Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, PKR persoal di mana logiknya?

f1

Beberapa hari lepas, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri. Lantikan ini disahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang mengatakan keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu. Pelantikan ini juga katanya telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah .

Nampaknya Pelantikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri telah mengejutkan ramai pihak. Walaupun ada yang menyambut baik lantikan itu, namun tidak kurang juga ramai yang kurang menyenangi keputusan Perdana Menteri ini. Yalah, kegagalannya menangani isu Covid-19 sebelum ini dikatakan jadi antara punca kejatuhannya, menyebabkan dia terpaksa meletak jawatan setelah hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Muhyiddin pula katanya akan kekal tenang dan menyatakan kesanggupan untuk memikul amanah baharu yang diberikan kepadanya. Dia siap kata akan menjalankan tugasnya itu secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan.

Saifuddin Nasution Ismail persoal di mana logik melantik orang yang pernah didakwa gagal menguruskan Covid-19?

Lantikan ini mendapatkan kritikan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bekas Perdana Menteri itu gagal menguruskan respons negara dalam wabak Covid-19 sama ada daripada segi kesihatan, ekonomi mahupun pendidikan ketika memegang tampuk pemerintahan negara.

4
Via The Sun Daily

Malah katanya, Muhyiddin yang bertanggungjawab di atas penderitaan rakyat ketika ini.

“Beliau juga bertanggungjawab melaksanakan darurat, kononnya dengan tujuan memerangi Covid-19, tetapi wabak Covid-19 menjadi lebih serius di akhir darurat. Pengakhiran darurat pula dibuat tanpa perbahasan di Parlimen, sehingga pihak Istana Negara sendiri menegur tindakan kerajaan Muhyiddin yang mengelirukan Parlimen dan ini juga membawa kepada kejatuhan beliau,” – Saifuddin Nasution, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Saifuddin Nasution itu berkata, pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN akan menambah satu lagi lapisan birokrasi yang tak wajar kerana dia masih perlu bentangkan saranan MPN kepada Jemaah Menteri dahulu. Dia turut mempersoalkan sama ada keputusan Ismail Sabri itu menunjukkannya tidak yakin dengan menteri-menterinya.

Dia turut mempersoalkan sejauh mana Muhyiddin bersedia beri saranan kepada Ismail Sabri untuk batalkan atau menambah baik mana-mana dasar pengurusan pandemik yang digubal semasa dirinya menjadi Perdana Menteri, tetapi tidak berkesan dalam menangani pandemik? Adakah bukan akan ada kecenderungan belas Perdana Menteri itu akan cuba mempertahankan legasinya dan bukan menilainya secara objektif?” soalnya.

Dia hairan mengapa perlu Muhyiddin diberikan tempat di dalam kerajaan Ismail Sabri dan mempersoalkan adakah ia untuk tujuan survival politik Ismail Ismail semata-mata.

Peguam Negara kata tak perlu uji majoriti PM di Parlimen, Pakatan Harapan kata titah YDPA harus dipenuhi

Sementara itu, Peguam Negara mengatakam takde keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan yang telah dibentuk mengikut lunas undang-undang. Kenyataannya pada Sabtu memaklumkan langkah mengabsahkan pelantikan PM tak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Sekiranya pelantikan perdana menteri yang baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Seri Paduka Baginda, ini bermakna kuasa mutlak Seri Paduka Baginda boleh diatasi oleh pihak lain,” – Peguam Negara, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Idrus berkata, Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada Seri Paduka untuk melantik Perdana Menteri dan harus dibaca bersama Perkara 43(2)(a) iaitu Perdana Menteri hendaklah dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Disebakan hal ini, pelantikan PM merupakan tanggungjawab perlembagaan dan kuasa mutlak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Idrus berkata, tatacara penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat telah pun diputuskan oleh Seri Paduka sendiri.

“Bagi tujuan tersebut, Seri Paduka Baginda telah pun mengadakan sesi menghadap bersama ketua-ketua parti politik utama negara pada 17 Ogos dan kesemua 220 Ahli Dewan Rakyat telah diminta untuk menyatakan nama Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Ahli Dewan Rakyat tersebut untuk menjadi Perdana Menteri menerusi surat akuan,” – Peguam Negara, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Setelah Peguam Negara mengeluarkan kenyataan ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menganggap kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bahawa undi percaya tak perlu dilakukan di Parlimen pada 13 September ini sebagai biadab dan melanggar titah Yang di-Pertuan Agong. Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, kenyataan itu bertentangan dengan titah Seri Paduka Baginda ketika sesi menghadap di Istana Negara pada 17 Ogos lalu.

Tuanku bertitah bahawa Perdana Menteri yang telah dilantik menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.

“Titah ini turut ditekankan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan dipersetujui semua ketua parti malah Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun juga hadir menjadi saksi. Di manakah logik dan kewarasan beliau yang berkata kuasa Seri Paduka Baginda melantik Perdana Menteri boleh ditidakkan dengan satu usul undi percaya di Parlimen apabila pembentangan usul tersebut dititah sendiri oleh Tuanku?” – Majlis Presiden Pakatan Harapan, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Banyak hal yang berlaku tak masuk akal, kita harap ahli politik tak perjudi nyawa rakyat

Ada pelbagai keputusan yang berada di luar logik akal kami berlaku dalam beberapa hari ini. Secara jujur, kami memang yakin Muhyiddin akan dilantik untuk menguruskan sesuatu, tapi tak pernah terfikir pulak dia akan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara. Macam kami kata tadi, salah satu sebab dia meletakkan jawatan kerana kegagalan dalam membendung Covid-19. Hal yang sama juga berlaku pada ‘undi percaya’ yang sepatutnya dilakukan; patutnya diorang kena patuh dengan titah YDPA untuk memastikan tidak ada isu tiada majoriti masih berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *