‘Edisi Siasat’ dakwa ramai pegawai kanan makan rasuah, KPN minta tampil ke depan

rasuah2
‘Edisi Siasat’ dakwa ramai pegawai kanan makan rasuah, KPN minta tampil ke depan

Kat Twitter, hampir setiap hari ada je pembongkaran dan pendedahan yang disiarkan di dalam sebuah akaun media sosial bernama ‘Edisi Siasat’. Pembongkaran dan pendedahan ni selalunya disertakan bermacam-macam imej yang disebutkan sebagai bukti wujudnya salah laku dalam kalangan para pegawai kanan polis dan SPRM.

Nampaknya kini, dakwaan-dakwaan ‘Edisi Siasat’ dah dapat perhatian Ketua Polis Negara. Bahkan, dakwaan-dakwaan ni lah yang buat ramai semakin curiga dan menghakis keyakinan orang ramai tentang ketelusan pihak penguatkuasa. Dahlah wujud kartel dalam polis, kemudian kes pegawai kanan SPRM sendiri terlibat dalam rasuah…

edisi siasat fmt
Via FMT

Tak pasti siapa dalang ‘Edisi Siasat’, namun dakwaan-dakwaan yang dilontarkan sangat mengejutkan

Menerusi Twitter, kami mengenali akaun Edisi Siasat ni. Tiada siapa tau siapa sebenarnya di belakang Edisi Siasat ni, dan diorang pun mengakui dah ramai orang cuba nak cari dan jejaki diorang namun tak berjaya. Edisi Siasat, atau lebih terkenal dengan ES ni seringkali mendakwa beberapa pegawai kanan PDRM dan SPRM yang terlibat dengan rasuah serta kongsi gelap termasuklah Geng Nicky.

Salah satu ciapan yang mengejutkan ramai adalah kaitan Geng Nicky dengan Uncle Kentang. Ye lah, sebelum ni Uncle Kentang dikenali ramai sebagai orang yang suka membantu golongan miskin dan dah banyak projek kebajikan dijalankan. Tetapi kaitan Uncle Kentang dengan Geng Nicky, serta beberapa lagi tokoh nama besar yang lain tu menarik lebih ramai orang untuk mengikuti akaun whistleblower ni.

nicky uncle kentang
Big boss Nicky dan Uncle Kentang.. -Via Twitter Edisi Siasat

Satu lagi dakwaan ES adalah ke atas Azam Baki, digelar Ketua Perasuah dalam ciapan-ciapan diorang. Menurut ES, Azam Baki ni ‘membela’ ramai ahli perniagaan dan banyak menerima rasuah daripada para konglomerat bagi melindungi diorang. Addy Kanna, penjenayah besar jugak didakwa dilindungi oleh para pegawai yang terima rasuah ni.

es addy kanna pdrm sprm
Via Twitter Edisi Siasat

Bukan tu je, ES turut mendakwa ‘kekayaan’ dan amalan rasuah turut menitis ke anak bekas KP SPRM pulak dah. Dalam satu ciapan, dikatakan bahawa sorang pemuda bernama Hazmi yang dikenalpasti merupakan anak kepada Tan Sri Abu Kassim, bekas KP SPRM yang berjaya kumpul jutaan ringgit dalam bentuk saham di syarikat-syarikat besar. Ciapan tu disudahi dengan kenyataan bahawa Azam Baki lebih korup daripada TS Abu.

Atas dakwaan-dakwaan, dan bukti-bukti bergambar yang dimuat naik dalam akaun Twitter serta Telegram ES; ramai tertanya-tanya siapa ES sebenarnya. Ada sesetengah beranggapan ES ni ada sumber dalam yang benar-benar tau apa yang berlaku. Ada jugak yang fikirkan ES ni cuma buat-buat kenyataan je. ES komen:

es siasat korup
Via Telegram Edisi Siasat

KPN dakwa ES seleweng dan putar belit fakta, sementara badan pemantau rasuah gesa dakwaan ni harus disiasat

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani kata, pengendali akaun tu kena buktikan dakwaan-dakwaan penyelewengan dan rasuah tu serta tak berkongsi di laman sosial mengenainya tanpa bukti yang jelas. Menurut KPN, setakat ni 13 kertas siasatan dah dibuka. Hampir semua indiviidu termasuk pegawai kanan polis yang didakwa terlibat dengan salah laku tu dah diambil keterangan.

“Kertas siasatan dibuka susulan laporan pegawai kanan yang didakwa (oleh pemilik akaun twitter berkenaan) melakukan salah laku itu, dan hampir kesemua mereka (pegawai) telah diambil keterangan, selebihnya akan dirakam percakapan untuk membantu siasatan. Selepas merakam percakapan, kita akan lihat sejauh mana kebenaran dakwaan itu,”- seperti yang dilaporkan FMT

Manakala NGO Pemantau Rasuah, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) pulak gesa pihak berkuasa jalankan siasatan menyeluruh dan bebas terhadap dakwaan ES. Pendedahan ES mengenai perbuatan rasuah di tahap tertinggi tu jika dibuktikan benar, boleh mengancam keselamatan negara.

“Ini mengingatkan bahawa bekas ketua polis negara (IGP), Hamid Bador, telah memberi amaran tentang kartel dan tahap rasuah yang tinggi dalam pasukan polis apabila beliau bersara pada akhir tahun lepas. IGP sekarang tidak banyak bercakap mengenai sebarang siasatan mengenai dakwaan sedemikian. Tiada siapa yang dinamakan atau didakwa kerana salah guna kuasa dan rasuah dan terus terlepas dari hukuman,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

hamid bador rasuah polis es
Hamid Bador, kini mantan KPN, secara terbuka berkongsi tentang polis dan rasuah.. -Via Twitter Sinar Harian

Hal ni ada jugak dibincangkan di Dewan Rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Dewan Rakyat minggu lalu bahawa pihak berkuasa sedang meneliti dakwaan itu tetapi tak menjelaskan lebih lanjut.

Kewujudan ES sebagai pemberi maklumat secara terbuka ni sedikit sebanyak mendesak para pelaku rasuah ni agar dipertanggungjawab dan dihukum seadilnya. Sebagai anggota awam, dakwaan ES memberi tanda bahawa rasuah masih lagi berleluasa khususnya dalam badan penguatkuasa yang sepatutnya menjaga integriti dan diharap melindungi rakyat. Bak kata peribahasa Melayu, harapkan pagar, pagar makan padi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top