Orang Melayu dan Cina selalu kritik DAP? Mungkin inilah sebabnya…

S1
Orang Melayu dan Cina selalu kritik DAP? Mungkin inilah sebabnya…

Kritikan terhadap DAP bukanlah sesuatu yang baru, dan ia bukan datang semata-mata daripada kalangan Melayu je, tapi Cina jugak.

Ramai orang Melayu berasa DAP terlalu agresif dalam perjuangkan isu-isu rakyat Cina. Memang dah biasa kita nampak post-post kat media sosial yang mengatakan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir dikuasai oleh Lim Kit Siang, ataupun fitnah bahawa DAP melawan Islam, dan banyak lagi.

S1
Via Berita Harian

Masyarakat Cina pulak rasa DAP terlalu pasif atau diam dalam bangkitkan isu-isu diorang. Antaranya janji PH dalam manifesto untuk iktiraf UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) bagi kelayakan masuk ke insitut-insitut pengajian tinggi. Tapi, nampaknya proses pengiktirafan tu meleret-leret, mungkin disebabkan masih ada ramai pihak yang membantah cadangan tu.

Selain tu, diorang juga ada terkait dengan beberapa benda lain…

Ada sebahagian pulak tak setuju dengan kehadiran Tun M kat Kongres Maruah Melayu, atau pengenalan tulisan Jawi dalam kurikulum subjek Bahasa Melayu. Selain tu, ramai rakyat Cina yang kurang puas hati kerana kerajaan menyekat dana awam bagi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dalam Bajet 2020. Institusi tu sebenarnya dikawal oleh MCA, dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kata bahawa dana awam tak boleh disalurkan kepada institusi yang dikawal oleh parti politik.

Dia kata RM 30 juta yang dijanjikan untuk TAR UC akan disalurkan sekiranya MCA melepaskan kawalannya. Akhirnya, boleh dikatakan para pelajar akan menjadi mangsa disebabkan politik.

S1
Via EasyUni

Bukan setakat tu je, sejak akhir-akhir ni DAP terlibat dalam beberapa kontroversi. Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan telah dituduh atas kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE yang berasal dari Sri Lanka. Ni berlaku selepas penerbitan komik propaganda yang promosikan kerjasama dengan China, diedarkan kepada sekolah menengah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

S1
Sebahagian dari komik tu. Via FMT

Komik tu dah pun diharamkan oleh kerajaan melalui KDN kerana promosikan ideologi komunisme. Hew Kuan Hau, yang terbitkannya, kata dia akan ambil tanggungjawab sepenuhnya. Beberapa pemimpin DAP telah jelaskan komik tu takde kaitan langsung dengan pendirian parti. Hew keluar DAP pada 2016.

PAS minta DAP diharamkan, sebab katanya DAP banyak bawak kontroversi…

Melihat ucapan Tuan Ibrahim Tuan Man, memang dia bersungguh-sungguh nak pastikan DAP diharamkan kat Malaysia.

S1
Via MalaysiaDateLine

“Malah, tindakan parti tersebut bercanggah dengan pembentukan asas kenegaraan dan Perlembagaan Persekutuan. Maka dengan ini wajarlah DAP diharamkan,” – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kubang Kerian, dipetik dari Malaysiakini

Ketua Pemuda DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali kata PAS ni berpolitik secara tak beretika, dan jika mengambil kira alasan yang diberi oleh PAS, UMNO dan PAS juga boleh diharamkan mengikut sejarah kedua-dua parti.

Kitorang ada jugak dengar dah pasal dakwaan ada pihak yang nak wujudkan kerajaan tanpa DAP atau Amanah. Bila Presiden UMNO, Zahid Hamidi, ditanya mengenai percubaan untuk memasukkan 30 ahli parlimen UMNO ke dalam PPBM, dia kata semua ni spekulasi je, dan kerajaan PH takyah berkhuatir.

Kita panggil benda-benda macam ni, kerajaan pintu belakang. Via Giphy

Dakwaan ni berikut ulasan daripada Ronnie Liu, ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, yang kata PH sanggup bentuk kerajaan tanpa PPBM! Setiausaha DAP, Anthony Loke, bertindak balas dengan membuat kenyataan bahawa Liu akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti.

“Kenyataan Liu adalah kenyataan peribadi yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan itu tidak mewakili pendirian DAP. Tiada sesiapa pemimpin dalam PH termasuk DAP boleh mempersoalkan PH,” – Anthony Loke Siew Fook, dipetik dari FMT

Apabila ahli politik tengah gaduh. Via Giphy

Perkara camni biasa lah. Adik-beradik kadangkala saling bergaduh jugak, tapi akhirnya mereka sentiasa menyelesaikan pergaduhan tu. Liew Chin Tong, ahli strategi DAP kata DAP perlukan PPBM, PPBM perlukan DAP, dan sama juga bagi semua parti-parti dalam PH.

Tun M juga mengaku bahawa ia merupakan satu cabaran untuk pertahankan perpaduan dalam PH. Dia kata walaupun setiap parti mempunyai idea-idea sendiri, PH akan kekal bersatu.

Pilihanraya Kecil Tanjung Piai merupakan Undi Protes terhadap PH

PH alami kekalahan dalam Pilihanraya Kecil Tg. Piai. Pada PRU14 yang lepas, Allyarham Md Farid Md Rafik dari Bersatu tewaskan calon BN dengan majoriti yang tipis. Kali ni, BN menang dengan majoriti 15 ribu! Malaysiakini laporkan PH kehilangan undi hampir dua kali ganda di kawasan majoriti Cina berbanding dengan kawasan majoriti Melayu. Keputusan ni mencerminkan rasa kurang puas terhadap kerajaan PH, terutamanya daripada pengundi Cina yang enggan ‘beri pengajaran kepada PH’.

S1
Keputusan PRK Tanjung Piai hari tu. Via FMT

“Kami akan undi Wee. Kami ada banyak pandangan terhadap Najib dan tidak sokong dia, tetapi kami mahu memberi pengajaran terhadap PH. Walaupun DAP yang melawan MCA, saya rasa MCA tetap akan menang. Ramai orang Cina tidak gembira dengan Mahathir dan PH, tetapi DAP tidak pernah memperkatakannya,” – Yeo Shiok Sui, pengundi Tg Piai, dipetik dari Malaysiakini

Apa jua analisisnya atau tafsirannya, kerajaan PH perlu berusaha untuk menunaikan janji-janji yang telah diberikan kepada rakyat pada 18 bulan yang lalu, dan perlu mentadbir secara telus dan cekap. PH perlu hindarkan konflik-konflik antara pemimpin atau parti dan tunjukkan perpaduan sebagai kerajaan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top