Anwar tak kisah menunggu, akan beri ‘ruang khas’ pada Mahathir setelah jadi PM

F1

Banyak hal yang belum beres setelah kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14, salah satu daripadanya adalah proses transisi perdana menteri dari Mahathir kepada Anwar Ibrahim. Seperti yang pernah kami tulis sebelum ini, proses transisi ni penting untuk beri kestabilan kepada negara. Rakyat dan pelabur tak gemar main teka-teki tentang kepimpinan negara, ia perlu ada jawapan yang tuntas.

S1
Anwar dan Mahathir. Via The Coverage

Ada yang kata Anwar tak sabar nak jadi PM, tapi dalam sebuah temu bual baru-baru ni, nampaknya dia beri jawapan yang berbeza…

Anwar takde masalah untuk tunggu enam bulan lagi, sebab dia dah tunggu selama 20 tahun

Anwar Ibrahim kata dia tak keberatan untuk tunggu enam bulan lagi sebelum dapat jadi perdana menteri apabila Dr Mahathir Mohamad berundur dari jawatan tu. Dalam temu bualnya dengan Reuters, Presiden PKR tu kata sebelum ni pun dia dah tunggu selama 20 tahun.

“Saya sudah menanti 20 tahun, melanjutkannya enam bulan lagi sebenarnya bukan masalah,” – Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh Reuters

S1
Anwar Ibrahim ketika jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Via NST

Anwar kata macam tu semasa mengulas keyakinannya terhadap PH untuk menyokongnya sama seperti apa yang diberikan kepada Mahathir ketika ni. Kata Anwar, jika ada permintaan untuk lakukan peralihan kuasa tu di Parlimen, benda ni boleh dilakukan sebab PH ada majoriti di Dewan Rakyat.

“Mereka yang bukan dalam PH pun, sesetengah mereka akan menyokong PM semasa. Saya juga sudah diberikan jaminan itu. Mereka memberikan sokongan kepada Mahathir sebagai perdana menteri, dan mereka akan terus menyokong saya apabila saya mengambil alih nanti,” – Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh Reuters

S1
Via FMT

Mengikut persefahaman dicapai di antara pemimpin parti komponen PH menjelang PRU ke-14, Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri untuk menggantikan Najib Razak. Mahathir kemudian akan berundur untuk beri ruang kepada Anwar – yang sebelum tu jadi calon perdana menteri bagi PKR, DAP dan Amanah.

Penubuhan Bersatu dan penyertaan parti tu dalam PH menyaksikan pembangkang ketika itu menukar strategi dengan menawarkan Mahathir untuk menggantikan Najib. Selepas membentuk kerajaan pusat pada Mei 2018, sesetengah pemimpin PKR mendesak agar ada tarikh yang jelas ditetapkan untuk peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Anwar.

Mahathir berkali-kali menyatakan dia akan memenuhi janji tu. Terbaru, dia membayangkan ia akan berlaku selepas berakhirnya sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) pada akhir November tahun ni.

Anwar sedia untuk berikan Mahathir ‘ruang khas’ untuk terus menyumbang apabila dia menjadi perdana menteri

Perbincangan tentang Mahathir dan Anwar, dua ahli politik yang berpengaruh, telah menguasai politik Malaysia selama beberapa dekad. Sejak pembebasan Anwar melalui pengampunan Agong, Anwar tak terlibat secara langsung dengan kerajaan, dia lebih banyak memperuntukkan waktu di Port Dickson dan bersama keluarga. Perutusan raya dua tahun lepas ni menarik untuk ditonton.

Anwar kata dia bersedia untuk ‘move on’ dari sejarah silam yang pahit, dan bersedia untuk mewujudkan ruang bagi Mahathir untuk terus menyumbang ketika dia dah jadi perdana menteri.

“Kehadiran Tun Mahathir pastinya akan membantu meningkatkan keyakinan umum dan memberi kestabilan. Tidak ada perbezaan dasar sebenar yang drastik. Akan ada penekanan yang berbeza, tentu saja, tetapi secara peribadi, saya sangat mengalu-alukan kehadiran dan sumbangannya dalam apa jua cara,” – Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan Reuters

Via Giphy

Cuma dia akan lihat semula hubungan buruk dengan India selepas Mahathir kritik dua dasar baru negara tu, menyebabkan kejatuhan besar dalam perdagangan minyak sawit di antara kedua-dua negara. Satu perkara yang tak akan berubah ialah permintaan Malaysia untuk minta ganti rugi daripada Goldman Sachs di atas peranannya dalam skandal berjuta-juta dolar 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Anwar.

“Tawaran penyelesaian permulaan bank di Amerika Syarikat sebanyak 1 bilion USD terlalu kecil. Sudah tentu jumlahnya perlu banyak, kerana kita tidak hanya melihat kehilangan wang tapi kehilangan reputasi, pelaburan, dan persepsi tentang Malaysia,” – Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan Reuters

Proses transisi ni kena berlaku secara cermat dan teratur, ia akan pulihkan kepercayaan rakyat dan pelabur

Proses transisi ni kena berlaku dengan cermat dan teratur, ia sebenarnya lebih besar daripada dua individu atau dua parti politik. Ia terkait dengan kestabilan negara dan kesejahteraan ekonomi rakyat. Apabila proses ini berlaku dengan baik, ia akan meningkatkan lagi kepercayaan rakyat kepada Pakatan Harapan. Apa yang pasti – tugas mencabar menunggu Anwar untuk membawa Malaysia bergerak ke hadapan.

Artikel ini diterjemahkan dan disunting daripada artikel After two-decade quest to become Malaysia’s PM, Anwar says can wait a bit more terbitan The Reuters.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *