Permainan politik Taib Mahmud mengalahkan strategi James Brooke

Siapa tak kenal Abdul Taib Mahmud? Dia mantan Ketua Menteri Sarawak dari tahun 1981 – 2014. Selama 33 tahun memerintah, Taib Mahmud ni sangat ‘kebal’ walaupun banyak skandal terpalit atas namanya. Lebih menakjubkan, dia kini adalah Yang di-Pertua Negeri Sarawak sejak 2014. Kajian Jufazli Shi Ahmad (2016) bertajuk Membina Empayar: Governan Abdul Taib Mahmud di Sarawak membongkar kenapa Taib Mahmud ni sangat berkuasa sampai Tun Dr. Mahathir pun tidak dapat tangkap dia.

Mahathir bersama Abdul Taib Mahmud. Kredit imej: Ktemoc Konsiders

Meminda Perlembagaan Sarawak supaya saiz kabinet lagi besar

Perkara pertama yang dilakukan oleh Taib Mahmud adalah dengan meminda Perlembagaan Sarawak supaya dapat memperbesar saiz kabinet kementerian negeri. Daripada 8 kementerian yang utama, menjadi 10 kementerian. Cawangan pentadbiran bahagian di dalam kerajaan negeri juga ditambah agar boleh menembusi kawasan masyarakat luar bandar dan beri peluang pekerjaan kepada orang Sarawak. Secara tak langsung, ini buatkan rakyat terhutang budi dan semakin tergantung pada kerajaan negeri di bawah Taib Mahmud.

Kredit imej: giphy.com

Stail ‘Yes-Bos!’, angguk-angguk tanpa geleng-geleng

Ramai tidak perhatikan betapa beriya-iyanya Ketua Menteri Sarawak (dan Sabah) untuk terus diangkat jadi pemerintah negeri. Taib Mahmud amat jaga hubungannya dengan kerajaan pusat dengan memenuhi 5 syarat;

  • Utamakan kepentingan nasional daripada kepentingan negeri
  • Kekalkan dominasi Melayu dalam pentadbiran negeri
  • BN akan terus menang dalam pilihan raya
  • Hak sumber asli negara diserahkan kepada kerajaan pusat
  • Janji wujudnya kestabilan politik negeri Sarawak

Perkara ni amat penting untuk menjamin kekukuhan politik Malaysia pada masa tu, iaitu dengan ‘tundukkan’ kuasa elit politik dalam Sarawak (dan Sabah) dalam pengaruh kerajaan persekutuan.

Kredit imej: jebatmustdie.wordpress.com

Kawalan yang ketat pada negeri Sarawak 

Sarawak pada zaman Taib Mahmud sangat dikawal ketat. Alat kawalan pentingnya, sudah pastilah guna hak kawalan sempadan. Sejak Perjanjian Malaysia, sempadan Sarawak dan Sabah tu kan Ketua Menteri punya hak. Jadi banyaklah orang yang sudah dihalang masuk. Clare Rewcastle, penulis Sarawak Report pun disuruhnya pulang semula supaya skandal rasuah balaknya didiamkan. Kata Taib Mahmud, rosak bisnes! Bukan tu saja, Lukas Straumann ada keluar buku pasal pembalakan haram di Sarawak, menunding pada Taib Mahmud jugak. Faisal Tehrani pun tulis pasal isu pembalakan haram dan kesannya pada masyarakat Penan.

Kredit imej: Free Malaysia Today

Waktu zaman Taib Mahmud jugalah, mana-mana kawasan yang didapati telah mengundi calon pembangkang; tiada pembangunan akan dijalankan di kawasan mereka. Dalam pilihan raya 1996, Taib Mahmud umum RM50 juta nilai projek pembangunan jika menang. Hasilnya, lebih 90 peratus sokongan sebab rakyat takut. Bukan tu saja, geran tanah diberi kepada pengundi Bumiputera Islam masa 1999. Duit? Hmm.. memetik ucapan dia sendiri dari kajian Jufazli:

…I am prepare to give you 600 ringgit per (longhouse door), its normal one, no change…”. RM600 tu cukup banyak. Suatu ‘ganjaran’ yang sanggup diterima. (Malaysia Kini, 9 November 2010)

Rahsia Adenan Satem dan Taib Mahmud

Taib Mahmud sebut tiga nama elit politik yang dikatakan boleh ganti kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sarawak – Adenan Satem, Abang Johari Openg dan Awang Tengah Ali Hassan. Ketiga-tiga ini dibiarkan ‘menggigit’ satu sama lain supaya Taib Mahmud kekal ada sokongan dari bawah. Tapi kenapa Adenan Satem pula diangkat selepas Taib Mahmud?

Kredit imej: TC

Pada 2006, Taib Mahmud sakit kanser usus. Adenan Satem letak jawatan dari Menteri Alam Sekitar di kerajaan pusat untuk ‘balik semula’ ke Sarawak. Waktu tu, mungkin Adenan Satem salah percaturan. Dia dengan yakin bercakap dengan Taib Mahmud bahawa dia sudah sedia untuk naik jadi Ketua Menteri Sarawak. Taib Mahmud terus bekukan Adenan Satem dan tidak langsung diberi jawatan penting sampailah isu Hak Tanah Adat. Adenan Satem berjaya selesaikan isu tu dengan baik, tidak seperti dua tokoh tadi.

Walaupun rakyat terpujuk dengan cara pengurusan ekonomi Taib Mahmud yang tidak benarkan syarikat luar masuk ke Sarawak, sebenarnya mereka sendiri ada ‘buaya ekonomi’ di tanah Bumi Kenyalang. Kalau ada ikatan keluarga dengan Taib Mahmud; syarikat merekalah menang apa-apa tender projek. Bukan tu saja, ada beberapa elit kapitalis Cina juga dipilih untuk jadi sokongan Taib Mahmud terutamanya dalam sektor pembalakan, pembinaan, penghantaran dan pelancongan.

Via NST

Hasilnya, Taib Mahmud dikatakan “…lebih kaya berbanding pemimpin diktator Indonesia, iaitu Suharto..” Manakan tidak, rangkaian perniagaan ahli keluarganya berkembang dengan cepat sekali selepas disenaraikan sebagai Syarikat Awam Tersenarai (PLC).

SPRM pun kibar bendera putih…

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pun tidak dipedulikan dia sebab pengaruh politik dan ekonominya sangat kuat. Siapa-siapa yang berani masuk Sarawak akan segera disenaraihitam. Bahkan, SPRM dipanggil ‘budak nakal’. Memetik ayatnya, “…I won’t cooperate with naughty, dishonest MACC…”

Kalau ikutkan SPRM pula, mereka kata tiada laporan polis dibuat oleh orang Sarawak jadi susahlah tangkap. Maklumat baharu juga tiada walaupun fail siasatan sudah lama dibuka. Dr. Mahathir pun berkata demikian; ada laporan baru boleh siasat.

Ternyata Taib Mahmud bukan calang-calang pemimpin. Nampaknya lebih hebat dari dinasti Brooke, sehinggakan kajian Jufazli Shi Ahmad ni membuktikan bahawa pengaruh Taib Mahmud lebih kuat berbanding Adenan Satem.

Orang Sarawak, apa pendapat korang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *