Pilihan Raya Negeri Sabah, nampaknya gula-gula dah mula ditabur kepada rakyat

F1
Pilihan Raya Negeri Sabah, nampaknya gula-gula dah mula ditabur kepada rakyat

Gula-gula dan pilihan raya adalah dua benda yang tak dapat dipisahkan di negara ini. Ia bukan sahaja berlaku pada zaman Perikatan Nasional ni; kami pernah kritik keadaan yang sama berlaku ketika Barisan Nasional dan Pakatan Harapan jadi kerajaan. Setiap kali pilihan raya berkunjung tiba, maka macam-macam peruntukan akan tiba-tiba “diluluskan” oleh kerajaan.

Rakyat semasa pilihan raya muncul. Via Giphy

Diorang tak perlu kata yang benda ni sebenarnya dah lama diluluskan atau menyusun ayat-ayat manis yang lain. Sebagai orang yang dah biasa perhatikan game politik ni, kita tahu dah apa yang berlaku tu adalah kaedah nak “mengoda” pada pengundi. Kalau nak salahkan ahli politik sepenuhnya pun, susah jugak. Sebabnya masih ramai rakyat yang termakan dengan taktik-taktik macam ni, sebab itu ia masih digunakan.

Ketika musim PRN Sabah, Perdana Menteri beri RM60 juta kepada rakyat Sabah

Tiga hari lepas, Badan pemantau pilihan raya Bersih nak SPRM siasat Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana dikatakan dah menggunakan amalan rasuah semasa berkempen di Sabah. Dakwaan rasuah ni dikeluarkan susulan penyampaian sebuah cek replika untuk bantuan lebih RM60 juta dalam majlis kerajaan persekutuan di Beaufort yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin.

“Muhyiddin dengan jelas menggunakan kedudukannya dan sumber kerajaan untuk mempengaruhi pengundi di Sabah untuk mengundi calon yang selari dengan Perikatan Nasional (PN). Kami menggesa pihak SPRM untuk menyiasat tindakan rasuah oleh Muhyiddin dan terhadap semua yang menggunakan kedudukan mereka serta sumber kerajaan bagi memancing undi,” – BERSIH, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Bersih turut menggesa orang ramai yang hadir ceramah di Beaufort untuk buat laporan polis tentang apa yang diorang dengar dan bersedia jadi saksi kalau siasatan dilakukan. Bagi yang tertanya-tanya tentang apa acara apa yang dimaksudkan Bersih ni, ia adalah acara Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit Huma, di Dataran Bagandang, di Beaufort. Pada majlis tu, cek replika untuk bantuan lebih RM60 juta disampaikan. Muhyiddin turut umumkan bantuan RM20 juta untuk petani dan nelayan.

Hahh…tapi hari mengundi nanti, pastikan undi saya ye. Via Giphy

Menteri kereta terbang kata; ada bantuan khusus untuk rakyat Sabah yang “dah lama diluluskan”

Bukan setakat tu je, semalam kerajaan dikatakan dah luluskan satu peruntukan khas projek mesra rakyat untuk diagihkan kepada 25 bahagian Parlimen di seluruh Sabah. Ia untuk tujuan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur di Sabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, peruntukan khas itu diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Bagi yang dah lupa, mamat ni dulu kita panggil menteri kereta terbang.

Capture
Masih ingat saya siapa? Via Harian Metro

“Saya difahamkan dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau sudah meluluskan (peruntukan) dan diurus oleh pihak ICU. Peruntukan ini adalah untuk membantu rakyat dengan menaik taraf projek seperti baiki jalan dan sebagainya yang dipanggil sebagai projek mesra rakyat,” – Mohd Redzuan Md Yusof, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dia jelaskan, peruntukan tu dah dipersetujui sejak sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lagi, ia dikatakan untuk pastikan projek mesra rakyat dapat dilaksanakan. Macam yang kami kata tadi – alasan klise, kena datang dengan alasan yang lebih masuk akal. Contohnya, peruntukan ni sebenarnya diluluskan oleh Pakatan Harapan, kami tolong bagi je. Barulah nampak hebat, puji pihak lawan. Cuma ni cadangan je lah.

Capture
Agaknya siapa yang akan menang PRK kali ini? Via Sinar Harian

Kata menteri kereta terbang ni, ia dilaksanakan sebelum hari penamaan calon sebagai bukti kerajaan hari ini adalah prihatin, sekiranya jalan rosak atau ada rumah yang perlu dibaiki, kita ada program ini di parlimen-parlimen. Ketika dia diminta mengulas lanjut berhubung jumlah peruntukan, dia katanya belum terima maklumat mengenainya namun peruntukkan difahamkan sudah diagihkan kepada bahagian sejak sebulan yang lalu.

Budaya memberi gula-gula seharusnya ditolak rakyat, ahli politik perlu ada prestasi tinggi

Budaya bagi gula-gula ni sepatutnya ditolak oleh rakyat. Apa pemain-pemain politik ni fikir undi itu semurah peruntukan? Ia ada hal biasa untuk ahli politik datang ke kampung-kampung dan datang bersama “duit raya”. Nak salahkan penerima pun sukar, ramai politikus memanfaatkan kesusahan orang lain untuk keuntungan politik diorang.

Politikus sepatutnya malu dengan keadaan sesetengah keluarga yang memerlukan, bukankah keberadaan mereka di rumah itu memalukan? Memalukan kerana mereka sepatutnya melakukan lebih baik, supaya keluarga-keluarga yang daif tidak lagi wujud.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top