nak fikir untuk kukuhkan identiti masyarakat Melayu sebagai masyarakat yang progresif dan positif.

Melayu Malas
Via Facebook

Namun lepas 1963, Tanah Melayu dah berpisah dengan Singapura, jadi sejak tulah kaum Melayu menghadapi kesukaran di Singpura. Kat Singapura, isu perkauman ni jugak memisahkan jurang ekonomi di antara kaum. Berlaku jugak diskriminasi kaum dalam pengambilan kerja di sektor awam dan swasta.

Singapore Malay
Via Twitter

Ada jugak penduduk kampung tu dipindahkan ke dalam kawasan flat yang disediakan oleh HDB, sekali gus memutuskan hubungan sosial dan ekonomi yang selama ni wujud dalam persekitaran komunal. Perusahaan dari rumah ni dilihat sebagai satu cara nak jalinkan kedua-dua hubungan yang terputus kerana campur tangan kerajaan.

Tu sebablah banyak orang marah dengan tindakan sang artis ni sebab dilihat menganggu cara hidup orang Melayu khususnya, di samping kacau ‘periuk nasi’ orang Melayu pada waktu Ramadan yang secara tradisinya memang waktu sesuai nak cari duit lebih.

Singapura Melayu
Via Twitter

Nak tunggu bantuan pun kena lalui banyak proses lagi, jadi perniagaan ni adalah cara yang paling efektif untuk pastikan ada makanan untuk keluarga pada esok hari. Kami harap kerajaan Singapura boleh memikirkan cara yang lebih baik untuk membantu para peniaga dari rumah ni terutamanya pada waktu pandemik.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top