Rakyat mula gusar, jumlah rakyat yang hilang kerja kerana Covid-19 meningkat 104 peratus

F1

Covid-19 telah memberi kesan yang besar kepada dunia, tidak terkecuali Malaysia. Bagi mereka yang terselamat dari jangkitan Covid-19, diorang kena berhadapan dengan risiko kehilangan pekerjaan akibat “kejutan” yang berlaku pada ekonomi kita. Kami selalu kata, bagi mereka yang masih ada pekerjaan dan mampu letak makanan di atas meja selepas pandemik ni, diorang patut bersyukur.

60juta
Sektor pelancongan di antara yang paling terkesan dengan pandemik Covid-19. Via Iluminasi

Membaca keratan akhbar yang mengatakan terlalu ramai orang hilang pekerjaan akibat Covid-19 buat kami rasa sedih. Izinkan kami untuk ceritakan beberapa fakta tentang keadaan sebenar mereka yang malang dan menjadi korban akibat Covid-19.

Pada Mac-Mei tahun ini, berlaku peningkatan sebanyak 104% rakyat kehilangan pekerjaan

Menurut laporan Sinar Harian, seramai 81,056 penduduk di Malaysia dah hilang pekerjaan dari tempoh Januari sehingga 17 September tahun ini. Ia termasuklah 25 peratus yang membabitkan golongan profesional. Kata Menteri Sumber Manusia, Datuk M Saravanan, berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ada peningkatan sebanyak 104 peratus penduduk di Malaysia hilang pekerjaan di antara bulan Mac dan Mei tahun ni.

“Ini selari dengan kadar pengangguran negara yang melonjak kepada 5.3 peratus pada Mei lalu yang melibatkan seramai 826,100 penganggur. Statistik SIP menunjukkan majoriti yang hilang pekerjaan adalah kumpulan yang berumur 25 tahun hingga 34 tahun iaitu sebanyak 36.6 peratus,” – M Saravanan, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dia kata macam tu ketika berucap pada majlis Perasmian Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia. Katanya, tiga industri dengan bilangan kehilangan pekerjaan tertinggi ialah sektor pembuatan, penginapan dan makanan dan minuman (F&B) serta sektor borong dan runcit. Katanya lagi, kadar pengangguran negara bakal mencecah 4.5 peratus menjelang akhir tahun ini.

Cukup menakutkan. Via Giphy

Untuk program Penjana Kerjaya yang bermula pada 15 Jun sehingga 17 September lepas, dah ada 12,435 majikan yang dah buat pendaftaran bagi insentif pengambilan pekerja. Daripada jumlah tu, seramai 7,838 majikan membuat pengambilan pekerja dan seramai 37,340 individu dah dapat kerja.

Kementerian Sumber Manusia juga sasarkan Perkeso bekerjasama dengan semua hospital kerajaan menerusi program Rawatan dan Pemulihan Sokongan Pekerjaan Baru (Restart) sebelum akhir tahun ni. Ia bertujuan supaya lebih ramai bekas pesakit mental dapat kembali bekerja. Melalui program ini, pesakit diberikan pelbagai sokongan termasuk menerusi portal MYFutureJobs.

Tiga daripada lima orang yang hilang pekerjaan adalah belia di bawah umur 40 tahun

Ada laporan yang mengatakan tiga daripada lima pekerja yang hilang pekerjaan dalam tempoh beberapa bulan lepas berumur di bawah 40 tahun, dengan kebanyakan daripadanya datang dari sektor tak formal yang tak tawarkan sebarang jaringan keselamatan sosial, menurut Pakar Ekonomi DM-Analytic Sdn Bhd, Zouhair Rosli.

Capture
Pening memikirkan kerja yang hilang. Via TV Sarawak

Dia kata, kaji selidik dapati tiga daripada lima pekerja sektor tak formal berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan kehilangan pekerjaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebanyak 2.5 juta rakyat Malaysia bekerja di sektor tidak formal. Bilangan belia berusia di antara 20 hingga 30 tahun yang bekerja di sektor ini meningkat dua kali ganda daripada enam peratus pada 2016 kepada 12 peratus pada 2019, walaupun pekerjaan itu tak menawarkan pendapatan tetap,” – Zouhair, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Mengikut kajian yang brother ni kata, bagi mereka yang dapat kekalkan pekerjaan, ia memperlihatkan pendapatan diorang berkurang 90 peratus. Golongan ni akui diorang takde simpanan yang cukup walaupun untuk bertahan bagi tempoh sebulan. Dia menambah, anak muda perlukan intervensi ‘luar biasa’ daripada kerajaan untuk bantu diorang kembali ke landasan, sambil menambah bantuan yang diberikan setakat ini tak mencukupi bagi mereka yang bekerja sendiri atau diberhentikan.

Zouhair kata, lebih banyak pekerjaan perlu diwujudkan untuk golongan belia agar mereka selamat dalam tempoh krisis seumpama ini, sambil menambah belia yang bekerja sendiri sepatutnya terus menerima bantuan kerajaan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan sehingga akhir tahun ini.

Ketika orang tengah bincang isu rakyat hilang kerja, ada yang masih guna alasan klise untuk pertahankan majikan

Ketika perbincangan mengenai isu kehilangan pekerjaan ni muncul, Persekutuan Majikan Malaysia kata, graduan Bumiputera ketinggalan dalam mobiliti pasaran kerja dan pencapaian pendidikan adalah hal yang sudah biasa berlaku.

Lhdnm/mef Seminar
Shamsuddin Bardan. Via TMR

Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan kata, masalah berkomunikasi dengan baik kerana gagal menguasai bahasa Inggeris, sama ada secara lisan atau bertulis, ialah punca utama graduan Bumiputera sukar mendapat pekerjaan di sektor swasta yang menawarkan lebih 90% peluang pekerjaan di Malaysia.

Katanya, wujud tanggapan majikan sering mendiskriminasi graduan Bumiputera, tetapi hakikatnya ia bukan diskriminasi kerana bahasa Inggeris ialah keperluan utama dalam sektor swasta.

“Di sektor swasta, memang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris dan kita faham kenapa mereka berbuat demikian kerana pasaran diterokai di luar negara. Berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris ini memang digunakan menerusi e-mel dan sebagainya,” – Shamsuddin Bardan, seperti yang dilaporkan FMT

Via Giphy

Sebenarnya hujah yang mengatakan graduan tak dapat kerja sebab masalah penguasaan bahasa Inggeris ni bukan benda baru, ia telah dipakai sejak dahulu lagi. Kami tak nafikan ia boleh menjadi salah satu sebab mengapa graduan sukar nak dapat pekerjaan. Cuma, alasan ni sering digunakan untuk menutup realiti sebenar – dekat industri, tak banyak pun pekerjaan yang tersedia.

Alasan macam ini akan digunakan untuk menutup hakikat kerajaan masih tak mampu nak rangsang pekerjaan yang lebih banyak di industri. Lebih malang lagi, kerajaan tak mampu bendung institusi pengajian tinggi swasta yang takde kualiti, yang kerja diorang hanya tahu ambik duit dari poket pelajar yang lakukan pinjaman pendidikan. Kalau betul hujahnya bahasa Inggeris graduan bermasalah, silibus pembelajaran subjek bahasa Inggeris perlu diperhalusi!

Kehilangan pekerjaan bukanlah hal remeh, ia umpama kehilangan nyawa dan maruah

Kita tak dapat membayangkan betapa susahnya mereka yang hilang pekerjaan semasa pandemik ni. Kita cuma boleh kata yang kita “faham”, tapi selagi kita sendiri tak melalui situasi itu, sudah tentu sukar untuk kita faham apa yang berlaku. Bayangkanlah mereka yang menjadi sumber pendapatan utama keluarga kehilangan kerja, sudah tentu keluarga mereka akan kehilangan tempat bergantung.

Dalam isu ini, kerajaan tak boleh bersifat tunggu dan lihat. Diorang kena bertindak dengan lebih proaktif, terutamanya dalam memberikan bantuan sosial kepada rakyat yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *