Vaksin agenda YAHUDI? Tapi kenapa orang YAHUDI pun guna?

Vaksin agenda YAHUDI? Tapi kenapa orang YAHUDI pun guna?

Baru-baru ni TV Al-Hijrah adakan satu debat yang melibatkan panel yang anti-vaksin dan seorang lagi pakar tentang vaksin ni. Lagi-lagi isu vaksinasi di Malaysia ni. Memang boleh dikatakan isu yang tak lapuk dek zaman. Kali ini, jom la kita kupas sedikit dari mana sebenarnya asal usul vaksinasi ni. Kalau nak cakap tentang manfaat dan kepentingannya, rasanya dah banyak kali dan banyak artikel dan segmen temu bual yang bercakap tentang hal itu.

Asalnya perkataan vaksinasi atau ‘vaccination’ ni, tak lain tak bukan adalah daripada Bahasa Latin. Seperti kita sedia maklum, memang banyak perkataan dan terma-terma perubatan yang mempunyai unsur Latin. Perkataannya dalam bahasa Latin ialah ‘varus’, yang membawa maksud kesan di kulit.

Edward Jenner, pakar vaksinasi yang terkenal di seluruh dunia

Kalau kita ada Bapa Pembangunan la, Bapa Pemodenan la di Malaysia ni, dalam bidang perubatan pun ada Bapa-Bapa yang telah dinamakan berdasarkan jasa-jasa mereka dalam bidang mereka sendiri. Bapa Vaksinasi yang paling terkenal di seluruh dunia ialah Edward Jenner.

Edward Jenner. Via AP

Ada satu pepatah oleh Francis Galton yang mengatakan;

dalam bidang sains, pengiktirafan akan diberikan kepada individu yang berjaya meyakinkan dunia, dan bukan kepada individu yang pertama mendapat idea tersebut’.

Kewujudan vaksinasi ini bukanlah sesuatu yang baru pada zaman Edward Jenner. Kajian sejarah telah membuktikan bahawa vaksin sebenarnya telah wujud sejak sepuluh ribu tahun sebelum Masihi (10000 BC) lagi. Vaksin bermula di negara Cina, semasa berlakunya penularan penyakit ‘smallpox’ atau yang kita kenali sebagai cacar. Ke, tak pernah dengar apa tu penyakit cacar? Haaa, kalau tak pernah dengar, maksudnya program vaksinasi ni memang la berkesan!

Lady Mary Wortley Montagu, wanita dari Turki yang terkenal kerana memperkenalkan ‘variolation’

Lady Mary Wortley Montagu dari Empayar Uthmaniyyah yang menemui konsep ‘variolation’ semasa dia tinggal di Istanbul pada tahun 1716-1718, dan membawa idea itu kembali ke Britain. Beberapa tahun kemudian, Voltaire, ahli falsafah Perancis, mencatatkan bahawa 60% orang yang terkena cacar, dengan 20% penduduknya mati.

Pada tahun-tahun berikutnya 1770, beberapa doktor di England dan Jerman telah berjaya menguji kemungkinan menggunakan vaksin sapi cacat sebagai imunisasi untuk cacar pada manusia.

Lady Mary Wortley Montagu. Via MH

Setem Turki yang dikeluarkan pada tahun 1967 untuk memperingati ulang tahun ke-250 bagi cacar cacar pertama. Sebelum vaksinasi untuk cacar telah berkembang di Eropah pada tahun 1790-an, orang-orang di Asia, Timur Tengah, Caucasus dan Afrika tahu bahawa sejumlah kecil virus cacar hidup yang disuntik di bawah kulit akan menyebabkan seseorang menjadi kebal daripada cacar penuh.

Beberapa Individu pada awal abad ke-18 di England dan Amerika yang mengetahui mengenai prosedur ini yang disebut ‘variolasi’.

Inokulasi untuk cacar tidak kelihatan diamalkan di China sehingga pemerintahan Maharaja Longqing dari Dinasti Ming pada separuh kedua abad ke 16. Variolasi juga diamalkan sepanjang separuh kedua abad ke-17 di Turki, Persia, dan Afrika. Pada tahun 1714 dan 1716, dua laporan kaedah inokulasi Turki dibuat kepada Royal Society di England, oleh Emmanuel Timoni, seorang doktor yang bergabung dengan Kedutaan Besar Britain di Istanbul, dan Giacomo Pylarini. Lady Mary Wortley Montagu, isteri duta besar British, secara meluas dikreditkan dengan memperkenalkan proses ke Great Britain pada tahun 1721.

Setem Turki tentang vaksin. Via MH

Menjelang Tahun 1777, George Washington, yang pada awalnya teragak-agak untuk mempunyai tenteranya yang disuntik semasa wabak cacar, akhirnya mengarahkan inokulasi mandatori semua tentera dan rekrut yang tidak mempunyai penyakit itu. Dr. Peter Kennedy, yang melakukan penyelidikan di Constantinople, didokumentasikan dalam Essaynya mengenai Remedies Luar yang diterbitkan di London pada tahun 1715 bahawa mereka yang mengamalkan kaedah ini di Turki:

“Cengkam pergelangan tangan, kaki, dan dahi pesakit, letakkan ‘cacar’ di setiap posisi dan biarkan ia terikat di sana selama lapan atau sepuluh hari. Pesakit kemudiannya akan membentuk kes ringan [cacar], pulih, dan selepas itu menjadi kebal dari cacar. “

Kalau siapa-siapa yang tak kena vaksin dulu terkena penyakit cacar, ada potensi mati weh

Cacar merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus variola. Pada mulanya cacar akan menyebabkan pesakit mengalami demam selama dua hingga tiga hari dan sakit-sakit badan. Kemudian, pada hari keempat, pesakit akan mula tumbuh kudis mula dari mulut dan merebak ke seluruh badan. Cacar menyebabkan kadar kematian yang sangat tinggi pada masa itu. Sebabnya adalah, bila seseorang itu dapat penyakit cacar ni, kalau orang lain terkena sikit pun cecair daripada kudisnya tu, orang tu pula akan dapat penyakit cacar ni.

Contoh dua budak yang kena cacar. Sebelah kiri tak diberikan vaksinisasi. Via Snopes

Sehinggakan kalau terkena benda yang orang berpenyakit cacar ni tersentuh pun, akan menyebabkan merebaknya penyakit cacar ni. Menurut data terbaru dari tahun 1967, cacar telah meragut sebanyak 17 juta nyawa setahun. Sejak tahun 1977, tiada lagi kes cacar yang telah dilaporkan di mana-mana negara selepas World Health Organisation (WHO) mengadakan kempen besar-besaran di seluruh dunia untuk menghapuskan penyakit cacar dari muka bumi ini. Sekarang, cacar telah diisytiharkan sebagai penyakit berjangkit pertama yang berjaya dilupuskan dengan program vaksinasi ini.

Selain program vaksinasi cacar, vaksinasi lain yang sangat penting yang telah berjaya dihasilkan, contohnya ialah BCG atau Bacille Calmette Guerin. Vaksin ini khas untuk penyakit tuberkulosis, atau yang lebih kita kenali sebagai tibi. Penyakit yang demam dan batuk berdarah tu. Tapi vaksin ini membantu kita lebih dari tu.

Kesan vaksin. Via HH

Tibi ni, kalau terkena kepada kanak-kanak, boleh menyebabkan jangkitan kepada selaput otak, yang boleh menyebabkan kematian, terutamanya kepada kanak-kanak. Menurut kajian juga, jangkitan tibi di selaput otak ini, walaupun boleh dirawat, ramai pesakit yang meninggal dunia kerana diagnosisnya sukar dibuat. Apabila didapati ianya ialah jangkitan tibi di selaput otak, selalunya sudah terlambat untuk merawat pesakit. Tapi, dengan adanya vaksin BCG ini sekarang, memang jarang sangat untuk jumpa kes jangkitan tibi selaput otak ni.

Apa lagi golongan anti-vaksin mahu?

Konklusinya, jika ada yang nak berhujah, kononnya orang dulu sihat je tanpa vaksin – tak pun sebenarnya sebab dulu ramai je kanak-kanak mati pada usia muda sebab takde vaksin, selain daripada masalah pengetahuan dan teknologi sektor perubatan pada zaman tu. Orang dari China, orang dari negara Barat, malah golongan Ottoman pun ada guna vaksin. Cacar pun dah berjaya dihapuskan dari muka bumi ini. YAHUDI pun guna vaksin weh. Apa lagi golongan anti-vaksin mahu?

Adakah anda akan membenarkan anak/bakal anak anda mendapatkan vaksin?

View Results

Loading ... Loading ...

RUJUKAN

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print