Timbalan Menteri Belia dan Sukan pertahankan larangan bersukan, tapi…

f1

Kalau ada benda yang paling memeningkan di Malaysia, ia adalah Standard Operating Procedure (SPO) sepanjang tempoh pandemik Covid-19 di Malaysia. Selalunya SOP ini akan datang pada saat-saat akhir pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Keadaan ini menyebabkan rakyat menjadi keliru.

728 X 90

Seperti yang kita tahu, enam daerah di Selangor dikenakan PKP, manakala Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Johor serta Terengganu memulakan pelaksanaan PKP menyusul sehari kemudian. Ini sudah kali ketiga PKP dilaksanakan di negara ini. Antara hal yang tidak dibenarkan untuk kawasan-kawasan ini adalah aktiviti sukan dan rekreasi. Benda ni dapat kecaman kerana bazaar raya dibenarkan pulak!

Wan Fayhsal pertahankan keputusan kerajaan larang bersukan, ramai pakar tak setuju

Keputusan untuk tidak membenarkan rakyat bersukan mendapat kritikan hebat daripada netizen, kerana kebanyakan mereka berpandangan; sebenarnya takde kluster besar daripada aktiviti bersukan. Lagipun, ramai yang menggunakan sukan sebagai kaedah untuk mereka menghilangkan tekanan dalam menghadapi kesan ekonomi dan sosial dari pandemik Covid-19.

1
Alamak tak boleh joging? Via FMT

Pada awal pagi semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pertahankan larangan sementara sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dalam satu ciapan dua hari lepas, Wan Ahmad Fayhsal kata MKN telah buat penilaian menyeluruh sebelum mengenakan larangan tu.

1
Via Blog Reform

“Sebagai peminat sukan tentu saja kita sedih dengan sekatan ini, tetapi saya cukup yakin Kementerian Kesihatan dan MKN telah menggunakan semua kaedah dan data saintifik yang diperlukan sebelum mengambil keputusan ini. Semoga keadaan menjadi lebih baik,” – Wan Ahmad Fayhsal, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Adun Subang Jaya, Michelle Ng dalam satu ciapan kepada Wan Ahmad Fayhsal berkata larangan kegiatan luar untuk mencegah Covid-19 adalah “tidak saintifik”. Wan Ahmad Fayhsal kemudian membalas ciapan itu dengan berkata: “Adakah anda mengatakan kaedah Kementerian Kesihatan tidak saintifik?”

Via Giphy

Profesor penyakit berjangkit dan anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Adeeba Kamarulzaman pula berkata kegiatan senaman di luar adalah selamat ketika wabak.

“Risiko dijangkiti Covid-19 di kawasan luar (outdoor) adalah 18 kali lebih rendah daripada di tempat tertutup (indoor). Tolong benarkan rakyat terus berjoging, berbasikal, bermain bola sepak atau sukan lain di tempat terbuka demi kesihatan fizikal dan mental kita,” katanya.

Bekas timbalan ketua pengarah Kementerian Kesihatan Dr Christopher Lee juga berkata kegiatan senaman di luar adalah selamat.

“Biarlah Sains menjadi panduan untuk keputusan kita. Selagi jarak fizikal diamalkan, risiko penyebaran di luar adalah rendah. Tidak ada kluster besar yang berkaitan dengan sukan yang tidak bersentuhan dan di tempat terbuka,” katanya di Twitter.

Setelah berbincang, MKN putuskan rakyat boleh bersukan dengan SOP terbaru

Pada sebelah petang semalam, kita dimaklumkan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal seperti joging, berbasikal dan senaman dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter kini boleh dijalankan bermula hari ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan maklumkan kelonggaran itu diberi setelah Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan rayuannya untuk melihat semula keputusan berhubung prosedur operasi standard sektor sukan serta rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei 2021.

“Kelonggaran-Kelonggaran lain bagi sektor sukan dan rekreasi akan diperhalusi dalam Mesyuarat Teknikal MKN seterusnya,” melalui kenyataan media sosial KBS

Pada masa sama, Reezal Merican menyeru peminat dan penggiat sukan untuk terus melaksanakan aktiviti kecergasan dengan selamat sepanjang tempoh PKP ini.

Kerajaan perlu pastikan keputusan-keputusan yang dibuat konkrit

Sebenarnya banyak benda yang buat kami pening dengan keputusan-keputusan dari Majlis Keselamatan Negara sejak akhir-akhir ini. Antaranya adalah pelaksanaan PKP 3.0 pada hari yang berbeza di beberapa daerah di Selangor dan Kuala Lumpur. Ada yang berpandangan pelaksanaan PKP 3.0 di Kuala Lumpur terjadi selepas mendapat kritikan hebat dari netizen.

Kemudian benda yang sama berlaku sekali lagi, dengan pelaksanaan sukan dan rekreaksi yang pada awalnya tidak dibenarkan, kemudian ia dibolehkan semula. Keadaan ini harus berubah, dan keputusan-keputusan selepas ini sepatutnya lebih konkrit supaya rakyat lebih mudah untuk mengikutinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *