Kecantikan adalah benda yang boleh dikatakan semua perempuan impikan. Siapa je tak nak cantikkan? Apabila seseorang tu cantik, atau merasakan dirinya cantik – dia akan mempunyai keyakinan diri yang melambung. Keyakinan penting dalam kehidupan. Kalau tak yakin dah sah-sah semua benda tak boleh jalan.
Untuk kekal cantik dan berseri selalu, ada tiga amalan ni; pemakanan yang seimbang, rajin bersenam dan memastikan berat badan tak melebihi jumlah yang sepatutnya. Senangkan? Malangnya, kebanyakan daripada golongan Hawa ni, mereka fikir jalan yang paling mudah adalah dengan menelan vitamin atau suplemen!
Bunyi macam tak ada apa-apa kan? Biarlah orang nak telan vitamin ke suplemen ke suplewomen ke. Kenapa perlu jaga tepi kain orang, kan? Sebelum tu, eloklah kalau kita faham dulu sedikit sebanyak pasal suplemen. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Behind the Headlines, dietary suplemen merupakan consumed produk dan tujuannya adalah berbeza-beza mengikut jenis suplemen.
Macam mana dengan makanan tambahan pulak?
Makanan tambahan ini terbahagi kepada beberapa jenis seperti suplemen vitamin dan mineral contohnya vitamin B dan C dan suplemen kecantikan contohnya kolagen. Menurut kajian yang dilakukan oleh Foods Standard Agency (FSA) pada tahun 2009, lebih ramai wanita yang cenderung untuk menghadam suplemen berbanding lelaki dan suplemen yang diambil oleh mereka adalah mengikut agenda dan kehendak masing-masing – samada nak kulit lebih putih, nak badan ramping macam semut atau nak kurus dalam masa seminggu!
Dalam negara kita, suplemen, salah satu bentuk produk kesihatan, jatuh di bawah kategori makanan dan tidak menjalani pun ujian klinikal yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan; tak seperti produk kosmetik. Namun begitu, produk kesihatan ini tetap dikawalselia dengan ketat (harapnya lah!) oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
Pengeluar, pengedar dan penjual produk tidak boleh sesuka hati untuk membuat sebarang tuntutan tambahan contohnya, produk mereka sememangnya ajaib dan mujarab sehingga boleh menyembuhkan segala jenis penyakit atas muka bumi ini kecuali mati….
Maka, tolonglah jangan tertipu buta-buta dengan produk sebegini, lebih-lebih lagi apabila mereka gunakan claim seperti produk mereka telah diluluskan oleh KKM.
Apa sebenarnya keperluan untuk kita ambil suplemen ni?!
Soalan penting – apa atau ada keperluan ke untuk kita mengambil suplemen ni? Betul ke suplemen ni akan membawa kebaikan kepada diri kita, instead of kemudaratan? Behind the Headlines membuat keputusan bahawa tiada jawapan straightforward – yes or no – kepada soalan ini.
Suplemen diperlukan oleh individu tertentu, yang dah dapat konsultasi pakar perubatan. Sekiranya kita mengamalkan tiga tips yang kami dah tulis di atas atau keadaan tubuh badan kita tak memerlukan, maka tak perlulah kita susah-susahkan diri untuk hadam dan habiskan duit nak beli suplemen ni. Kenyataan ini diakui oleh Khairul Nizam Mat Nayan, Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
“Individu yang sihat dan tiada sebarang masalah kesihatan tidak perlu mengambil makanan tambahan kesihatan (suplemen) dan menjelaskan bahawa individu yang sihat jangan sesekali mengambil makanan tambahan itu untuk penjagaan kesihatan berdasarkan diagnosis sendiri semata-mata tanpa mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar terlebih dahulu.”
Apa akan jadi kalau kita terus-menerus ambil suplemen tanpa keperluan dan nasihat pakar
Macam yang dah dijelaskan oleh Encik Khairul Nizam – pengambilan suplemen ni boleh merosakkan organ dalaman kita. Sebagai contoh, sekiranya kita mengambil vitamin tambahan secara berlebihan, ia akan terkumpul di hati dan lama-lama menjadi toksin sehingga menjejaskan fungsi hati kita. Pengambilan suplemen secara berlebihan juga boleh membebankan fungsi buah pinggang sekali gus boleh menyebabkan kerosakan organ berkenaan.
Memetik status dalam Facebook milik Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Dr Rafidah Abdullah turut berkata;
“Berlambak di wad yang buah pinggangnya lagi cepat rosak sebab produk macam-macam. Pesakit kronik mohon JANGAN SENTUH produk apa pun!”
Selain tu, Farah Nur Farah – a real life patient – juga telah berkongsi pengalaman peritnya sendiri. Dia mengambil suplemen hanya selama tujuh bulan, namun ia telah menyebabkan kesan yang amat memudaratkan – hatinya abnormal, sehingga terpaksa masuk wad selama empat hari kerana bacaan LFT (Liver Function Test) tidak normal, jaundice (penyakit kuning) di mata, badan dan lidah, pale-stool (najis berwarna kelabu), urine menjadi pekat dan gatal-gatal seluruh badan.
Bagi produk kecantikan yang bertujuan untuk mencerahkan kulit pula, antara ubat yang semakin berleluasa dijual secara tidak sah di media sosial dan blog adalah asid Tranexamic. Ubat ini digunakan untuk mengawal pendarahan ketika dan selepas pembedahan prostat, pendarahan organ yang abnormal seperti di paru-paru dan buah pinggang serta rawatan mengubati gejala seperti eritema, bengkak dan gatal kulit teruk – ternyata jauh beza daripada tujuannya iaitu untuk mencerahkan kulit!
Ubat asid Tranexamic membantu memberhentikan pendarahan, justeru penggunaannya tanpa pemantauan doktor sangat bahaya kerana dikhuatiri berlaku tromboembolisme – gumpalan darah berlaku dalam salur darah dan hanyut bersama aliran darah. Seterusnya, gumpalan darah ini boleh tersumbat pada salur darah penting di otak dan jantung yang menyebabkan berlaku strok dan serangan jantung!
Begitu juga untuk mereka yang mengambil suplemen untuk enhance payudara; menurut The Department of Health Care Sciences at George Washington University School of Medicine in America, mereka tak syorkan untuk wanita untuk mengambil pil sebegini sebab mereka pun tidak boleh nak sahkan bahawa pil ini selamat atau tidak untuk meng-enhance-kan payudara individu kerana kesan phyto oestrogens pada tisu payudara sememangnya tidak jelas. Dalam erti kata lain, mereka tidak rekomenlah untuk sesiapa pun mengambil pil ini sebab khuatir dengan kesan buruknya.
Tapi tak semualah benda-benda ni datangkan keburukan ja, ada jugak yang beri manfaat
As the saying goes – “there are two sides of the same coin.” Daripada perspektif yang berbeza, tidaklah hanya kemudaratan yang lahir daripada suplemen-suplemen ni. Masih terdapat golongan tertentu yang dapat kebaikan (derive benefits)/ bergantung dan memerlukan. Contohnya, ibu-ibu yang berbadan dua dan yang menyusukan bayi, kanak-kanak yang berdepan dengan masalah tumbesaran, pesakit yang sudah terlantar dalam jangka masa yang lama dan orang-orang berumur yang kurang selera makan.
Menurut Pengerusi Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, Prof Madya Dr Hamid Jan Jan Mohamed – bagi para ibu yang hamil, kehamilan tersebut menyebabkan mereka kekurangan nutrien dan gagal memenuhi keperluan-keperluan terdesak. Hal ini adalah normal kerana badan mereka sudah perlu mula cater kepada bayi dalam badan.
Maka, suplemen ini wujud dan hadir bagi membantu mengekalkan kesihatan ibu dan bayi. Selain itu, golongan warga emas serta wanita sihat yang sudah menopaus dan berisiko menghadapi tulang yang rapuh disyorkan mengambil suplemen vitamin D dan Kalsium. Tidak dilupakan juga buat pesakit-pesakit Anemia (kurang Haemoglobin dalam darah) yang sememangnya memerlukan Zat Besi untuk menambah kandungan Haemoglobin (Hb) dan suplemen vitamin C untuk membantu serap Zat Besi tersebut.
Ada ja tempat yang kalian boleh gunakan untuk semak produk-produk ni
To sum up, suplemen hanyalah untuk golongan tertentu yang sebenarnya memerlukan suplemen oleh sebab-sebab tertentu. Sebab-sebab yang memaksa mereka untuk hadam suplemen ni.
Suplemen yang kita perlukan sebenarnya ialah keyakinan diri, rasa kasih sayang pada diri kita sendiri dan sifat kesyukuran. Unless doktor memang sarankan agar kita ambil suplemen, then yang tu memang kena ambillah! Semua nutrien dan zat ini kita memang boleh dapat, iaitu melalui pemakanan yang sihat. Mudah, kan? Untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal pada mata kita, memang cara yang paling efektif dan betul adalah dengan bersenam.
Kalian juga bolehlah hubungi talian bebas tol 1-800-88-6722 (Isnin-Jumaat, 8 a.m.-5 p.m.) yang disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi daripada pihak KKM untuk tanya apa-apa je pasal produk yang sedia ada di pasaran. Kalau nak buat aduan pasal mana-mana produk yang ada bahan terlarang, jangan ragu-ragu untuk layari http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do. Malaysia Boleh!