займ срочно

Aura pinangan di Mekah berakhir, Farhan sekali lagi ceraikan isteri yang dilaporkan mengandung

F1
Aura pinangan di Mekah berakhir, Farhan sekali lagi ceraikan isteri yang dilaporkan mengandung

Hujung tahun lepas kami pernah tulis satu artikel tentang seorang “pendakwah” yang katanya tak mampu menahan “dugaan” dipinang sebanyak 19 kali. Apa yang menyebabkan ramai wargamaya marah dengan keputusan mangkuk lelaki ni berkahwin di Mekah adalah – dia menceraikan isterinya ketika isterinya sarat mengandung. Apa lagi, ramailah yang kecam dan kata tindakan yang dia lakukan tu tak bermoral dan sepatutnya tak berlaku – lebih-lebih lagi dia membawa imej agama.

Nampaknya aura pinangan di hadapan Kaabah tu tak bertahan lama, apabila diorang dah bercerai ketika krisis pandemik Covid-19 tengah melanda dunia…

Aura cinta Kaabah dah berakhir, Farhan dah ceraikan gadis yang berjaya tawan hatinya setelah 19 kali dilamar

Disebabkan tak boleh berjauhan dengan anak dan syarat yang ditetapkan oleh bekas madu, isteri kepada Da’i Farhan yang dikenali Dr Erin sahkan dah diceraikan pada 27 April lepas. Berita tu dikongsikan Dr Erin di Instagram dan dia kata itu adalah keputusannya untuk kebaikan semua pihak termasuk bekas madu, Fatin Nurul Ain.

“Perceraian ini saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak ceraikan saya. Kemudian tak jadi cerai saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya. Selepas itu nak bercerai balik. Saya tahu ustaz pun serba salah. Disebabkan itu saya memilih untuk diceraikan dengan rela,” – Erin, seperti dilaporkan Harian Metro

Kata Erin, dia izinkan Farhan untuk kembali ke bekas isterinya disebabkan suaminya tak boleh berpisah lama dengan anaknya. Katanya lagi, di antara syarat yang ditetapkan isteri Farhan adalah dia perlu ceraikannya sebab keluarganya tak merestui anaknya hidup bermadu.

Kompleks jugak masalah ni. Via Giphy

Tambahnya lagi, Pada 11 Februari lepas dia izinkan Farhan kembali dengan bekas isterinya selepas pulang dari berjumpa anak-anaknya. Dia kata bekas isteri Farhan bagi syarat nak duduk dengan anaknya, tapi Farhan kena ceraikan dirinya sebab ibu bapa bekas madunya takkan bagi anaknya bermadu.

Dia dah tak harapkan apa-apa daripada Farhan dan hanya tunggu masa nak diceraikan je, cuma tahu-tahu dia dah mengandung. Sejak bulan Februari dia nak cerai dan akhirnya dia nekad akhiri perkahwinan diorang pada bulan Ramadan ni. Dalam masa sama, Erin mintak supaya dirinya tak lagi dikaitkan dengan pendakwah bebas tu dan mohon maaf kepada mana-mana yang pernah terluka sepanjang perkahwinannya dengan Farhan.

“Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan dia dengan saya. Apa-apa saya yang saya kongsikan di media sosial adalah atas diri saya sendiri. Saya yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan,” – Erin, seperti dilaporkan Harian Metro

Kita tinggalkan cerita Farhan ni, isu keganasan rumah tangga nampaknya semakin menjadi-jadi sejak COVID-19 muncul

Kami tak pernah happy dengan perceraian sesiapa, kami kritik Farhan hari tu sebab dia suka-suka je tinggalkan isterinya yang mengandung. Cuma perceraian diorang ni sekurang-kurangnya berlaku dengan baik dan takde kes penderaan dilaporkan. Kalau korang nak tahu, tak semua perkahwinan tu bahagia – ada yang libatkan penderaan.

Kebelakangan ni ada banyak perbincangan mengenai isu keganasan rumah tangga sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Benda ni terjadi disebabkan peningkatan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan hampir di seluruh dunia.

Dilaporkan ada peningkatan sebanyak tiga kali ganda kes keganasan rumah tangga dilaporkan di Hubei, China sejak diletakkan di bawah perintah berkurung (lockdown) ekoran wabak COVID-19. Di Perancis pulak, ada peningkatan sebanyak 32 sehingga 36 peratus sejak perintah kawalan pergerakan dijalankan.

Via Giphy

Dua kes kematian akibat penderaan dilaporkan di Perancis dan satu kes di Sepanyol menunjukkan betapa seriusnya perkara ni dan keperluan untuk ianya diberikan tumpuan.

Untuk situasi di Malaysia, kajian yang dibuat pada tahun 2014 oleh Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) di Universiti Sains Malaysia (USM), tunjukkan sembilan peratus wanita di Semenanjung Malaysia pernah alami keganasan rumah tangga pada suatu ketika dalam hidup diorang.

Menurut bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, panggilan ke Talian Kasih bertambah sebanyak 57 peratus sejak PKP. Bagaimanapun, panggilan serta mesej WhatsApp ke talian bantuan Pertubuhan Pertolongan Wanita atau Womens Aid Organization (WAO) berkurang kepada 73 panggilan dalam seminggu sepanjang PKP.

Sebelum PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, WAO terima purata 77.5 panggilan dan mesej menerusi WhatsApp dalam seminggu. Tapi, pengurangan ni bukan bermaksud pengurangan kes kerana dikhuatiri mangsa tak dapat buat panggilan disebabkan situasi mereka sentiasa berada bersama pendera sewaktu tempoh PKP ini.

Setakat 17 April 2020, 353 kes keganasan rumah tangga dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Superintendan Siti Kamsiah Hassan kata, kes tu direkodkan dalam tempoh 29 hari (sebab sehingga 17 April je) PKP dilaksanakan, namun ia tunjukkan penurunan sebanyak 55 kes berbanding tempoh sama sebelum PKP.

Antara Dua Darjat
Via Berita Harian

Sebelum PKP bermula dari 18 Februari hingga 17 Mac lalu, polis terima laporan sebanyak 408 kes keganasan rumah tangga.

“Kejadian kes keganasan rumah disebabkan pelbagai punca perbalahan antara pasangan seperti cemburu, selisih faham berkaitan hal kecil, masalah duit dan suami penagih dadah. Selain itu, mereka bergaduh disebabkan berebut hak penjagaan dan mabuk apabila kebanyakan mereka yang terbabit dalam keganasan rumah tangga ini secara keseluruhannya memang sudah bertelagah lama,” – Siti Kamsiah Hassan, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Siti Kamsiah kata, laporan polis dibuat selepas mangsa tak tahan dengan sikap pelaku atau mungkin pada hari kejadian mangsa dipukul lebih teruk berbanding sebelumnya. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kata, sehubungan itu Polis Diraja Malaysia dan KPWKM memintak orang ramai terutama jiran tampil dan laporkan kes keganasan rumah tangga melalui Talian Kasih 15999 atau WhatsApp ke talian 019-261 5999.

Isu rumah tangga bukanlah benda yang boleh diambil ringan, terutamanya jika libatkan keganasan

Kalau kita tengok drama cinta petang-petang, kita selalu tengok keadaan perkahwinan ni macam mudah je, semuanya indah gitu. Lepas kahwin boleh berbulan madu, lepas tu mulakan perniagaan dan akhirnya hidup bahagia. Realiti kehidupan tak macam tu; perkahwinan ada cabarannya yang tersendiri.

Kadang-kadang, ada pasangan yang terperangkap dalam perhubungan yang “ganas”, dan tak mempunyai kekuatan untuk melaporkan kes keganasan ni. Terutamanya ketika musim PKP, apabila dia berkemungkinan perlu duduk dengan pendera.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top